Luthfia membawa tubuh masuk ke bahagian tempat duduk di bahagian hadapan.
Abdul Latiff dah menunggu di tempat duduk pemandu, manakala Lukman sambung tidur di tempat duduk belakang.
"Luth dah ready ke? Ada apa-apa yang tinggal?" soal Abdul Latiff dengan sebelah tangan diletakkan pada stereng kereta, manakala sebelah lagi memegang gear.
Luthfia menjawab 'mmm' dan kemudian menggeleng, "Tak ada Aki."
Mendengar jawapan Luthfia, Abdul Latiff masuk gear drive dan perjalanan dimulakan.
Luthfia memusingkan tubuh untuk melihat Lukman yang sambung tidur di belakang. Separuh wajahnya tertutup dengan hoodie yang di pakai. Hanya hidung dan mulut bertampalkan bandaid kelihatan.
Kalau di selak sweater hoodie yang di pakai Lukman, akan kelihatan hampir seluruh bahagian atas badan adiknya itu berplasterkan koyok. Dari tempat duduk depan, hidung Luthfia masih terhidu bau herbal dari plaster tersebut.
Luthfia mengeluarkan telefon lalu di tangkap gambar Lukman yang tidur dengan mulut ternganga. Hujung bibirnya tersungging sinis sebelum dia memusingkan kembali badan ke hadapan.
Perjalanan keluar daripada kawasan hutan itu ke kawasan perkampungan orang asli berhampiran mengambil masa 10 minit dengan menaiki kenderaan 4x4 off road milik Abdul Latiff.
Sampai di perkampungan orang asli, Abdul Latiff keluar dari kereta, lalu menuju ke salah sebuah rumah yang ada di situ.
Luthfia hanya memerhati dari dalam kereta, menunggu datuknya menyerahkan segugus kunci kepada Pak Sayed, orang yang diamanahkan untuk menjaga rumah kayu di dalam hutan milik Abdul Latiff.
Melihat datuknya berborak seketika dengan Pak Sayed, Luthfia mengalihkan perhatiannya kepada telefon di tangan yang masih tiada rangkaian.
Dia termenung seketika sebelum menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket sweater yang di pakai.
Matanya dialihkan kembali kepada Abdul Latiff yang menghampiri dan kemudian masuk ke dalam pacuan empat roda itu.
Apabila Abdul Latiff menghidupkan enjin kenderaan, Luthfia menarik hoodie sehingga menutup separuh wajahnya seperti Lukman.
Untuk keluar ke lebuh raya utama, perlukan masa lagi 45 minit daripada perkampungan orang asli itu. Dia berniat untuk lelap seketika sebelum mereka masuk ke jalan besar.
Hari itu adalah hari di mana mesyuarat bulanan diadakan di tingkat 45 bangunan TKZ itu.
Setiap team leader yang mengetuai projek di bawah seliaan CEO muda itu hadir untuk membentangkan progress projek masing-masing yang nilainya jutaan ringgit.
Tidak seperti bulan-bulan sebelum ini, keadaan di dalam bilik mesyuarat itu lebih tegang dan serius.
Ini semuanya gara-gara wajah suram dan dingin CEO muda itu yang duduk di tengah-tengah kepala meja panjang.
Wajah tampan itu walaupun tidak beriak, auranya menekan dan dingin, mengundang gusar semua yang bakal membentangkan perkembangan projek masing-masing.
Hilmi tegak berdiri di sebelah kerusi Kyle.
Di kerling CEO muda itu yang duduk bersandar pada kerusinya dengan ke dua tangan direhatkan pada bahagian abdomen.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...