Almost wanna give up cause' my ideas were all running away🥲. Kalau chapter ni ok, means I have improved a lot.
Enjoy
*
*
*Beg sekolahnya diletak atas kerusi. Dia melabuhkan punggung atas kerusi sambil membuka beg dan mengeluarkan buku teks dari beg sekolah.
Matanya memerhati setiap ragam rakan sekelasnya. Matanya liar mencari kelibat seseorang. Apabila dia nampak orang yang dicarinya, terus dia menghampiri.
"Raisya.." Dia memanggil nama gadis itu. Raisya mendonggak memandang gerangan yang memanggil namanya. Dia tersenyum nipis.
"Hai Elyas. Kenapa panggil aku pagi-pagi buta ni?" Soal Raisya. Dia melihat Elyas ketawa kecil. Dia hairan. Apa yang kelakar?
"Tak ada apalah. Just nak sapa kau je. Eh, lupa nak bagi salam. Assalamualaikum, Raisya Sophia." Elyas tersengih.
Raisya membuat muka cemberut.
"Aireen. Raisya Aireen. Kau dah kenal aku lama tapi tak akan lah nama aku pun kau susah nak sebut?" Raisya membuat muka toyanya. Elyas ketawa lagi.
"Jawablah salam."
"Waalaikumussalam, Elyas Omar, jiran sebelah rumah aku yang selalu memekak tiap malam." Raisya membuat memek muka seperti mengejek.
"Dah ah, blah! Ni meja aku! Kau ada meja sendiri tak nak pulak duduk kat kerusi kau!" Elyas mencebik. Dia melangkah longlai ke mejanya.
Raisya menggulingkan mata ke atas. Dia memandang Luqe bersama geng Rief yang lain. Dia menoleh melihat Melisa yang duduk berhadapan dengannya.
"Mel, Mel..." Raisya memanggil-manggil kawannya itu.
"Ish, apa?! Can't you see I'm busy?!" Melisa menoleh ke belakang, dahi berkerut.
"Umm...aku nak minta maaf hal semalam." Kata Raisya. Melisa menggumam perlahan.
"Ugh, whatever! Asalkan kau tak kacau aku lagi, then we're good..." Melisa melibas rambutnya yang panjang hingga paras siku.
Raisya tersenyum.
******
Semua murid kelas 5 Sains bergerak ke padang sekolah kerana hari ini mereka ada Pendidikan Jasmani. Cikgu Shah memanggil semua pelajar untuk segera ke padang.
"Hari ni kamu semua akan main bola beracun. Saya nak perempuan dan lelaki buat bulatan dalam kumpulan. Seorang tolong tentukan siapa yang akan masuk bulatan dan siapa yang akan baling bola. Faham?" Terang Cikgu Shah panjang lebar.
Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. "Kenapa harini kita main bola beracun, cikgu? Kenapa tak main netball ke, badminton ke bola tampar ke?"
"Beragaklah sikit. Siapa je main bola tampar kat padang sekolah penuh rumput ni? Orang main volleyball kat gelanggang, bukan kat padang sekolah!" Sahut seorang pelajar lelaki.
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...