^^
*
*
"Akira! Akira, tunggu...!" Luqe berlari anak mendapatkan Akira. Selepas peristiwa semalam, Akira enggan bercakap dengannya. Gadis itu juga mengelak dari Luqe di sekolah.Akira mempercepatkan langkahnya. Cuba mengelak sepenuhnya daripada Luqe. Dia terlihat sebuah kelas kosong dan terus masuk ke kelas itu.
"Akira...Akira, buka pintu ni...saya minta maaf.." Luqe mencuba membuka pintu kelas itu tetapi dikunci dari dalam.
"....Taknak.." Perlahan suara Akira. Dia terduduk atas lantai. Kepala didongak memandang kipas.
"Akira...please open the door. I'm sorry. I promise not to say that again. Tolong buka pintu ni. Bahaya berada dalam kelas kosong ni!" Luqe mengetuk-ngetuk pintu kelas kosong itu, menyuruh Akira untuk keluar.
Bukan dia tak tahu, kelas kosong itu dulu atap kelas pernah roboh sekali akibat keadaannya yang tidak stabil. Sekarang, atap kelas itu dah dibaiki tetapi pihak sekolah tak membenarkan pelajar mahupun sesiapa saja berada di dalam kelas itu kerana risau atap kelas itu akan roboh semula.
Maklumlah, atap itu walaupun dah dibaiki....bila-bila masa saja boleh roboh. Kita betul-betul pasti ke atap yang dibaiki boleh kekal lama?
"Akira, keluar. I won't repeat what I said. Get out. Now." Kata Luqe tegas. Dia memberi amaran menyuruh Akira untuk keluar dari kelas itu sebelum apa-apa berlaku.
Akira bangun dari duduk. Ya, dia tahu dia tak boleh merajuk lama-lama. Dia membuka tombol pintu. Belum sempat dia melangkah keluar, kedengaran bunyi 'krak' dari atap kelas.
"AKIRA!!"
Dengan segera, Luqe menarik lengan Akira keluar dari kelas itu. Kedengaran bunyi atap kelas kosong itu bocor dan roboh.
"Awak tahu tak, nak terkeluar jantung saya bila awak hampir terkena runtuhan tu! Saya dah kata jangan masuk yet awak degil! Ini nasib baik awak tak terluka." Marah Luqe.
Dia melihat Akira menunduk kepalanya. Air mata jatuh menuruni pipi. Badannya menggigil.
"I'm...sorry." Akira tidak berani memandang suaminya.
Seorang guru menghampiri mereka. "Kenapa ni? Apa yang berlaku, Luqe?" Tanya guru itu.
"Tadi saya dan Akira tengah jalan nak pergi kantin, tiba-tiba kitaorang nampak pintu kelas ni terbuka. Akira nak tutup pintu kelas ni, lepastu tiba-tiba atap kelas roboh." Bohong Luqe.
Guru itu menoleh ke arah Akira yang sedari tadi hanya menundukkan kepala.
"Betul ke ni, Akira?" Tanya guru itu.
Akira mengangguk. "Betul...saya nak tutup pintu, tiba-tiba saya dengar bunyi pelik dari atap...atap tu roboh hampir kena saya." Akira turut juga berbohong, tidak mahu guru itu bertanya pelbagai soalan lagi.
"Akira, kamu ok tak? Ada apa-apa kecederaan?"
"Tak...mujur saya sempat elak."
Guru itu diam seketika sebelum membalas "Baiklah. Terima kasih bagitahu saya. Pasal atap ni....nanti saya bincang dengan pengetua."
Mereka berdua mengganguk. Luqe menghantar kelibat guru itu pergi dengan ekor mata. Dia menoleh memandang Akira.
"Jangan asyik pandang bawah, pandanglah saya..." Akira perlahan-lahan mendongakkan kepalanya.
"Don't cry anymore, Akira. Wipe away your tears..." Akira buat seperti yang Luqe suruh, dia menyeka air matanya. Bibir mengukir satu senyuman nipis.
