Duduk dilabuhkan pada anak tangga. Dengan badan yang membongkok sedikit, lambat-lambat dia menyarungkan sneakers ke kaki.
Sambil membongkok, sepasang mata bundar miliknya mengerling ke arah kaunter, di mana seorang lelaki yang mengayakan tailored made western three-piece sut berwarna coklat gelap, sedang berborak dengan ibunya.
Luthfia tak tahu apa yang diborakkan Puan Rose dan Kyle, dia hanya memerhati dari ekor mata.
Melihat postur badan lelaki itu yang berdiri tegak, dengan kepala yang menunduk sedikit, bibir lelaki itu yang sedang berbual dengan ibunya mengukir senyum lembut, membuatkan pandangan Luthfia berlegar-legar pada seraut wajah tampan itu seketika.
Mungkin disebabkan panahan mata gadis itu, Kyle mengalihkan pandangannya ke arah Luthfia yang sedang duduk di anak tangga.
Saat bertentangan mata dengan sepasang mata kuyu itu, Luthfia cepat-cepat mengalihkan pandangannya pada kasut di kaki, pura-pura masih belum selesai.
"Tak apa ke bawa Luth pergi office Kyle? buat kacau je. Tak ganggu kerja Kyle ke nanti?"
Soalan Puan Rose menerjah koklea Luthfia membuatkan telinganya alert dengan topik yang dibualkan.
Kepala di angkat.
Dua anak mata hitamnya bersinar.
Yes ... Yes ... Betul tu ibu. Please ibu ... Tolonglah selamatkan anakmu ini!
"It's ok ibu. Luth tak akan pernah ganggu Kyle." Jawab lelaki itu sambil melirik kembali ke arah Luthfia yang masih diam tak berkutik di tangga, memandang ke arah mereka.
Hujung bibirnya yang tersungging senget sebelah membuatkan Luthfia rasa seluruh bulu romanya merinding.
Luthfia : I'm dead ...
Berbalik pada setengah jam sebelum kejadian.
Dengan mata yang masih terpejam, sebelah tangannya cuba mencapai telefon yang di letakkan pada meja sisi di sebelah katil.
Sudah menjadi kebiasaan, sebaik sahaja bangun dari tidur, tangan akan mencapai telefon di atas meja tersebut untuk memeriksa waktu.
Tapi kali ini puas di gagau, tapi tangannya tak jumpa objek yang di cari.
Luthfia membuka mata.
Di angkat badan dan bila dia memandang ke arah meja sisi, tiada telefonnya di situ.
Dia kalih bantal, pun tiada. Akhirnya dia melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.
Alamak!
Tersedar yang dia dah terlajak subuh, Luthfia cepat-cepat bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu.
Selesai solat, barulah dia mencari telefonnya yang di simpan di dalam beg galasnya. Dan saat matanya tertacap pada layar telefon, liur di telan payah.
Luthfia : .... Erm ... Kalau dia pura-pura tak nampak, aci tak?
10 missed call dan 5 mesej tidak di baca. Jangan tanya dari siapa, mesti boleh teka punya.
Luthfia membaca mesej terakhir dari Kyle yang baru masuk seminit tadi.
I'll be there in 5 minutes.
Dan sekarang lelaki itu berdiri didepannya.
Luthfia menghelakan nafasnya diam-diam. Redha je lah. Dah memang salah dia.
Luthfia bangun dari duduknya lalu menuju ke arah Puan Rose. Tangan wanita itu di salam, "Luth pergi dulu ibu."
Luthfia mengekori Kyle dari belakang, langkahnya perlahan-lahan diaturkan.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...