Bab 19| Memory Loss

8 3 0
                                    

"Polis cakap pemandu yang terbabit berada dalam keadaan mabuk dan tak perasan lampu merah. Pemandu tu terus pecut laju dan bila sedar je, kereta dah tergelincir menyebabkan kereta dia bertembung dengan kereta Luqe dan accident. Jadi kesimpulannya, ini semua salah pemandu Lamborghini tu." Terang Maira panjang lebar.

Luqe mengangguk sekali. Dia kembali pandang bawah.

"Encik Taufiq dah tak percayakan saya. Dia tak bagi saya menapak kaki kat rumah dia. Lagi teruk, dia taknak tengok muka saya lagi." Luqe meraup wajahnya kesal. Satu nafas dihembus.

"Jangan putus semangat. Pasti ada harapan lagi. Atleast, adik saya dah selamat." Maira berkata lega.

Doktor kata Akira kini sudah sedar. Mereka berdua datang melawat dia di bilik sebelah.

"Awak siapa?" Betul sangkaan dia, Akira langsung tak ingat dia siapa. Yang Akira ingat hanyalah ahli-ahli keluarganya, dirinya sebagai calon SPM dan nama dia sahaja. Selain dari itu memang dia tak ingat.

"Saya suami awak, Luqe Arief. Kita kahwin sebab mak ayah awak perlu pergi outstation untuk kerja dan kakak awak, Maira tak dapat nak jaga awak sebab sibuk study di universiti. Sebab itu jugalah awak dapat kenal saya dengan lebih rapat lagi." Terang Luqe.

Akira dilihat masih terkebil-kebil kesan dari amnesia itu.

"Kalau betul kita dah kahwin, mana cincin kahwin kita?" Tanya Akira.

"Lepas kahwin, kitaorang tidur di bilik berlainan sebab kata awak, awak tak selesa tidur bersama. Awak tidur di master bedroom dan saya tidur di Guest Room depan bilik awak. Cincin kahwin awak mungkin di bilik awak sendiri. Kalau awak tak percaya, I can take you home and you can see it for yourself." Balas Luqe.

Pandangannya beralih pada Akak Maira yang berdiri di sebelah Luqe.

"Betul ke ni kak? Apa yang dia cakap ni?" Akira bertanya bagi kepastian.

"Haah, adik. Akak ada masa majlis akad nikah berlangsung. Masa tu, adik happy betul. Melebar senyum." Puji Maira.

Akira menoleh arah lain dan tidak berkata apa. Otak masih memproses apa yang dah terjadi.

"Apa....apa yang dah jadi kat saya? Kenapa saya kat sini? Kenapa akak kena balut bagai?" Dia bertanya lagi. Kali ini dia betul-betul nak tahu.

"Lepas mama dan papa berlepas ke Jepun untuk kerja, kitorang balik dari airport. Dalam perjalanan, tiba-tiba ada satu kereta ni terlanggar kereta Luqe dan kereta Luqe terbabas kena pokok. Adik tak sedarkan diri dan akak dan Luqe hanya nyawa-nyawa ikan. Bila bawak adik kat hospital, doktor cakap adik amnesia." Terang Maira lagi bagi pihak Luqe.

"Papa marahkan Luqe sebab hilang kepercayaan pada Luqe untuk jaga adik. Padahal ini semua dugaan dan takdir dari Tuhan. Kemalangan ini pun kita tak jangka." Maira berkata lagi. Dia mengambil nafas. Penat cakap panjang-panjang.

"Sebab kita baru kahwin awal, kita belum ambik lagi gambar potrait keluarga. Kata mama awak, nampak janggal baru setahun kahwin." Ujar Luqe.

Akira hanya menggumam sebagai jawapan.

******

"Ini lah rumah kita." Luqe membuka pintu rumah dan membiarkan Akira menapak masuk je rumah. Wanita itu melihat sekeliling rumah.

"C-cantik..." Komennya. Luqe tersenyum tipis.

"Bilik awak kat atas. Kalau awak nak cari cincin kahwin, ada dalam kotak kecil berwarna putih. Kita berdua pernah berjanji kalau cincin tu hilang, mesti berada dalam kotak tu." Ujar Luqe.

