🖤6

17 3 0
                                    


"Begitu sulit...lupakan Lyanna. Apalagi Lyanna baik~"

Rief menyanyi sound viral yang didengarnya dari tiktok. Lagu itu masih terngiang-ngiang di kepalanya. Handphone dipegang, sudah beberapa kali dia mencari sudut dan tempat yang sesuai untuk membuat konten tiktoknya.Beberapa kali itulah videonya terganggu dek kebisingan rumahnya itu.

Abang Rief, Rain Elvian, menggeleng kepala melihat adiknya yang sedari tadi menghadap telefon, menyanyi sound viral dengan suara yang sedikit sumbang. Permandangan yang begitu indah sekali.

'Setan mana buat dia broken ni?!' Getus Rain dalam hati. Kaki diatur menghampiri adiknya.

"Woi. Senyap lah! Tak habis-habis nyanyi lagu yang sama. Dahlah suara kau sumbang!" Rief membuat muka cemberutnya sambil mata memandang susuk tubuh abangnya yang berdiri menghadapnya.

"Dari tadi Lyanna, Lyanna, Lyanna...siapa je Lyanna tu?!" Soal Rain bernada agak tegas. Dia merenung tajam mata adiknya. Gulp! Rief telan air liur, parah.

"Kau tau kan ayah tak bagi kau dating dengan mana mana perempuan sehinggalah kau 23 tahun." Rain cuba membuat adiknya ingat tentang apa yang diberitahu oleh ayah mereka.

Ya, Rief Zairul ingat semua yang diberitahu ayahnya. Termasuk perbualan peribadi antara dirinya dengan ayahnya, Tuan Aaron Akasyah.

Flashback

Tiada satu bunyi yang terkeluar dari mulut Rief Zairul dan Rain Elvian. Masing-masing diam membisu. Mata kian memandang pemuda yang duduk menghadap mereka, wajahnya tegang. Penuh serius. Kedua-dua adik beradik itu sekarang berada di bilik kerja ayah mereka, Tuan Aaron Akasyah. Ayah mereka seorang yang serius dan tegas bila bersuara. Membuatkan dirinya dilihat bersifat garang di mata anak anaknya.

Rief Zairul amat menggeruni ayahnya itu. Dia dengan ayahnya tidak rapat dan dia sendiri selalu berjaga-jaga, tidak mahu membuat ayahnya marah akan sikapnya. Rain Elvian bersuara memecahkan kesunyian.

"Ada apa ayah panggil kami berdua?" Rain menyoal berani.

Rain tidak menggeruni ayahnya sama sekali. Berbeza dengan Rief, Rain lebih rapat dengan Tuan Aaron. Dia tahu ayahnya itu seorang yang tegas apabila berbicara.Jika membuat keputusan, segala keputusan yang diujarkan oleh Tuan Aaron itu muktamad dan tiada siapa berani menentang keputusannya. Rain Elvian sangat hormat akan ayahnya.

"Rief..." Sepatah nama itu membuatkan bulu roma Rief menaik. Ayahnya memanggil namanya. Dia ada buat salahkah?

"Kamu sekarang dah menginjak 17 tahun. SPM kamu lagi tiga bulan je lagi, jadi ayah harap ada perubahan dari segi akademik kamu. Result peperiksaan kali ni pun agak tidak memberangsangkan bagi ayah." Tuan Aaron Akasyah merenung anaknya tajam. Dia berdehem sebelum menyambung kata.

'Tak memberangsangkan bagi ayah. Bukan bagi aku. Salah aku ke tak dapat straight A dalam exam?' Getus hati Rief.

"You do know that underage teenagers have some cases of students doing "adult stuff" in the classroom. Are you aware of that, Rief?

Bahasa alien mana ni? Apa yang ayah cakap? "Adult stuff"..ayah tak maksudkan...

"Astaghfirullahal'azim, ayah! Rief tak buat kerja kotor tu semua! I would never made a girl pregnant! Haram!" Rief menidakkan kata-kata ayahnya.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now