"Hah?! Amnesia? Maksudnya dia hilang ingatan lah?!"
Rief, Ashri, Izak, Ryan dan Luqe lepak bersama di sebuah kafe. Luqe menceritakan apa yang berlaku terhadap Akira kepada mereka berempat.
"Dia boleh tak nak jawab SPM nanti?" Soal Izak ragu-ragu.
"Boleh. Ingatan dia terhadap pembelajaran masih kukuh. Cuma dia tak berapa nak ingat akulah." Ujar Luqe berselit keluhan. Dia memandang sayu kawan-kawannya.
"Ayah dia dah tak suka aku. Ayah dia benci aku. Full stop."
Semua mata mengecil. Tidak percaya dengan kata-kata kawannya itu.
"Eh, apasal pulak? Bapak mertua benci mertua dia sendiri, apa kejadah?" Soal Ryan sambil menggaru kepalanya.
"Dia bergantung sepenuhnya kat aku untuk jaga anak dia sementara dia dengan isteri dia pergi outstation ke Jepun. Lepas kemalangan tu, dia hilang kepercayaan kat aku. Dia fikir kemalangan tu berpunca dari aku dan akulah penyebabnya. Padahal orang yang langgar aku tu mabuk dan sekarang berada di mahkamah." Terang Luqe panjang lebar.
Kelima-lima mereka diam menghirup air minuman mereka. Straw minuman dikacau.
"Kenapa dia masih marahkan kau sedangkan pesalah dah masuk mahkamah?" Rief menyoal setelah lama berdiam diri.
"Aku tak tahu. Dia benci aku. Aku pun dah confuse sekarang ni. Ni semua takdir dan ujian dari Tuhan untuk aku ke? Ke ini semua dirancang oleh seseorang yang nak aku mati? Kenapa? Apa salah aku?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Luqe. Dia buntu. Fikiran dia kusut.
"Kau jangan fikir macam tu. Nanti kau jugak yang stress. Kita datang lepak ni pun janji nak study sama-sama. Happy happy lah sikit." Ryan cuba untuk memujuk Luqe.
Luqe senyum paksa. Dia menghabiskan minuman dan kelima-lima mereka keluar dari kafe tersebut. Mereka memasuki kereta Ryan dan kereta bergerak menuju satu lokasi.
Taman merupakan tempat kegemaran mereka berlima untuk lepak bersama. Mereka akan bermain, belajar dan berjoging di taman ini sambil menghirup udara segar. Mereka bersiar-siar jugak(sambil tengok awek).Luqe terkeculi. Dia dah kahwin, kan?
"Aku rasa macam nak bawak isteri aku datang sini. Tengoklah nanti kalau ada masa." Luqe senyum nipis, tangan mencari-cari buku latihan Kimia dia dari beg jenama Polo.
"Kita buat Kimia dulu ke?" Spontan Ryan bertanya.
"Kang buat yang senang kang, kau lupa buat subjek sudah ni. Lebih baik buat sekarang." Izak mencapai buku latihannya dan membelek-belek muka surat mencari soalan yang senang untuk dipelajari.
"Kimia paling senang pun bahagian objektif. Macam soalan ni..." Ashri menunjukkan satu soalan objektif subjek Kimia. Dia membacakan soalan itu.
"Apakah unsur kimia bagi air?"
"H²O." Jawab mereka serentak.
"Tu senang. Bagi soalan yang sudah sikit." Kata Rief.
"Semua nampak senang. Aku bagi subjek lain jelah. Jika isipadu berkurang, maka tekanan bertambah. Adakah hipotesis diterima? Jelaskan jawapan anda." Izak memberi soalannya sendiri.
"Ya. Sebab tekanan tu maksudnya pelanggaran antara molekul udara dengan dinding bekas. Bila isipadu bertambah,tekanan berkurang. Begitu juga sebaliknya." Terang Luqe. Yang lain mengangguk faham.
"Soalan seterusnya, jika daya apungan berkurang, maka objek akan terapung. Adakah hipotesis diterima?"
"Tak. Salah sebab daya berjumlah 10N (Newton). Bila suatu objek lebih berat dari daya, daya tak dapat menampung berat objek menyebabkan objek tenggelam. Daya apungan sama dengan berat objek. Ni bukan kita pernah belajar ke dulu?" Soal Rief balik.
