Pejam celik, pejam celik. Peperiksaan SPM tinggal lagi 2 minggu. Dalam tempoh 2 minggu itu, guru-guru mengadakan kelas tambahan, ceramah motivasi dan aktiviti didikan untuk mendidik calon-calon SPM.
Semua pelajar tingkatan 5 bertungkus-lumus membuat persediaan untuk peperiksaan besar ini.
"Tak sangka dho SPM dah nak dekat." Ryan mengomel. Dia menguap melepaskan ngantuk nya akibat belajar tanpa henti.
"Haah. Tau tau je lagi 2 minggu nak SPM." Ujar Ashri.
"Cepat betul masa berlalu." Kata Izak pula.
"Demi masa~Sesungguhnya manusia kerugian~." Ryan menyanyi bait lagu nasyid yang difahalnya.
Ashri mengguling matanya ke atas. Dia sambung menyiapkan homework nya. Dia memandang Luqe yang tekun menyiapkan latihan matematik.
"Kau nampak macam.....gembira je. Apa hal?" Tanya Ashri. Luqe menoleh memandang Ashri.
"Tak ada apalah." Kata Luqe. Dia mengalihkan matanya ke buku latihannya semula.
"Mana ada tak ada apa, aku nampak kau dok sengih-sengih tadi. Apa citer?" Tanya Ashri seperti sudah tahu.
Yang lain turut sama mengalih pandangan kepada Luqe. Luqe terkebil-kebil.
"Asal semua pandang aku ni? Tak ada apa-apa lah." Luqe menidakkan sebarang kebarangkalian yang muncul di akal fikiran kawan-kawannya itu.
"Mustahil. Kalau tak, kau tak akan sengih macam ni. Macam kerang busuk." Ujar Izak.
"Macam mana kau tahu kerang tu bau busuk? Kau pernah bau ke?" Spontan Ryan bertanya dan menerima hentakan kuat di kepala oleh buku lima Ashri.
"Bodoh. Patutlah Bahasa Melayu kau fail." Ashri menjeling tajam ke Ryan.
"Ah, fitnah! Fitnah! Aku tak pernah fail Bahasa Melayu. Paling kurang pun dapat gred C je." Kata Ryan membela diri.
Izak merenung Ryan denagn padangan serius.
"Kenapa dapat C?"
"Soalan susah. Ada yang aku tak faham."
"Soalan jenis apa tu?" Tanya Izak kembali.
"Komsas aku rasa...sebab aku dah lupa jawapan dia apa."
"Soalan novel je kut. Paling senang lah." Ashri mencelah perbualan mereka berdua.
"Senang kau cakap. Kau dapat A, aku dapat C. Aku dah study siang malam topik Komsas kau tahu tak?" Sergah Ryan. Dia menyembamkan muka atas meja. Nak majukk ahh gini!!
Ashri mengguling matanya. Eish, menyampah.
"Kau kena berusaha keras lagi. Setakat baca dan hafal jawapan tu tak cukup." Izak menggeleng.
Ryan dah pasrah. Redha jelah markah dapat C nanti. Atleast, subjek lain semua A+++. Haraplah.
Tiba-tiba dia menyesal ambik aliran Sains. Tambah lagi kena belajar killer subjects iaitu matematik tambahan, fizik, kimia dan biologi. Dia cukup stress sekarang ni.
"Lepas SPM, cuti dua minggu kan?" Soal Rief yang sedari tadi diam.
Yang lain hanya mengangguk.
"Aku tengok kalendar, macam tulah." Jelas Ashri.
"Jom guys, menyerah jangan semangat!!" Ryan bangun lalu menjerit.
Rief membuat muka toyanya. Dia memandang buku latihannya semula.
'Kalau tak lulus, tak boleh kahwin dengan Lyanna.'
******
Pulang dari sekolah, Rief menuju ke biliknya. Pintu ditutup. Dia menanggalkan seragam sekolahnya yang bermandikan peluh dan melemparnya ke dalam bakul.
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...