🖤13

14 3 0
                                    

Malam itu, Luqe bercadang untuk membuat apple pie. Sudah lama dia teringin nak makan makanan itu. Dia berjalan ke dapur dan membuka kabinet. Dia mengambil bahan-bahan untuk membuat apple pie.

Akira yang sedang membuat air Milo itu terhenti seketika dan menoleh ke arah Luqe.

"Awak nak buat apa?" Tanya Akira.

Dia melihat bahan-bahan untuk memasak sudah berada di ruang meja dapur. Lagilah dia hairan.

"Nak buat pai epal. Dah lama teringin nak makan." Luqe senyum segaris. Akira hanya mengguman, mata memandang Luqe membuat pai epal.

Setelah berjaya membuat doh dari tepung, Luqe menguli doh itu menjadi saiz besar dan meletakkan doh itu di dalam pie curt.

Akira melihat Luqe meletakkan epal merah yang telah dipotong dan dikisar ke doh itu, dan kemudian meletakkan lagi satu doh bagi menutupi pai epal itu sebelum memasukkannya ke dalam oven. Akira mengagumi skill Luqe dalam memasak.

Luqe menoleh memandang Akira yang merenungnya. Dia menghampiri Akira. Dahinya berkerut.

"You look sad. Is everything okay?" Soal Luqe. Jelas kelihatan raut wajah bimbang yang dipamerkan. Showing concern.

Akira tersentak dari lamunannya. Tidak sedar Luqe berada di hadapannya. Jarak antara mereka begitu rapat, Akira dapat merasakan wajahnya membahang panas. Dia memandang arah lain.

"Tak ada apalah.." Akira menidakkan. Dia meneguk air Milo nya.

"Kalau nak cakap sesuatu, boleh bagitahu saya. Jangan pendam. Saya suami awak dan saya....." Luqe terdiam. Saya apa? Saya berhak untuk tahu masalah awak? Nak cakap apa ni?

"....saya ambil berat tentang awak. I care about you." Akira memandang Luqe tidak berkelip mata. Dia berhenti meneguk air Milo. Dia menunggu kata-kata Luqe lagi.

"Saya...saya....s-s-s-sayang a-awak...." Luqe tergagap-gagap mengatakannya. Dia mengetap bibir, tangan meraup wajah yang sudah kemerahan.

Kenapa susah nak ungkapkan cinta?

Akira juga turut malu. Wajahnya membahang. Dia memandang bawah.
Sepi mula menyerang segenap dapur itu. Masing-masing diam tidak berbicara. Kedengaran bunyi oven menandakan pai sudah siap dibakar. Luqe cepat-cepat pergi ke oven.

Dia memakai sarung tangan dapur yang menebat haba dan mengeluarkan pai itu dari oven. Dia mengeluarkan pai itu perlahan-lahan dari pie curt dan meletakkannya di pinggan. Pisau dicapai dan Luqe memotong pai itu. Satu potong pai diberi pada Akira.

Luqe menyuap pai ke dalam mulutnya. Wajahnya berubah kelat.

'Manis betul. Aku terlebih letak epal ke?' Fikir Luqe. Dia melihat isterinya yang makan pai itu juga.

"Manis sangat ke?" Soal Luqe.

"Sikit..." Jawab Akira jujur. Dia kembali menyuap pai itu.

Keadaan sepi menjelma di ruang makan. Mereka berdua menjamu selera makan pai yang dihidang.

The pie is sweet. Just like you...a sweetie.

Luqe menoleh. Dia terkejut melihat Akira yang wajahnya sudah merona kemerahan. Dia baru sedar yang dia telah memanggil Akira 'sweetie' tanpa sedar. Dia meraup mukanya lagi.

'Luqe, what the heck?' Kata isi fikirannya.
Dia kembali memandang Akira.

"S-saya minta maaf..I didn't mean to blurt it out loud. I'm sorry!" Luqe meminta maaf berkali-kali.

"It's okay." Akira membalas.

"Saya nak panggil awak dengan nama panggilan yang sweet. Macam sayang, ayang, cinta, darling, honey....tapi rasa macam panggilan tu semua dah pernah orang gunakan. I want our moment to be....romantic? Ya, itulah yang saya fikirkan." Akira tekun mendengar luahan suaminya.

"Ya...kinda awkward kalau kita panggil 'saya' 'awak' je." Kata Akira perlahan.

"Jadi..." Luqe merapatkan jaraknya dengan Akira. Akira terkejut. Dia terkaku di tempatnya.

"Allow me to call you sweetie."

Luqe merenung tepat ke mata gadis di depannya itu. Dia nampak seperti mata Akira bercahaya sedikit. Akira melarikan pandangannya dari Luqe. Sekali lagi, wajahnya membahang panas.

"You are my husband.., you can call me whatever you want as long as you are not catcalling me." Ujar Akira.

Luqe tersenyum. Mereka kembali makan.

******

Izak melabuhkan badannya di atas katil. Selepas solat Zohor berjemaah dengan ayah dan ibunya, dia berasa letih dan terus berbaring di atas katil. Mata terpejam.

Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi muncul. Dengan malas, Izak mencapai telefonnya. Dia menekan mesej yang tentera di skrin telefon. Dia melihat nama group whatsapp kawan-kawannya yang telah ditukar.

 Dia melihat nama group whatsapp kawan-kawannya yang telah ditukar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Siapa pulak yang tukar nama group ni? Ni mesti kerja si Ryan tu.' Getus Izak. Dia membaca mesej di group itu.

 Dia membaca mesej di group itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Izak ketawa kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Izak ketawa kecil. Buat perangai betul lah Si Ryan ni. Matanya semakin kuyu. Dia meletakkan telefon di meja kecil sebelah katilnya dan tertidur. Tanpa dia sedar, satu mesej lain berbunyi.

Lebih baik you jauhkan diri dari Ashri. Lebih tepat lagi, jangan dekat dengan dia. Kalau you nak tau, Ashri sebenarnya gay dan ada perasaan kat you!
-Melisa

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now