🖤7

11 2 0
                                    

Lyanna(crush) is calling....

Rief Zairul terkejut. Ini kali pertama gadis itu menelefon dirinya. Selalu mesej sahaja. Lyanna crush Rief dari sekolah rendah, dapat nombor dia dari group whatsapp kelas.

Lambat jari menggesek butang hijau di skrin telefon. Telefon dirapatkan ke telinga. Mengambil nafas perlahan-lahan, dia menunggu suara Lyanna.

"Assalamualaikum. Rief Zairul ke ni?" Soalan itu menerjah gegendang telinga Rief, lambat dia menjawab.

"Y-ya..." Rief tergagap-gagap. Suara cuba dikawal agar tidak kedengaran gemuruh.

"Rief, ni Lyanna. Nak tanya, semalam kau ada pinjam buku latihan addmath aku, kan? Kalau ada dengan kau...boleh bagi pada aku esok di sekolah? Maaf ya aku call. Tadi aku tengah cari buku aku. Kelam-kabut masa tu and then tiba-tiba aku ter call kau. Maaf ya." Panjang penerangan Lyanna. Rief sekadar mendengar.

"Buku addmath? Astaghfirullahal'azim! Maaf, aku lupa nak bagi balik kat kau!"

Rief teringat Khamis minggu lepas,dia meminjam buku latihan matematik tambahan milik Lyanna. Niat dia mahu pulangkan balik buku itu pada Lyanna tapi gadis itu tidak hadir Jumaat minggu lepas. Akibat penat, dia terus melabuhkan badan ke katil dan terus terlelap apabila balik sekolah. Langsung lupa tentang buku latihan matematik tambahan tersebut. Baru sekarang ingat.

"Lega aku..aku ingat buku aku hilang. Dahlah Isnin minggu depan ada addmath. Matilah aku nanti kena marah dengan cikgu kalau buku hilang.."

"....Tu je kan? Kau call aku sebab nak minta buku kau je kan?" Suara Rief mulai kendur tapi cuba dikawal.

Dia tahu gadis yang diminati ini mempunyai ramai peminat lelaki. Maklumlah, muka cantik tiada sebarang jerawat pun, hidung mancung, berbadan kurus, tinggi....lelaki yang status biasa biasa macam dirinya tidak akan serasi dengan gadis cantik status gadis popular sekolah yang diminati ramai.

Perbezaan mereka seperti langit dan bumi. Dia mulai suka padanya kerana keberanian Lyanna yang sanggup membantu dirinya ketika dibuli oleh sekumpulan pelajar ketika di bangku sekolah rendah.

"Hmmm...ya, itu jelah. Nak cakap apa lagi? Ok lah, aku nak end call. It was nice talking to you. Bye, Assalamualaikum." Rief Zairul membalas salam Lyanna, talian diputuskan.

Dalam hati, Rief berharap perbualan mereka di telefon boleh dipanjangkan sedikit masa untuk berborak. Sudah lama dia tidak bersembang dengan Lyanna. Kali terakhir ketika akhir bulan Disember, semasa mereka berumur 15 tahun. Lyanna kini sudah mengubah penampilan menjadi lebih cantik dan jelita. Kerana itu,ramai yang ingin mendekatinya. Sifat Lyanna yang peramah membuatkan ramai yang nak jadi kawan dia. Rief sendiri tidak mempunyai alone time untuk bercakap dengan Lyanna kerana pasti akan diganggu seseorang. Hubungan persahabatan mereka juga makin renggang, Lyanna juga jarang reply mesej Rief di whatsapp. Hati Rief Zairul sedikit terluka. Dia menahan air mata dari mengalir ke pipi.

Dia tidak boleh dilihat menangis. Harini sepatutnya menjadi happy day sebab dapat jalan-jalan di AEON bersama geng nya(termasuk Luqe). Dia tak mahu merisaukan yang lain.

Sementara itu, Ashri dan Izak membaca salah satu buku komik di ruangan komik kedai buku itu. Buku-buku di rak buku itu dibalut kemas dengan plastik, tetapi entah bagaimana satu buku komik ditinggal tidak dibalut. Jadi,senang untuk sesiapa saja membaca isi buku itu.

Kalau pergi kedai buku, Izak paling gemar mencari komik 'Lawak Kampus'. Ketika bosan, boleh gelak baca buku komik itu. Buku itu menjadi penghibur sementara bosan. Watak paling dia gemar ialah Vanness dan Froggy.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now