[Cringe warning..]
*
*
*
*
***"Kau ada perasaan kat aku?" Izak menyoal. Selepas membaca mesej dari Melisa, dia ragu-ragu untuk percaya. Lantas, dia sendiri yang menyoal Ashri.
Ashri terkebil-kebil. Soalan jenis apakah ini?
"Kepala hotak kau! Haram gila!" Ashri menggeleng kepala. Menidakkan soalan Izak yang seperti tidak logik.
"Kenapa tanya aku soalan tu?" Soal Ashri.
Izak diam,tangannya meraba-raba poket seluar. Dia mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi 'WhatsApp'. Nama Melisa ditekan dan dia menunjukkan mesej Melisa kepada Ashri.
"Melisa mesej aku semalam bagitau pasal ni." Terang Izak. Wajahnya serius memandang Ashri.
"Habis kau percaya dialah?" Soal Ashri lagi. Dia merenung wajah orang di hadapannya. Wajah Izak masih serius dan tiada secalit senyuman.
"At first, aku taknak percaya. Tapi lepas tengok riak wajah kau yang selamba tu,kau macam tau tau je Melisa nak mesej aku. Jadi betul lah?" Izak menyoal. Nada suara tegas.
"Semalam kat kantin, aku ada terserempak dengan dia masa nak beli air. Dia suruh aku jangan dekat dengan kau. Dia fitnah aku gay sebab rapat dengan kau. Of course aku cakap tak. Aku cakap aku dengan kau hanya sekadar kawan. KAWAN RAPAT. Closed friends. Kawan kan selalu lepak bersama? Itupun pelik ke? Kita lepak dengan Rief, Luqe, Ryan...takde pulak diaorang fitnah kita gay!" Ashri membalas panjang lebar.
"Kalau kita lepak berdua je, mestilah orang syak sesuatu."
"Lelaki memang tak boleh lepak berdua ke? Asal kau ni?" Ashri memandang Izak atas bawah. Dia mengerutkan dahinya.
Izak diam. Dia tidak berkata apa-apa. Dia melarikan pandangannya dari Ashri. Ashri menarik nafas dan hembus perlahan.
"Lantak kau lah nak fikir apa pasal aku. Apa yang aku tahu, aku dah terangkan semuanya, aku dah cakap aku tak gay dan mesej Melisa tu hanyalah untuk ugut kau supaya jangan selalu lepak dengan aku. Dia nak kau jadi milik dia, itu apa yang aku fikir. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Ashri berlalu pergi meninggalkan Izak sorang-sorang di taman permainan berdekatan dengan perumahan mereka.
Izak mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.
'Dia betul. Takkan sebab satu mesej je, aku nak putuskan friendship aku dengan Ashri?' Izak mengeluh lagi. Dia memandang telefonnya dan menaip sesuatu di keyboard whatsapp. Kemudian, dia menekan butang send. Dia membaca mesejnya semula.
Jangan fikir apa kau bagitahu ni boleh buat aku benci Ashri dan suka kau. Aku tak suka kau dan takkan pernah. Tolong faham dan jangan dekat dengan aku lagi. Kita dulu mungkin kawan, but now you're making me felt uncomfortable around you.
-IzakDia keluar dari taman permainan itu dan menuju ke rumahnya. Dia menapak masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke biliknya.
Dia duduk di birai katil sambil tangan masih memegang telefon. Dia menekan nama Ashri dan menghantar mesej.
Sorry...√√
Mesej itu di 'seen' oleh Ashri sebelum Izak menerima balasan.
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...