🖤5

16 3 2
                                    

[ Hi].

*****

"Can we talk?"

Luqe memberanikan diri menyoal soalan itu ke Akira.

Akira diam sekejap. Mata memandang lelaki yang dihadapannya. Mask hitam masih lagi dipakai Akira seperti hari-hari yang sebelumnya.

Rief, Ashri, Izak dan Ryan hanya memerhati. Sendiri tidak menyangka Luqe menanyakan soalan kepada gadis pendiam itu. Dengan nada serius nya sekali. Saspens pulak keempat orang lelaki ini.

"Kalau dengar dari nada bunyi, macam serius je Luqe tu. Dia tengah gaduh ke dengan Akira tu?" Soalan yang sama keluar dari mulut Ashri.

"Kau tanya aku kenapa? Nak sangat tahu, tanyalah Luqe!" Rief membalas.
Mata memandang semula kearah Luqe dan Akira tetapi mereka sudah tiada dari pandangan.

"Aik? Diorang pergi mana? Pagi-pagi lagi dah ponteng kelas?" Rief bertanya hairan. Tadi ada, sekarang takde.

Luqe berjalan kearah tangga berdekatan dengan kelas. Akira berada tidak jauh darinya. Kepala ditoleh memandang gadis itu. Mata menilai rupa Akira.

Rambut Akira panjang hingga ke paras siku. Rambut itu diikat menjadi low ponytail. Topeng hitam masih berada di muka.

"I want to apologize. Awak lari dari saya mungkin sebab takutkan saya. Atau saya dah buat awak tak selesa atau saya dah buat salah dengan awak. Saya nak minta maaf. Saya cuma nak minta awak jangan lari dari saya lagi kalau nak end conversation dengan saya. Awak buat saya rasa bersalah. Risau saya, saya asyik fikir...saya ada buat salah ke? Takutkan awak ke? Atau buat awak tak selesa sampai nak elakkan diri dari saya? Saya faham kalau awak rasa macam tu tapi tolong jangan lari dari saya lagi...kalau nak end perbualan pun, cakap jelah kat saya. Jangan lari tanpa sebab."

Panjang lebar bait-bait ayat yang keluar dari bibir Luqe. Mata memandang gadis di hadapannya yang sudah menundukkan kepalanya. Luqe terdiam.

'Kenapa aku cakap macam tu? Again, suka hati dialah nak lari dari aku. Kenapa aku nak kesah? Kita bukannya ada apa apa!'

Luqe mula diserang rasa menyesal. Menyesal kerana tiba-tiba menyuruh gadis di hadapannya untuk bercakap tentang perkara ini, yang sudah tentu dianggap perkara remeh. Luqe juga menyesal kerana ternaikkan sedikit nada suara bercakap dengan gadis itu. Kenapa dia rasa sedih bila Akira lari darinya? Padahal mereka bukan rapat, bukan kawan.

"Aku....aku minta maaf. Sebab ter-marahkan kau. Aku...aku..."

Luqe tergagap-gagap. Tidak tahu mahu berkata apa. Akira memandangnya dengan pandangan yang tajam. Telan liur Luqe.

"Kenapa risau pasal tu?"

Luqe mendonggak kepala memandang Akira. Dia..dia cakap dengan aku..Dia cakap dengan aku?! Suaranya jelas jugak!

"Tak payah rasa bersalah. Awak tak buat salah pun." Akira yang dipandangnya kini dilihat seram. Mata tajam menikam ke mata Luqe. Sekali lagi Luqe telan air liur.

"Kenapa-"

"Saya tak suka orang yang minta maaf walaupun tahu dirinya tak ade salah apa pun." Luah Akira.

"Baiklah. Saya faham. Saya nak end talking. Nak masuk kelas. Bye." Luqe cepat-cepat beredar pergi ke kelas.
Sempat telinga terdengar sesuatu.

"...I won't run, if that's what you want..."

Dia tak salah dengar kan? Memang ayat-ayat itu sah diujakan untuk dirinya! Luqe segera ke kelas.

******

"Kalau nak rehat dengan dia, cakap jelah. Kitorang tak marah." Izak melirik matanya memandang Luqe.

Sudah lama dia perhatikan temannya yang satu ini. Dari waktu belajar sehinggalah waktu rehat, Luqe hanya melihat kearah Akira. Ingat dia tak perasan?

"Dia? Siapa? Jiran sebelah rumah kau si Markonah tu ke?" soal Rief.

Izak mempunyai seorang kenalan yang juga berada di kelas 5 Sains, Melisa Amelyna, yang merupakan sepupu yang bersekolah di sekolah yang sama dengan Izak. Berbadan kurus dan pipi gebu. Melisa selalu datang ke rumahnya untuk bermain ketika mereka masih budak kecil. Dan sekarang masih cuba untuk berkepit dengan Izak walaupun Izak jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan Melisa.

Ashri membuat muka toyanya. Meluat dia mendengar sebaris nama itu. Setiap kali dia lepak dengan Izak, perempuan tu selalu datang mengganggu, nak dekat sangat dengan Izak.

Beberapa kali Izak menyuruhnya berhenti tetapi gadis itu tetap juga mahu berkepit dengan Izak. Waktu macam ni lah kau nak datang! Nak lepak sorang-sorang dengan member pun tak senanglah!

"Bukan Markonah! Melisa. Berapa kali kau tersalah nama orang ni?" Izak menepuk dahinya.

Izak memandang Ashri yang bermuka masam. Terus dihampiri dan wajah kawannya itu ditatap.

"Aku dengan dia takde hubungan apa apa selain sepupu. Kau jangan risau." Izak berbisik.

"They are not gonna steal you from me. You are my dearest childhood friend. I prioritize you and my family more than anything in the world."

Ashri tersengih. "Kau ni lebih-lebih pulak." Ashri merangkul leher Izak menggunakan lengannya.

"...So...Markonah menggatal lah?" Soalan Rief itu menyentakkan perbualan Izak dan Ashri. Masing-masing menoleh memandang Rief

"Sedap jugak eh nama Markonah." Ashri setuju dengan Rief.

Senyum sinis Ashri memandang Luqe pula.

"Kau suka Akira, Luqe. And it's normal to fall in love with someone..." Ujar Ashri.

"Siapa? Siapa suka siapa ni???" Ryan menggaru kepalanya yang tak gatal.

Ish, seekor lagi...!

"Member kita jatuh cinta lagi awal dari kita." Ujar Ashri acuh tak acuh. Kemudian memandang Luqe.

"Kalau betul ada jodoh diantara kau dengan dia satu hari nanti, jangan lupa invite kitorang masa wedding kau..."

Suara perlahan tetapi jelas di pendengaran Luqe. Muka merah padam.

"Kita baru 17. Lambat lagi nak kahwin...yang kau beria sangat kenapa?" Luqe berbisik ke telinga Ashri.

Ashri hanya tersenyum senget. Menampakkan lesung pipitnya. Izak yang melihat hanya tersenyum.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now