🖤2

23 4 2
                                    

Ketua kelas memberi salam diikuti dengan semua pelajar lain. Selepas bacaan doa, mereka dipersilakan duduk. Mata semua pelajar memandang guru mata pelajaran Sejarah, Cikgu Anisya.

"Baiklah. Harini saya mahu masuk topik baru. Buka buku teks kamu. Siapa yang tak bawa, berdiri diluar kelas sekarang!" kata Cikgu Anisya tegas.

Luqe Arief mengeluarkan buku teks Sejarahnya. Zip alat tulis dibuka untuk mengambil pen.

Cikgu Anisya kalau menyalin nota, fuhh! Tak payah cakap ah. Laju tangan menyalin sehingga semua pelajar hampir tak boleh catch up dengan apa yang dia salin.

Baru hendak menyalin,pen tiba-tiba terjatuh dari tangan Luqe Arief. Pen biru itu bergolek ke kaki seseorang. Lantas Luqe cuba memandang orang tersebut.

'Siapa?' Luqe tertanya-tanya. Gadis disebelah kanan dia mengambil pen itu dan memberikannya kepada Luqe sambil menunduk bawah. Luqe mengambil pen tersebut.

"Terima kasih." Luqe senyum dan dibalas dengan anggukan dari gadis itu.
Semasa sesi belajar, tiada suara yang keluar diantara dia dengan gadis itu. Rief Zairul banyak kali meminta buku Luqe untuk tiru nota kerana tidak sempat menyalinnya.

Seketika kemudian,kelas Puan Anisya berakhir. Ketua kelas, Adam Harris bangun mengucapkan terima kasih dan diikuti oleh semua pelajar tingkatan 5 Sains.

"Kau dah siap salin ke? Kalau dah, aku nak buku aku balik." Luqe berkata sambil memandang Rief Zairul. 'Giat betul siapkan kerja. Memang tulisan Cikgu Anisya laju sangat ke?' fikir Luqe.

"Sabar la. Aku tak sempat salin tadi. Sikit lagi lepastu aku bagi buku kau." kata Rief.

"Hmm yalah..."

Izak, Ashri dan Ryan rancak berborak tentang sesuatu. Luqe datang menghampiri mereka.

"Korang borak pasal apa?" Luqe menarik kerusi dan duduk menghadap Ashri.

"Kucing Ryan beranak semalam. Comel dho anak dia, lima ekor!" Ashri menunjukkan tangan 'five'. Ryan mengangguk-angguk.

"Aku ingat Peanut ni jantan. Betina rupanya." kata Izak.

"Peanut" merupakan nama panggilan Ryan untuk kucing kesayangannya. Kenapa panggil "Peanut"? Sebab dah tak ada nama lain yang nak dibagi. Tambahan pula, lelaki itu suka makan kacang.

"Ha, sekarang kau dah tau dia betina, tukar ah nama dia. Bagi nama Peanutty~", Seloroh Izak. Tangan Ryan laju menepuk bahu Izak.

"Kepala hotak kau Peanutty. Cringe bodoh! Dia kucing aku, biar aku pilih nama baru untuk dia!" Ryan menggaru-garu dagunya. Memikirkan nama yang sesuai untuk Peanut.

Guru matapelajaran seterusnya tidak dapat masuk kelas kerana ada urusan di luar. Kelas 5Sains diganti oleh seorang guru praktikal.

"Weh, aku nak tanya. Siapa perempuan yang pakai mask hitam tu?" tanya Luqe kepada mereka semua.

Mereka semua memandang Luqe Arief.

"Siapa?" Soal Ryan pula.

Luqe menuding jari kearah perempuan yang memberikan pen dia sewaktu matapelajaran Sejarah tadi.

"Akira Mika?" Satu suara kedengaran dari belakang Luqe. Rief Zairul menghampiri mereka.

"Lama nau buat homework." perli Ashri dan dibalas dengan jelingan dari Rief.

"Siapa Akira Mika?"

"Budak pendiam dalam kelas. Dia tak suka bercakap dengan orang ramai dan selalu kitorang nampak dia baca buku sorang-sorang." jelas Rief.

Luqe mengangguk.