"Smile often. It's a sunnah..." Kata Luqe lagi. Akira mengangguk. Mukanya membahang panas, apalagi melihat wajah Luqe yang tampan serta senyuman manis yang diberikan.
Gosh, who doesn't love this boy?
Akira melarikan pandangannya dari Luqe.
"K-kita kat sekolah, malu nanti orang tengok..." Balas Akira perlahan. Mata masih tidak memandang Luqe.
Luqe ketawa kecil. "You're right."
******
Ashri mengetap bibir. Geram dengan apa yang berlaku bersama Melisa di kantin tadi.
Dia menghampiri tempat duduknya dan melabuhkan punggung. Tapak tangan diletakkan di dagu.
Perbualan dia dengan Melisa di kantin tadi terpancar di fikirannya.
Ashri beratur untuk membeli makanan. Setelah membayar, dia berjalan ke meja kawan-kawannya
"Bro, kau tak beli air ke?" Soal Ryan. Dia melihat Ashri memegang pinggan berisi nasi lauk kari di tangannya.
"Sabar, nak pergi belilah ni." Ashri meletakkan pinggannya di atas meja. "Jangan makan nasi lauk kari aku. Kalau aku nampak kau makan, aku sekeh-sekeh kepala kau karang!"
Ryan mengguling mata ke atas. Dia membuat wajah cemberut. Ashri berlalu pergi.
Selepas membeli air, dia mahu pergi ke meja kawan-kawannya tetapi dihalang oleh seseorang. Dia menoleh.
Melisa Amelyna.
Dia menjeling. "Kau nak apa? Jangan halang laluan boleh tak? Blah lah."
Ashri melangkah, tiba-tiba badannya ditolak kasar oleh Melisa. Air minuman tertumpah ke bajunya.
"Kau apahal? Aku nak cakap dengan kau, yang kau nak kasar dengan aku apahal?!" Melisa membalas jelingan Ashri.
"Masalahnya aku taknak cakap apa-apa dengan kau. Sebab kau, baju aku dah basah! Siapa nak ganti? Nenek kau?" Ashri menggosok-gosok bajunya yang terkena air tadi.
"Padanlah muka. Eh, kau boleh tak jangan asyik nak rapat-rapat dengan Izak? He's mine, tak malu ke duduk rapat-rapat dengan yang sama jantina?"
"He's my friend, and shouldn't that question goes to you? Kau yang beria nak berkepit dengan Izak, pegang-pegang bagai. Takde maruah ke? Kau tahu kan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram tu hukumnya haram?" Balas Ashri panjang lebar. Melisa tersentap.
"Shut up! Jangan nak berlagak macam kau tu alim! I know your secret, Ashri. Kau tak payah nak berceramah bagai kat aku." Melisa sudah tersenyum sinis. Dia menyilang tangan.
"Kau cakap apa ni? What secret? I don't have any." Ashri mengangkat sebelah kening.
"Kau tak payah tipulah. I know you're gay." Ashri terbuntang. Mende ni?
"Sejak bila pulak aku gay?"
"Habis kau rapat dengan baby aku kenapa?!" Marah Melisa.
Dia sudah tidak peduli jika semua orang di kantin memandangnya pelik. Fokusnya kini berada di lelaki di hadapannya.
"Aku dah cakap dia kawan aku. KAWAN. Kau tak faham ke? Salah ke aku nak rapat dengan kawan aku? I'm annoyed by you because you're always bother us when we're talking. Kau tahu kan yang Izak jelas-jelas tak suka kau, kenapa kau nak paksa dia? Jangan paksa oranglah. Kalau dia tak suka tu, tak sukalah. Jangan kacau dia lagi." Kata Ashri panjang lebar. Dia berjalan meninggalkan gadis itu.
Ashri memegang kepalanya. Dia memicit-micit kepala. Ish! Kan dah pening kepala!
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...