LUTH | 23

143 13 27
                                    

Tengku Khair duduk bersandar di sofa kulit itu sambil menyilangkan kakinya. Sebelah tangan diletakkan di atas lengan sofa, manakala sebelah lagi direhatkan di atas peha.

Walaupun hanya dengan duduk tanpa berbuat apa, auranya menekan. Tiada siapa yang berani bersuara, menanti sehingga tunggak utama K Group itu memulakan bicara.

Selepas selesai makan tadi, Kyle dan Jaden diarahkan untuk berjumpa dengan Tengku Khair di bahagian lounge.

Luthfia bersandar tenang pada sofa. Jari mula menguis kain dressnya, tanda dia tak tahu nak buat apa. Dalam kepala berfikir kenapa dia kena ada jugak dekat sini? bukan ke ini perbincangan keluarga? dia tak rasa dia ada function dekat sini.

Kyle yang duduk di sebelah, tersenyum melihat gerak-geri Luthfia.

Tengku Khair yang sedari tadi memerhatikan cucunya yang jelas angau dengan gadis disebelahnya itu, berkerut dahi.

Dia sembunyikan rasa tidak puas hati. Hopeless. Like father like son. Teringatkan anak bongsunya yang masih di dalam keadaan koma, Tengku Khair melepaskan keluh perlahan.

"Ehem." Tengku Khair berdehem, menarik perhatian mereka yang berada di situ, terutama sekali Kyle yang jelas perhatiannya seratus-peratus pada Luthfia.

"Nayla, Tok Ayah dah bincang dengan datuk dan bapa kamu. We will announce your engagement with Jaden next week. Are you ok with that?" akhirnya suara garau itu memecah sunyi dan mula berbicara.

Wanita yang bernama Nayla itu mengangguk. "I'm okay Tok Ayah."

"Good." Tengku Khair mengangguk puas hati.

Kemudiannya dia berpaling pada cucunya yang sebaya dengan Kyle, Jaden. Wajahnya sedikit serius, berbeza dengan riak tenang yang ditunjukkan pada Nayla.

"Jaden. Keep your act together. Tok Ayah tak nak dengar berita tak baik tentang kamu. Take a good care of your fiancé. Do you hear me young man?" suaranya sedikit keras berbaur amaran.

"Baik Tok Ayah."

"And you Ayan, Luthfia."

Luthfia memandang wajah serius Tengku Khair.

Sejak Tengku Khair memulakan bicara, Luthfia mengalihkan sepenuh perhatiannya pada lelaki itu. Apabila pandangan matanya bertentangan dengan Tengku Khair saat namanya di sebut, dia tak tahu macam mana nak digambarkan perasaannya ketika ini.

"Tok Ayah percaya kamu berdua serius? Ayan? Luthfia?" soal Tengku Khair inginkan kepastian dari dua anak muda itu.

Pandangannya beralih dari Kyle, dan kemudian kepada Luthfia, dan kembali kepada Kyle.

"Ayan serius Tok Ayah." Dengan tenang, yakin dan tanpa ragu-ragu Kyle menjawab soalan datuknya.

Bila sampai giliran Luthfia, dia menelan liur payah.

Terasa soalan itu bukan semudah yang di dengar. Seolah kalau dia salah jawab, ada potensi yang dia tak akan sesekali keluar dari dewan ini dengan keadaan cukup anggota badan. Melihatkan pandangan mata Tengku Khair yang memanah itu pun dah menakutkan.

Luthfia mengerling lelaki disebelahnya yang turut memandang kearahnya menanti jawapan.

Pandangan mata hitam itu tenang, tiada sebarang emosi negetif didalamnya. Namun renungannya dalam seolah menembusi hingga ke jiwa Luthfia, membuatkan seluruh sel di dalam tubuhnya bergetar. Tiba-tiba bulu romanya merinding. Damn this man!

Perlahan-lahan Luthfia mengalihkan pandangan pada Tengku Khair.

Dia mengangguk. "Luth serius, Tok Ayah." Kalau aku tak serius, takut aku balik melintang nanti. Datuk dengan cucu sama je. Mungkin masih tak terlambat untuk break up?

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now