"You really know how to fight huh?" soal Khan pada gadis yang berdiri disebelahnya.
"It's just a shoulder throw." Kata Luthfia sambil mengangkat kedua bahunya. Seolah aksinya itu perkara biasa.
Ketawa kecil terlepas dari mulut Khan sebaik sahaja mendengar jawapan merendah diri Luthfia. "Indeed. Just a shoulder throw." Khan tersenyum tipis. Dia mendapati Luthfia adalah seorang gadis yang menarik.
"By the way, I'm Khan, Khan Hail." Khan memperkenalkan dirinya kepada Luthfia.
"Luth, Luthfia Zahra."
"I see. So you dengan ..." Khan tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Kyle sudah menghampiri mereka.
"Semua okay ke?" tanya Khan apabila Kyle sudah berdiri di depan mereka.
Kyle menjawab soalan Khan dengan anggukan kecil. Dia kemudiannya beralih kepada Luthfia. "Dekat mana dia sentuh kau?" soal Kyle serius.
Luthfia yang mendengar soalan serius Kyle termanggu seketika. Dia sungguh tak tahu nak jawab macam mana.
Sebenarnya dia tak rasa sangat pun sentuhan Jaden. Cumanya, sebaik sahaja dia terasa ada sesuatu menyentuhnya dari belakang, tindakan refleksnya adalah teknik shoulder throw yang diajarkan datuknya semasa sesi latihan serang hendap beberapa tahun yang lalu.
Mengenangkan enam bulan tempoh penderitaan dia dan Lukman yang terpaksa menangkis serangan hendap daripada datuknya itu, riak wajah Luthfia berubah menjadi gelap.
Masa tu dia hanya berumur 12 tahun. Dia dan Lukman hampir PTSD (Post-traumatic stress disorder) setiap kali melihat Abdul Latiff, datuk mereka sendiri.
"Luth, kau okay?" tanya Kyle yang dah mula panik apabila melihat riak wajah Luthfia yang berubah tiba-tiba.
"Aku okay. It's just a slight touch, tak ada ape-ape pun." Luthfia memberi jawapan kepada soalan Kyle tadi.
"Tapi, tak pe ke..." pandangan matanya mengekori langkah Jaden yang sudah keluar dari pintu utama hotel.
Tak akan timbul apa-apa masalah kan? Macam mana kalau Tok Ayah tahu nanti? Dengan kekuatan tumbukan Kyle tadi, rasanya mahu lebam sebelah muka Jaden esok pagi. Kesan ungu kebiruan itu mustahil untuk disembunyikan.
"He deserved it." Wajah tampan Kyle kembali tegang.
"Tapi aku yang salah. Aku terover react." Dalam hal ini, Luthfia rasa dia yang salah. Kalau dia tidak terlalu sensitif dan bertindak sedemikian, perkara ni tak akan terjadi.
"Dia tak sepatutnya datang dekat kau." Kata Kyle dengan gigi yang diketapkan. Rahangnya tegang. Dia boleh agak kenapa Jaden menghampiri Luthfia.
Luthfia terdiam, tak dapat menyangkal apa yang dikatakan oleh Kyle bila mengingatkan kembali pandangan dan senyuman sinis Jaden. Lelaki itu nampak macam tak suka je dengan dia. So, apa niat Jaden mendekatinya? Nak beramah mesra?
Kyle beralih pada Khan yang setia berdiri tegak di situ memerhati dari tadi. "Kau terus balik lepas ni?"
"Hmm." Khan mengangguk. "Esok ada meeting dekat Regis. About that projek yang aku cakap dengan kau minggu lepas. Kau dah fikirkan ke?"
Kyle berfikir seketika. "Aku jumpa kau dekat IBIS isnin nanti." IBIS, syarikat milik keluarga Khan.
Mendengar jawapan sahabatnya itu, Khan mengangguk tanda faham.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Khan, Kyle membawa Luthfia keluar dari hotel itu untuk menghantar Luthfia pulang ke rumah.
Pak cik Haras sudah sedia menunggu di lobi hotel. Tidak lama kemudian, Maybach hitam itu laju meluncur keluar dari perkarangan KG Hotel.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...