🖤8

10 2 0
                                    

[I'm reaching deadline rn]
*
*
*
Kelas 5 Sains riuh-rendah dengan ketidakhadiran guru di kelas itu. Masing-masing berborak dan membuat kerja masing-masing. Ada segelintir pelajar di dalam kelas itu menyiapkan homework yang telah diberi guru. Adam Harris selaku ketua kelas yang bertanggungjawab pergi ke bilik guru mencari guru yang akan relief kelasnya.

Tidak lama kemudian, seorang guru perempuan memasuki kelas itu diikuti dengan ketua kelas di belakang. Semua tertanya-tanya siapa guru wanita yang memasuki kelas mereka kerana wajahnya tidak pernah dilihat. Semua murid bangun. Selepas memberi salam, guru itu menyuruh semua murid kelas 5 Sains duduk.

"Weh, siapa cikgu tu?" Ryan menyoal dalam nada berbisik. Luqe terdiam sebelum menjawab.

"Cikgu baru kot..." Sangka Luqe.

Melihat reaksi murid-murid, guru itu tersenyum.

"Saya tahu semua keliru saya ni siapa. Biar saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur Afifah Kairyni binti Tengku Muzaffar. Saya lahir di Negeri Sembilan dan merupakan guru praktikal di sekolah ini. Ada apa-apa soalan?" Seorang murid perempuan mengangkat tangan menanyakan soalan.

"Cikgu ada berapa adik beradik?" Tanya pelajar itu.

"Cikgu anak ketiga daripada enam adik-beradik." Jawab Cikgu Afifah dengan tenang.

"Cikgu, cikgu dulu study kat mana?" Tanya seorang lagi pelajar.

"Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau." Jawab guru itu.

"Ada soalan lagi?"

"Umur cikgu berapa? Cikgu single ke?" Seorang pelajar lelaki bertanya. Riuh-rendah kelas itu dibuatnya.

"Umur cikgu rahsia. And I suppose that is not something you ask a teacher, when you are literally a student." Cikgu Afifah tersenyum walaupun jelas menampakkan dirinya menyampah dengan soalan yang diberikan. Ini bukan kali pertama dia ditanya begitu.

"Okay. Enough about me. Kalau cikgu nak korang perkenalkan diri seorang demi seorang boleh tak?" Tanya cikgu Afifah.

Semua setuju kecuali seorang murid.

'Why?....I hate introductions! Why does teachers have to be so cruel?' Getus hati Akira. Dia menggenggam tangannya erat.

Seorang demi seorang memperkenalkan diri, nama panggilan, bilangan adik beradik, perkara yang disukai, hobi dan cita-cita masing-masing mengikut apa yang disuruh Cikgu Afifah. Jantung Akira berdegup kencang. Peluh mula membasahi muka. Kini, tiba giliran Luqe Arief untuk memperkenalkan diri. Luqe bangun dari tempat duduknya. Dia menarik nafas dan hembus. Dia memulakan kata-katanya.

"Assalamualaikum, nama saya Luqe Arief bin Muhammad Rizqi. Nama panggilan Luqe. Saya anak tunggal. Saya suka berbasikal, main game, dan mendengar lagu. Hobi saya membaca buku dan cita-cita saya, saya nak jadi pakar psikologi." Begitu tenang Luqe mengatakan segalanya tentang dirinya.

Well almost.

Semua di situ memberikan tepukan. Cikgu Afifah tersenyum dan memuji Luqe.

"You have a nice ambition, Luqe." Kata wanita itu.

Ryan yang duduk membelakangi Luqe mulai bangun dari tempatnya.

"Assalamualaikum, hai semua. Nama saya Hyder Ryan bin Zayne Hriyuka, nama panggilan Ryan atau Ry, saya anak kedua daripada 2 adik beradik, saya suka practice main volleyball, berjoging, tengok movie-"

"...dan suka menyakat orang!" Ashri menyampuk dan dipersetujui ramai pelajar. Ryan mencebik. Izak pula hanya menggeleng.

Akira hanya memandang mereka. Dia mengagumi Luqe dan Ryan yang tenang dan lantang bersuara. Semua pelajar juga boleh dengar suara mereka, sedangkan dirinya takut takut dan tak berani menatap mata-mata yang memandang. Genggaman tangannya makin erat. Dia rasa seperti dibandingkan. Dia memandang lantai. Pelbagai negative thought mula mengganggu fikirannya.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now