'Akira Mika...' nama itu terlintas di fikiran Luqe

******

Akira tekun membaca bukunya. Seketika matanya dijeling memandang Luqe Arief dan rakan-rakannya. Fikirannya mengatakan untuk dia pergi bercakap dengan Luqe, tetapi hatinya pulak menidakkan.

'He will judge you if you do so,' gumam isi hatinya.

Akira menggigit bibir. Bukunya diletak atas meja dan dia mula bermain dengan jari-jemarinya. Dia malu, sedikit canggang mahu berkenalan dengan murid baru itu.

"Akira.."

Satu suara memanggil namanya. Kepala didongakkan untuk memandang sang empunya suara.

"Err...sekarang dah waktu rehat. Awak tak turun makan ke?" tanya Luqe Arief.

Diam.

"Ah-cikgu kata semua kena turun,tak boleh berada dalam kelas waktu rehat..." Luqe berkata lagi.

Awkward. Suasana tiba-tiba jadi canggang. Masing-masing diam selepas itu. Dalam kelas hanya tinggal mereka berdua sahaja. Luqe kata dia akan keluar rehat sekejap lagi, Rief Zairul, Izak Ashaal, Ashri Iskandar, Hyder Ryan dan classmate yang lain semua sudah keluar rehat.

Akira berkata sesuatu dengan nada suara perlahan, tetapi jelas kedengaran di telinga Luqe.

"...Saya tahu tu."

Suara dia...kinda cute. Ish! Jangan Luqe! Kau baru kenal dia! Tak payah nak menggatal sangat!

Soalan ni agak lembab,entah macam mana tiba-tiba terkeluar dari mulut.

"Awak nak saya teman awak pergi rehat ke?" Wajah Akira berkerut.

Kau dah pahal tanya soalan macam tu, Luqe? Kan dah tahu malu!!!

Akira menggeleng lagi. Kakinya laju berlari keluar kelas hendak menuju ke kantin. Luqe mengeluh.

Kakinya bergerak menuju ke kantin.

"Asal kau lambat?" Ashri menyoal Luqe apabila kelibatnya mula muncul di kantin.

"Sorry. Tadi aku tengah cari dompet aku. Tiba-tiba jatuh masa dalam kelas. Nasib jumpa." Bohong Luqe. Kalau bagitau perkara sebenar,takut nanti kawannya fikir dia miang pula.

"Apa-apa jelah!" Ashri sambung menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Lupe meletakkan pinggan berisi lauk ayam masak kicap di meja kantin. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Selepas membaca doa makan, dia menyuap nasi ke mulutnya.

"Popular juga kau ni Luqe. Baru 3 hari kau kat sini, dah ada ramai perempuan suka kau!" Rief mengorak senyuman.

"Dah popular nanti,bjangan lupa kitorang!"

"Alah, kau sebenarnya cemburu kan sebab takde perempuan suka kau?" Ashri berkata dengan selamba sambil jari telunjuk menuding kearah Rief.

Rief Zairul mencebik.

"Hek elehh. Kau pun sama je. Takde pun nakkan kau!" pantas saja Rief membalas.

Ashri menjelir lidah.

"Dah, dah! Tak payah nak gaduh." Izak meleraikan pergaduhan mulut kawan-kawannya.

"By the way, tadi dalam kelas aku nampak kau asyik pandang je kat Akira tu. Kenapa? Are you interested in her?",soalan Izak itu membuat Luqe kaget.

Lahh! Dia perasan ke?

"Cinta pandang pertama." Ryan mengejek.

"Eh, mana ada. Aku cuma fikir yang dia tu nampak sorang-sorang je. Boleh aku datang berkawan." jelas Luqe. Menidakkan soalan Izak.

Daripada yang dia dengar, gadis bernama Akira Mika ini tak tunjuk langsung minat mahu bergaul dengan semua orang. Dia tidak mempunyai kawan dan selalu menyendiri, terutama sekali pada waktu rehat. Mungkin sebab itu, ramai menganggap dia pelik dan sombong kerana tak mahu melayan orang yang mahu berkenalan dengan dia.

"Good luck jelah. Aku bukan apa, takut nanti kau dipalaukan je." kata Ryan selamba. Air Milo diteguk sehingga habis kemudian dia bangun untuk mencuci tangan.

Luqe hanya tersenyum.

'Yeah...she talked to me...'

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now