Luthfia melangutkan kepala memandang ke atas sehingga rasa nak juling biji matanya. Tinggi gila!
Dia sekarang ini sedang berdiri di hadapan bangunan milik K Group.
"Berapa tingkat agak-agak bangunan ni?" Soal Mona yang berdiri disebelah Luthfia. Sebelahnya pula berdiri Kak Salbiah dan Baim.
"Emm ... 100?" teka Luthfia.
"Burj Khalifa?"
"157?"
"Maigodd ... Tinggi-tinggi nak pergi mana? angkasa?" Mona menzahirkan ketakjubannya.
Bangunan didepannya ini, tingginya seolah tiada penghujung. Sayup-sayup kelihatan puncaknya.
Baim dan Kak Salbiah ketawa melihat gelagat Luthfia dan Mona yang seakan rusa masuk kampung. Dua-dua melangut kepala ke atas dengan mulut melopong.
"100 tingkat. Dah jom ... Encik Aidan dah tunggu dekat dalam." Kak Salbiah menepuk bahu Mona dan mengesa mereka masuk ke dalam bangunan 100 tingkat itu. Ternyata tepat tekaan Luthfia.
Mereka berempat mendaftarkan diri dan kemudian diberikan pas pelawat untuk naik ke tingkat 2.
Hari ini mereka akan mendengar briefing mengenai projek Euphoria sebelum sesi pembidaan bermula tidak lama lagi.
"Ramainya ..." Mata Mona meliar memerhatikan bilik persidangan itu yang hampir penuh.
"Ehh ... Nampak Encik Aidan tak?" Kak Salbiah mencuit Luthfia sambil matanya melilau mencari kelibat boss besarnya itu.
"Tak Kak. Ni Encik Kamarul pun saya tak nampak." Jawab Luthfia. Kepala dikalihkan ke kiri dan ke kanan.
Dia juga mencari kelibat Aidan dan juga ketua kumpulannya itu. Terlalu ramai orang. Tak tahulah berapa banyak syarikat yang turut serta dalam persidangan ni.
Ini baru briefing. Dia boleh agak betapa sengitnya persaingan untuk membida hak monopoli pembangunan Projek Euphoria tu nanti.
Telefon didalam poket seluarnya berlagu, mematikan pencarian Luthfia.
Huh? Aidan. Nama 'Abang Aidan' terpapar pada papan layar telefonnya.
"Assalammualaikum a ... Encik Aidan." Nyaris nak tersasul depan Kak Salbiah.
Luthfia memberi isyarat 'sekejap' dengan tangan apabila Kak Salbiah mengangkat sebelah kening lukisnya yang ala-ala Ziana Zain itu.
Baim dan Mona turut mengalih perhatian kepada Luthfia bila mendengar nama Aidan disebut.
"Hmm? Kejap ..." Luthfia mengabaikan tiga pasang mata yang memandangnya dengan penuh persoalan.
Dia mencari kelibat Aidan yang semestinya tidak juah dari mereka, kerana Aidan tahu kedudukan mereka.
Tak lama kemudian, matanya menangkap kelibat Aidan yang sedang memandang kearah mereka. Aidan yang kemas dan lengkap dengan suit hitamnya tersenyum nipis kearah Luthfia and the geng.
"Ohh. Dah nampak." Luthfia senyum dan kemudian mematikan talian. Kak Salbiah, Mona dan Baim turut menoleh kearah lokasi Aidan dan ahli kumpulan mereka yang lain.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...