🖤10

18 3 2
                                    

"Siapa nama anak kawan mama tu?"

"Luqe Arief."

Akira tergamam. Rakan sekelas yang merangkap crush dia sendiri ialah lelaki yang akan bernikah dengannya?!

Amboi, dah ngaku crush ek?

"Kenapa adik? Tak sihat ke? Muka adik pucat semacam." Tanya Puan Hanys bimbang.

Akira tidak menyangka orang tuanya akan menyebut nama Luqe. Dia sendiri terkejut. Nafas dihela perlahan.

"I'm fine..." Bohong Akira. Dia berasa cemas tiba-tiba. Tangan digenggam perlahan.

Akira minta izin untuk naik ke biliknya. Sebelum itu, dia meminta Maira untuk beri Puding whiskas.

Akira duduk di birai katil. Dia mengambil nafas. Adakah Luqe tahu tentang semua ini?

Sementara itu, Luqe Arief kelihatan sedang scroll setiap video yang muncul di fyp tiktok nya. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Dia mengubah posisi badan, mengiring ke kanan.

'Agak-agak....Akira tengah buat apa eh sekarang?' Gumam hati Luqe bertanya.

Notifikasi berbunyi. Dia melihat mesej yang tentera.

Turun bawah. Mak ada sesuatu nak bincang dengan Luqe.
                                             -Mama❤️


Luqe keliru. Nak bincang? Hatinya rasa tidak sedap hati. Dia bangun dan menapak ke ruang tamu. Dia melihat emaknya sedang duduk di meja bulat berhampiran dengan meja makan. Dia menghampiri emaknya.

"Ya mama? Ada apa nak bincang dengan Luqe?" Luqe bertanya sopan. Dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan emaknya.

"Luqe...." Puan Zuraida diam sebentar, serba salah ingin menyatakan semua ini. Luqe sudah gelisah di tempatnya. Kenapa pulak ni?

"Mama nak kamu kahwin." Mengecil mata Luqe memandang emaknya. Mak ni biar betul? Dia memandang emaknya dengan riak wajah tidak percaya.

"Wait, what? Kejap, apa?!! Mama nak Luqe kahwin? Luqe baru 17 tahun, mak. " Luqe berkata. Terlalu muda untuk dia kahwin, apatah lagi dengan usianya itu.

"Apa motif mak nak Luqe kahwin?" Soal Luqe. Dia tidak mengerti dengan apa yang dikatakan emaknya sebentar tadi. Kenapa nak dia kahwin dengan usia awal begini? Peperiksaan SPM pun belum dia duduki lagi, ini nak jadi suami orang?

"Luqe kenal Puan Hanys?" Tanya Puan Zuraida. Dia tidak mahu bergaduh dengan anaknya tentang ini. Lebih baik berbincang secara elok.

"Kenal, mama. Kenapa dengan dia?" Soal Luqe lagi.

"Dia dan suami dia akan pergi ke Jepun atas urusan kerja. Aunty Hanys cakap mungkin ke sana untuk tempoh yang lama. Kakak Maira pulak kena pergi Universiti lepas habis cuti semester. Mereka takut anak bongsu mereka keseorangan. Mak kesian tengok mereka, jadi mak bagitahu yang mak akan kahwinkan Luqe dengan anak dia–"

"Dan tak bagitau Luqe pun pasal ni? Mama bagitau diorang tanpa tanya Luqe dulu?!" Naik suara Luqe membalas percakapan mamanya yang panjang lebar itu.

Puan Zuraida mengeluh perlahan. Dia menatap anak mata Luqe. Direnung lama sebelum membuka mulut.

"Mama minta maaf. Mama tak bagitau Luqe dulu. Tapi mama buat semua ni untuk kebaikan Luqe jugak. Walaupun perkahwinan ni diatur, tapi Luqe akan ada pasangan hidup. Kiranya, Luqe tak akan lonely lagi sebab dah ada someone dalam hidup Luqe." Jelas Puan Zuraida.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now