Bab 24|Ending

14 2 0
                                    

Katil hospital bergema kuat dengan suara tolakan dan bisikkan orang ramai. Luqe duduk di kerusi menunggu sambil menggenggam tangannya. Akira telah dikerjakan ke hospital sekali lagi akibat serangan di kepala.

Luqe semakin gelisah. Setiap kali dia akan merenung bilik rawatan. Menunggu ketibaan doktor untuk memberikan keputusan ujian rawatan. Dia berharap semuanya baik baik sahaja.

'Ya Allah, selamatkanlah isteri aku!' Luqe berdoa dalam hati.

Kedengaran bunyi tapak kasut menghampiri dirinya. Dia menoleh dan tidak menyangka ibubapa Akira akan datang ke hospital. Encik Taufiq Ren mendekati dirinya dan kolar diragut kasar.

"APA KAU DAH BUAT KAT ANAK AKU?!" Semua mata memandang mereka pelik. Luqe menarik nafas sebelum kolar bajunya dilepaskan kasar.

"Masih nak salahkan saya ke, Encik? Sebab kemalangan tu Encik salahkan saya? Saya sendiri tak menyangka perkata itu akan berlaku! Dan apa yang terjadi itu takdir dan Tuhan sendiri yang tentukan. Saya tak ingin pun semua ni berlaku tapi nak buat macam mana?! Encik kena bersyukur anak Encik masih selamat dan sekarang tengah dirawat di bilik rawatan! Kalau saya takde,agaknya apa akan jadi?!" Luah Luqe.

" Ni ujian dari Tuhan untuk menguji kesabaran hambanya! Takkan sebab ini je Encik dah putus harapan? Saya bukan pembawa malang. Saya bukan sesiapa melainkan seorang lelaki biasa-biasa yang kehilangan ayah dia sendiri dan hanya menolong mak jual nasi lemak kat seberang jalan." Sambungnya lagi.

"Nak salahkan saya? Silakan. Saya dah tak kesah lagi. Saya cuma nak isteri saya selamat je, Encik." Luqe membalas panjang lebar sebelum sentuhan tangan seseorang memegang bahunya. Dia menoleh.

Ibunya, Puan Zuraida mengusap perlahan belakang badannya. Air mata menurun deras. Dia tak dapat nak menahan tangisannya lagi. Dia memeluk erat emaknya.

Kawan-kawannya yang memerhati turut sebak melihat kejadian itu. Sesungguhnya, kawannya perlu menanggung beban yang berat serta tekanan dari keluarga sang isteri. Dia sendiri bagai dipenjara dalam amarah bapa mertua.

Kaz mengusap belakang badan abangnya. Dia tahu abangnya turut sedih melihat semua ni terjadi. Dia walaupun tak tunjuk tapi dalam diam dia menyayangi abangnya itu.

Semua diminta duduk di bangku tempat menunggu. Luqe langsung enggan melihat muka ibubapa isterinya. Dia masih geram dengan bapa mertuanya. Hatinya sebak dan dia berasa kecewa.

Beberapa jam kemudian, pintu bilik rawatan terbuka. Seorang doktor dengan tag nama "Doktor Lim" mendekati mereka semua.

"Keluarga kepada pesakit Akira Mika binti Taufiq Ren?" Doktor itu menyoal.

"Saya ayah dia." Encik Taufiq Ren bangun dari duduknya dan menghampiri doktor itu. "Macam mana dengan anak saya, doktor?"

"Alhamdulillah, pesakit berada dalam keadaan stabil. Mujur pesakit dihantar ke sini dengan segera. Jika tidak, mungkin keadaannya akan bertambah teruk." Ujar Doktor Lim.

"Boleh saya jumpa nak saya?" Tanya Encik Taufiq Ren.

"Hanya dua orang sahaja yang boleh masuk bilik rawatan." Balas doktor itu.
Tanpa membuang masa, Encik Taufiq Ren dan Puan Hanys memasuki bilik rawatan pesakit itu. Luqe hanya menanti di luar.

                              ******

"Papa? Mama?" Akira memanggil lemah ibubapa dia. Tangannya digenggam Puan Hanys.

"Mujur kamu selamat, sayang. Kami takut sangat tadi." Puan Hanys teresak-esak. Tangannya menggenggam tangan anaknya.

"Lu...Luqe mana, Ma?" Akira menanya ibunya.

"Dia ada kat luar." Kata Puan Hanys. Encik Taufiq Ren mengalihkan pandangannya.

"Adik nak jumpa dia, boleh?" Soal Akira dan dibalas dengan anggukan dari mamanya.

Encik Taufiq Ren keluar memanggil Luqe. Dia lihat Luqe sudah terlelap di tempatnya. Dia mengejutkan lelaki itu.

"Nak, bangun. Isteri kamu panggil." Dia menggoncang bahu Luqe. Luqe membuka mata dan berdiri. Dia berjalan ke bilik sakit lantas pintu dibuka. Dia memasuki bilik pesakit.

"Luqe..." Akira memanggil lemah suaminya. Luqe tersentak.

"Sweetie dah ingat.....ke?" Luqe bertanya berani.

"Akira dah ingat semuanya...." Balas Akira sambil tersenyum lega.

Dia mengusap perlahan ubun ubun isterinya seraya mencium dahinya. Betapa dia sayang akan wanita di hadapannya.

                           ******

Sudah lima bulan mereka kahwin. Encik Taufiq Ren juga sudah meminta maaf maaf atas perbuatannya yang lalu. Luqe memaafkan dengan rela hati.

Akira menghampiri Luqe yang sedang melukis. Dia melihat suaminya yang comot dengan cat air di wajahnya. Luqe menarik Akira duduk di ribanya. Akira akur.

"Lukis apa tu?" Tanya Akira manja seraya meletakkan kepalanya di dada Luqe.

"Us." Jawab Luqe. Dia menunjukkan potret lukisan mereka yang hampir siap. Akira menepuk tangan, kagum.

"Cantiknya. Abang memang berjiwa senilah." Dia menilai potret separuh siap itu. Dalam potret itu, mereka berdua sedang berpegangan tangan. Background lukisan dipenuhi dengan taman bunga ros yang kelihatan cantik di matanya. Atasnya pula dilukis langit biru serta awan-awan menggunakan warna biru dicampurkan dengan warna putih, membuatkan lukisan bertambah cantik dan tenang bagi sesiapa yang melihatnya.

"Abang....agaknya nanti kita ambik result berdua atau ada orang ketiga?" Soal Akira. Luqe menjongketkan dahi hairan.

"Result apa? Kalau result SPM, kita dah lama ambik." Ujar Luqe.

"Bukanlah. Result lain." Akira menghulur tangan Luqe dan membawanya ke perutnya. Diusap perlahan perutnya. Luqe memandang dia tidak percaya.

"Betul ke ni, sweetie?" Dia menanya.

"Kira tak tipu pasal ni." Jawab Akira.

"Ya Allah. Sweetie, terima kasih!" Luqe mengalirkan air mata syukur. Dia gembira yang teramat.

"Sayang, terima kasih. Terima kasih sangat-sangat!" Luqe mengeratkan pelukan.

"Sama-sama abang. Thank you for being a good husband and soon to be father." Akira turut sama mengalirkan air mata.

Terima kasih Ya Allah atas pemberian-Mu ini.

Tamat


Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now