"Haah. Saja je nak test otak korang." Izak ketawa sendiri.
Yang lain hanya menggeleng.
******
Minggu menjawab peperiksaan SPM sudah tiba. Calon-calon SPM tekun menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran di dewan. Hari ini merupakan hari terakhir mereka menjawab soalan SPM dengan subjek Fizik.
Luqe menoleh memandang Akira yang sedang menjawab soalannya. Akira mengangkat tangan bagi menanyakan soalan kepada pengawas dewan. Selepas selesai, dia kembali jawab kertas soalan.
Luqe risau sekiranya apa-apa terjadi pada Akira, kot² tiba-tiba sakit kepala dan pengsan, dia pulak yang susah nak bawa Akira ke bilik sakit lagi.
Selepas habis 2 jam, semua pelajar dibenarkan keluar dewan. Ryan menggunakan peluang ini untuk mengambil nafas.
"Argh! Oksigen! Oksigen! I need air right now!" Ryan mengambil nafas. Sekejap hembus dan sekejap menarik nafas semula.
"Kau dah pahal?" Tanya Ashri. Pelik melihat gelagat kawannya yang seorang ni.
"Gugup tadi. Langsung tak leh bernafas secara normal." Ujar Ryan.
"Lemah. Itu pun nak takut." Satu suara mengganggu perbualan mereka. Ryan menoleh melihat Kaz merenungnya dengan ekor mata.
"Kau pahal?"
"Tak senonoh kau ni. Aku adik kau pun lebih matang." Seraya itu, Kaz berlaku pergi. Ryan mengetap rahang. Geram.
"Dahlah tu weh. Buat tak kesah je. Dah, jom rehat. Aku lapar ni." Ashri menarik lengan Ryan dan mereka berjalan ke kantin.
******
Bantal ditepuk dan dia melabuhkan kepala atas bantal empuk itu. Dia memejamkan matanya perlahan. Dia tidak pasti dimana keberadaan dia tapi apa yang di tahu, dia sedang bermimpi.
Dia melihat suaminya memakai baju jubah serba putih datang ke arahnya. Dia hanya membiarkan langkah suaminya makin dekat dengannya. Pipinya diusap lembut. Betapa dia rindu sentuhan lembut lelaki ini ke wajahnya. Dia rindu suaminya menyentuh wajahnya.
"I love you, sweetie. Abang cintakan sayang sangat-sangat. Words can't express how much I love you dear. Setiap malam abang berdoa moga ingatan sayang kembali dan sayang dapat ingat abang balik. Abang minta maaf, sayang. Sebab abang, saya kemalangan. Sebab abang, sayang cedera. Sebab abang.....sayang tak dapat nak ingat abang. Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf!"
Luqe menangis di dalam mimpi Akira. Air mata panas jatuh mengalir ke pipi. Akira berasa sebak melihat keadaan suaminya begitu. Tangan diangkat menyeka air mata suaminya.
"Bukan salah Luqe. Akira tak salahkan siapa-siapa." Akira membalas dalam mimpinya sebelum menerima pelukan hangat sang suami.
"Abang akan berusaha dapatkan memori sayang balik. Abang nak sayang ingat abang balik. Abang nak kita kembali macam dulu. Abang cintakan sayang. Tak kesah berapa lama, abang akan tetap mencintai sayang. Cukuplah sayang ada dengan abang. Abang dah hilangkan kepercayaan ayah sayang kerana kemalangan tu, dan abang tak nak perkara yang sama berulang dengan sayang. Abang janji....."
"As long as I'm alive, abang akan berusaha buat sayang dapatkan balik memori kita dulu."
Akira tidak peduli ini mimpi atau tidak. Dia berasa selamat dalam dakapan suaminya dan dia tak mahu pelukan dileraikan. Dia tiba-tiba merasakan seperti suaminya makin lama makin menghilangkan diri.
"Luqe! Luqe!! Luqe kat mana?! Jangan tinggalkan Akira!"
Akira melaung memanggil suaminya namun figura Luqe makin menjauhinya.
Akira membuka matanya luas. Nafasnya turun naik. Dia menyeka air mata yang jatuh ke pipi. "Tu semua hanya mimpi?"
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...