Akira menaiki tangga.

"Umm...kalau awak lapar, turun tau. Saya nak panaskan makanan semalam."

Luqe melaung dari bawah. Akira hanya membalas "Ok."

Akira memasuki master bedroom dan mencari kotak putih di atas meja solek. Betul kata Luqe, di dalam laci terdapat satu kotak kecil berwarna putih terletak kemas dalam laci. Dia mengambil kotak itu.

Penutup kotak dibuka perlahan. Dia melihat isi kotak itu.

"Cantiknya! Mesti mahal cincin ni! Mana dapat?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantiknya! Mesti mahal cincin ni! Mana dapat?"

Encik Taufiq Ren yang bagi Luqe dan Akira cincin tu. Shhh, jangan bagitahu.

Dia mencium berlian berbentuk diamond yang terdapat di cincin putih itu. Cantik.

Perutnya mula berkeroncong. Dia lapar. Dia membuka dan menutup pintu bilik perlahan-lahan dan menuruni anak tangga. Dia bau aroma wangi menusuk hidung. Membuatkan dia bertambah lapar.

"Akira, jom makan. Saya dah panaskan nasi goreng semalam." Luqe memadamkan api dan mencapai mangkuk besar. Dia menghulur sudip dan meletakkan nasi goreng itu dengan cermat je dalam mangkuk.

Dia meletakkan nasi goreng itu diatas meja makan. Kerusi ditarik dan dia menyuruh Akira untuk duduk di kerusi itu. Akira hanya menurut tanpa sepatah kata. Usai membaca doa makan, mereka menjamah makanan.

"SPM lagi seminggu. Kalau awak masih ingat apa yang awak dah belajar, tak ada masalah bagi awak untuk jawab SPM. Dan lepas itu kita boleh graduate bersama-sama." Girang suara Luqe dan menyuapkan nasi goreng ke mulutnya. Akira hanya mengangguk sambil sambung makan.

"Awak teringin nak graduate sekolah?" Tanya Akira. Luqe mengangguk.

"Because then I will get older and live my life the way I wanted to. And with you by my side, I promise nothing is impossible."

Akira berasa sebak mendengar balasan Luqe itu. "K-kalau saya boleh ingat semuanya, mesti semuanya memori yang indah, bukan?" Soalnya.

Luqe senyum nipis sambil membalas. "Haah. Sangat indah...."

******

Luqe termenung merenung siling bilik hospital itu. Hatinya berkecamuk dan dirinya buntu tak tahu mahu berbuat apa.

Doktor yang sama iaitu Doktor Mia Klara memasuki bilik pesakit. Selepas merawat Luqe, dia menanyakan beberapa soalan pada Luqe. Mujur Luqe dapat jawab semuanya.

"Doktor, macam mana kalau isteri saya langsung tak boleh pulihkan ingatan dia? Dia akan selamanya lupakan saya ke?" Soal Luqe.

"Mustahil perkara itu berlaku sebab doktor disini semua dah bagi ubat. Kalau penyakit yang tak dapat nak pulih itu mungkin kanser. Tapi kalau dah takde cara lain selain ubat yang dapat bantu pulihkan ingatan isteri awak, awak terpaksa bantu dia untuk ingat segalanya baliklah. Bawa dia ke tempat korang pernah pergi dulu ke bercakap tentang perkara silam ke apa-apa je lah."

Doktor Mia Klara menerangkan panjang lebar mengenai soalan Luqe. Luqe mengangguk "Faham."

"Oh ya, lupa nak bagitau. Pasal ubat pil yang saya bagi pada awak tu...kawan saya kata kalau bagi pesakit amnesia telan satu biji, maka dia dapat ingat 50% ingatan tentang masa silam. Telan pil kedua dapat ingat 30% dan telan pil yang ketiga maka dapatlah ingat semua 50% memori sama ada tepat atau tak. Ia bergantung kepada apa yang pesakit ingat." Terang doktor itu lagi.

Luqe mengeluh dalam hati. "Nampaknya kena usaha lebih keras lah ni. Sabarlah duhai hati..."

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now