"Senangnya dalam hati~! Kalau bersuami dua~! Dunia terasa aku yang punya~!" Raisya menyanyi perlahan dalam dapur sambil menutup api dan meletakkan masakan yang sudah dimasak ke mangkuk besar.
Di melaung memanggil adik-adiknya untuk turun makan. Haziq Affan dan Aizat Zafry menuruni tangga laju mendapatkan kakak mereka.
"Akak masak meggi? Sedapnya bau!" Haziq menarik kerusi dan tangan mencapai mangkuk. Dia menyendukkan meggi je mangkuknya. Begitu juga Aizat. Raisya hanya senyum melihat gelagat adiknya.
Dia membuka aplikasi Instagram di telefon dan mengscroll Instagram.
"Lol. Izak sendiri yang komen macam tu." Raisya gelak sendiri. Butang post ditekan dan dia upload gambarnya.
"Hehe. Dapat jugak like aku." Ujar Raisya Aireen gembira. Dia kembali ke meja makan dan menyendukkan meggi ke mangkuknya.
"Akak tengok apa?" Soal Aizat. Dia mencuri pandang telefon Raisya.
"Instagram." Kata Raisya ringkas.
Mereka segera makan dan kemudian mencuci pinggan.
******
"Makan!""Tak nak!"
"Makan sekarang!"
"Tak nak!!"
Akira tetap berdegil tidak mahu makan ubat pil yang diberi Doktor Mia Klara. Dia masih dengan pendirian bahawa ubat pil tak sedap.
"Ubat memang pahit tapi doktor cakap kena makan. Kalau tak, macam mana nak sihat? Sayang sendiri sakit, kan?" Soal Luqe. Ish, degil lah perempuan ni!
"Tak nak lah! Pahit! Saya dah cuba tadi!!" Jerit Akira protes sambil menyilangkan tangan.
"Tapi sayang muntahkan balik ubat tu! Abang tak kira. Makan juga! Telan!" Luqe meragut kasar bibir Akira dan memasukkan ubat pil ke dalam mulutnya. Gelas dicapai dan dipaksa wanita itu untuk meminumnya.
"Awak!" Akira menampar kasar bahu Luqe. Apa ni main paksa-paksa?!
Luqe mengurut bahunya yang menjadi mangsa tamparan sang isteri. "Dah sweetie tak nak makan. Tu je caranya nak bagi sweetie makan ubat tu. Sekarang, rehat. Pukul 5 nanti bersiap, kita pergi jalan-jalan." Luqe memberi arahan seraya punggung dilenyakkan atas kerusi sofa.
"Pergi mana?" Soal Akira hairan.
"Adalah." Kata Luqe.
***
Tepat pukul 5 petang, Akira sudah bersiap dengan mengenakan blouse kelabu dengan seluar jeans berwarna hitam. Dia mengikat rambutnya. Dia melihat sekali lagi penampilannya di cermin meja solek sebelum keluar dari bilik.
Dia mendapatkan Luqe yang sedari tadi menunggu kehadirannya. Mereka keluar dari rumah.
"Kereta awak dah hancur gara-gara accident tu. Awak nak buat apa sekarang?" Soal Akira.
"Kereta mungkin hancur, tapi motor tak!" Luqe tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya. Kunci motor ditunjukkan ke Akira.
Enjin motor dihidupkan. Motor itu nampak sederhana biasa berwarna merah. "Ni motor lama Ahmad. Dia taknak motor ni, dia bagi abang." Jelas Luqe. Akira mengangguk dan mereka menaiki motosikal tersebut. Motosikal itu meluncur perlahan meninggalkan kawasan rumah.
Mereka berdua memakai helmet sebagai langkah keselamatan ketika dalam perjalanan. Akira menutup mata sambil merasai kedinginan angin yang meniup wajahnya. Motosikal yang sedang bergerak itu berada dalam kelajuan 50 km/j. Tapi taklah laju mana.
Laju-laju nak pergi mana, abe?
Beberapa jam kemudian, mereka sampai ke tempat tujuan. Helmet dibuka dan diletakkan di raga motosikal. Dia menggapai tangan Akira dan membawanya ke sebuah tempat.
Kelihatan ramai orang sedang bermain pasir dan bermandi-manda di laut pantai itu. Akira terpegun melihat kecantikan pantai itu.
"Dulu kita pernah pergi sini. Sekali jelah. Masa tu sweetie wish sweetie dapat tengok matahari terbenam. Sekali pun jadilah." Ujar Luqe.
Akira duduk diatas pasir pantai. Dia cuba mengingat memori itu.
Dalam kepanasan pantai, kelihatan seorang wanita berlari laju ke arah laut. Kakinya menendang air laut sambil berpusing gembira. Dia melihat lelaki yang cukup dia kenali menghampirinya.
"Sweetie laju sangat nak pergi mana? Abang dah cakap kan jangan lari-lari! Nanti jatuh kang!" Marah lelaki tersebut. Wanita itu menjelir lidahnya. Dia memaut kemas lengan lelaki itu.
"Abang, thank you bawa Kira ke sini. Dah lama tak merasa pergi pantai. Last time pun masa umur 14 tahun. Abang lelaki pertama selain papa yang buat sayang rasa special dan selamat. Terima kasih." Ujar wanita itu bersama sebaris senyuman. Dia menghadiahkan ciuman ke pipi lelaki itu.
"Sama-sama sweetie. Harap sweetie suka. Ni honeymoon kita berdua. Anggap macam tu ya? Abang tak mampu nak bawak pergi luar negara untuk honeymoon. Cukuplah kat Malaysia je. Kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri." Kata lelaki itu.
"Kira teringin nak tengok sunset. Kalau sempat lah kan, Kira nak tangkap gambar sunset banyak-banyak!" Ujar wanita itu girang. Lelaki itu hanya ketawa kecil.
Akira mengurut dahinya yang berkerut menahan kesakitan. Luqe di sebelah sudah memegang kemas bahunya.
"Sweetie ok tak?" Soalnya.
"Saya ingat sikit pasal kita...." Dia berkata lemah.
"Masa tu saya nak tengok sunset. Saya cakap saya nak ambik gambar banyak-banyak dengan matahari terbenam tu. Buat sebagai kenangan." Sambung Akira. Luqe setia mendengar.
Ya, Akira dapat ingat 50% memori masa silam.
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...