Cik Pavlova? siapa Cik Pavlova?
Arman pandang Kyle dan kemudian tiga orang gadis didepannya. Seorang sedang tersedak, terbatuk sambil menepuk dada. Dua orang lagi mengurut perlahan belakang gadis itu sambil salah seorang menghulurkan tisu. Arman agak, yang tersedak tu Cik Pavlova?
"Ka-kau ..." Luthfia menaikkan tangan menundingkan jari telunjuknya ke muka Kyle.
Menggigil tangannya. Hampir separuh nyawa dia tersedak. Rasa macam sipi-sipi lagi nak bertukar alam!
Luthfia mengelap air hidung yang keluar dengan tisu, mata bundarnya berkaca. Dengan hujung mata kemerahan dan air mata yang bertakung dibirai mata, penampilannya sangat mengasihankan, mengundang simpati sesiapa sahaja yang melihat keadaannya.
Kyle ketap bibir. Rasa menyesal pula menyergah gadis itu.
Dia berdehem kecil melihat Luthfia yang mencerlung memandangnya. Senyum segaris diukir dibibir menutup rasa bersalah dan kesal.
"Kau kenal ke Luth?" soal Jannah berbisik.
Di kerling lelaki kacak yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Di belakang lelaki itu ada seorang lagi lelaki yang sedari tadi khusyuk memerhati mereka bertiga.
"Ape ... Ape kau buat dekat sini?" soal Luthfia geram apabila dia rasa keadaanya sudah sedikit stabil. Apesal asyik jumpa mamat ni je?
"Kenapa? aku tak boleh ada dekat sini ke?" Soalan Luhtfia di balas dengan soalan juga.
Luthfia diam.
Betul juga. Kelab ni bukan atuk aku yang punya, jadi ... Kenapa pulak dia tak boleh ada dekat sini.
Melihat Luthfia diam tak menjawab, Kyle senyum nipis. "Can I talk to you for a moment?"
Luthfia kerut dahi. Belum sempat dia nak menolak, tiba-tiba kyle membuka mulut.
"Ba.." by. Tak sempat Kyle nak menghabiskan ayat, Luthfia dah melantun dari stool yang diduduki macam spring. Gadis itu menjelingnya tajam saat dia melewati dirinya.
Kyle ketawa kecil melihat wajah Luthfia yang masam mencuka mengalahkan jeruk kelubi.
Jelingan boleh tahan tajam sehingga memanah ke hatinya. Dia rasa seperti ada sesuatu mengeletek hatinya yang membuatkan dadanya rasa merenyam. Macam ada semut menghurung hatinya ... Gatal.
Jannah dan Hazel saling berpandangan.
Dua-dua terpinga-pinga tidak faham dengan situasi. Mereka hanya memerhatikan langkah Luthfia yang berlalu sambil diekori oleh salah seorang lelaki yang tak dikenali mereka itu.
Jannah senggol lengan Hazel dengan sikunya.
"Takpe ke?" risau pula diapa-apakan si Luthfia tu. Tapi kalau apa-apa terjadi, mungkin yang kritikal adalah pihak lawan. Mengigatkan segala jenis seni mempertahankan diri yang Luthfia ada, kurang sikit kerisauan Jannah.
Arman yang sedari tadi memerhatikan langkah Kyle yang mengekori Cik Pavlova berpaling ke arah dua gadis yang masih berdiri didepannya.
"It's okay. We are not a bad person. Right." Arman seolah cuba mengingati sesuatu, "Hazel is it? Anak Datuk Abdul Rahman?" soal Arman inginkan kepastian.
YOU ARE READING
LUTH (HIATUS)
RomanceLUTHFIA ZAHRA X KYLE ZAYYAN Story quite merapu. Read at your own risk! Enjoy reading ^~^ 🌹Start Date: 15/3/2024 🌹End Date: ⛔️Don't plagiarised this story. ⛔️100% idea dari Erren. ⛔️Gaiss, ai is penat berangan tau. Dont maciam-maciam. Ai tak hala...