LUTH | 13

154 19 15
                                    

"Dah lama bonda tak datang sini ..." Kata Puan Mahani sambil membetulkan selimut yang menyelimuti tubuh suaminya.

Seingatnya, kali terakhir dia datang ke Pulau Raja ini ketika Kyle berumur 5 tahun, itu bermakna dah 20 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke sini.

"That's why Ayan bawa bonda datang sini ... You should relax more." Kata Kyle sambil memicit lembut bahu bondanya itu.

"Hmm." Puan Mahani mengangguk. Pandangan matanya berlabuh pada lautan biru yang terbentang luas didepan mata.

Villa ditepi laut itu, hampir 90 peratus dindingnya diperbuat daripada kaca. Tanpa perlu ke beranda, mereka masih boleh menyaksikan keindahan laut biru dari dalam bilik itu.

Puan Mahani mengalihkan pandang kepada suaminya yang masih tidak sedarkan diri, dia mengukirkan senyum tipis ...

"Abang, abang ingat tak dulu lepas je majlis nikah kita, abang terus bawa Hani ke sini? masa tu semua orang cari mana pengantin tiba-tiba hilang." Puan Mahani ketawa kecil bila teringatkan kisah itu. Bukan main mengamuk lagi Tengku Khair bila tahu anak bongsunya itu bawa lari pengantin perempuan lepas selesai akad nikah. Ditinggalkannya majlis begitu sahaja.

"Dah lama kita tak datang sini ... Hari ni Ayan bawa kita datang sini. Tempat ni masih cantik macam dulu. Abang bangunlah cepat, temankan Hani." Bisik Puan Mahani sambil membelai rambut suami tercinta. Sayu hati bila melihat tiada sebarang reaksi dari suaminya itu.

Kyle yang melihat bondanya yang sudah mula beremosi, mengusap lembut belakang Puan Mahani.

"It's your loss if you don't wake up. I'll take your place and accompany bonda to see sunset later." Seloroh Kyle sambil merangkul kedua bahu Puan Mahani dari belakang. Satu kucupan lembut singgah dipipi si ibu.

Puan Mahani ketawa kecil lalu menepuk perlahan lengan Kyle yang melingkar pada bahunya, "Ayan ... Don't provoke him."

Kyle merengus kecil, "Then he shouldn't sleep too long and make you sad." Dia kemudiannya merehatkan dagu dibahu bondanya itu.

Puan Mahani mencapai tangan Tengku Kaider. Dia memegang tangan suaminya dengan kedua tangan lalu dielus lembut kekura tangan seuaminya itu.

"Abang jangan risau, Hani akan tunggu abang sampai bila-bila. Takda siapa boleh ganti tempat abang."

Deringan telefon membuatkan Kyle melepaskan pelukannya pada bahu Puan Mahani. Dia mengeluarkan telefon dari poket seluar.

Dalam tempoh beberapa saat itu, perhatian Puan Mahani beralih kepada Kyle dan dia tak sedar yang ada pergerakan kecil dari suaminya. Kelopak mata Tengku Kaider yang tertutup rapat, bergerak.

"It's Tok Ayah ... Ayan keluar kejap." Kata Kyle sambil menunjukkan papan layar telefonnya ke arah Puan Mahani.

Puan Mahani hanya mengangguk faham dan kemudian kembali menghadap suaminya yang masih diam, terbaring diatas katil.

Kyle melangkah keluar dari master bedroom itu dengan telefon yang masih lagi menjerit minta diangkat.

Sampai di ruang tamu, jari panjangnya mengesek ke kanan untuk menjawab panggilan, "Assalammualaikum Tok Ayah."

LUTH (HIATUS)Where stories live. Discover now