Tamat sahaja sekolah, Luqe Arief meluru kearah basikalnya yang terletak di tepi pokok di tepi kawasan sekolah.
Dia memeriksa sekiranya ada bahagian basikalnya yang rosak. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik, dia mula menunggang basikalnya."Oi Luqe! Taknak naik motor aku ke? Aku boleh aje tumpang kau bawak kau balik." Ryan memanggil Luqe.
Luqe hanya geleng sekali. Dia selesa menunggang basikal pergi dan balik sekolah. Baginya, agak menyusahkan jika dia tumpang naik motosikal orang.
Buat penat je orang tu nak hantar kau, lepastu nak kena patah balik ke rumahnya. Luqe rasa hal itu sangat menyusahkan."Ok lah! Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Ingat jugak kau nak beri salam.
"Waalaikumussalam." Luqe menjawab salam Ryan dalam hati. Kakinya bergerak laju memijak pedal basikalnya. Satu lokasi yang dia mahu tuju adalah di bookstore berdekatan dengan sekolah.
Dia mahu membeli buku untuk belajar. Dalam kepala sudah terlintas mahu membeli buku study, buku nota, jangka lukis, protaktor dan alatan menulis seperti pen dan pensil.
Apabila basikal sudah sampai destinasi, Luqe menghentikan basikalnya dan memasuki kedai buku itu. Dia pergi ke ruangan alat tulis.
Dia memerhati setiap pen yang pelbagai warna dan jenis. Rambang mata nak pilih yang mana satu. Semua pen nampak macam berkualiti.
Ada pen berwarna hitam, pen hijau, pen merah jambu, pen ungu....
Pen merah pen biru, you marah I love you. Eh?
Dia memilih pen berwarna merah, biru, hitam dan hijau. Dia sangat sukakan warna hijau. Selepas itu, dia pergi mencari buku study di tingkat 2 kedai buku tersebut.
Sambil mengambil buku study, dia juga mengambil beberapa buku komik dan buku novel untuk dibaca di rumah sekiranya dia bosan.
Tiba-tiba badan Luqe terlanggar seseorang. Kepalanya menoleh kebelakang sambil menunduk. Dia melihat sepasang kasut berwarna putih milik orang yang dilanggarnya.
"M-maafkan saya, cik. Saya tak sengaja langgar cik. Maafkan saya." Luqe merapatkan kedua belah tangannya sambil meminta maaf. Matanya dipejam rapat.
Eh?
Kenapa orang ni diam je?
Dia marah ke aku langgar dia? Kalau marah, kenapa tak cakap apa-apa? Tak tengking ke? Diam je...
Luqe menaikkan muka memandang orang yang dihadapannya.
Akira Mika!
"...Ah, saya minta maaf..." ulang Luqe sekali lagi. Entah kenapa, bila dengan gadis ni, dirinya berasa malu dan mulut tidak tahu nak cakap apa. Perbualan mereka di kelas pagi tadi pun agak...
Janggal.
Canggung.
Awkward.
Akira diam memandang buku yang berada di tangan Luqe. Lama.
"Sci-fiction?"
Luqe terkejut. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Oh.." itu sahaja jawapan Akira Mika. She found herself running from Luqe. Again.
Luqe Arief terpinga-pinga. Ekor mata menghantar gerak geri Akira hingga hilang dari penglihatan.
'Running away again?!' Luqe bermonolog sendiri.
******
Selesai sahaja membeli buku, Luqe keluar dari kedai buku tersebut. Mata melilau mencari kelibat Akira Mika. Tetapi tidak jumpa. Luqe mengeluh hampa.
Ini dah kali kedua Akira melarikan diri dari Luqe. Setiap kali itu terjadi, Luqe hanya terpinga-pinga. Blur. Dia sendiri tak faham kenapa gadis itu asyik lari darinya.
Luqe menunggang basikalnya. Cuaca pada hari ini tidak panas mahupun sejuk. Partly cloudy. Angin sepoi-sepoi meniup rambutnya. Terasa dingin dan tenang. Boleh kering peluh badan.
Luqe menyanyi kecil bait-bait lagu kegemaran yang sedang bermain di kepalanya. Bila teringat Akira Mika, dirinya berniat mahu minta maaf pada gadis itu. Walaupun dia tahu dia tak buat apa-apa salah pun. Mungkin gadis itu lari kerana mukanya menyeramkan. Sebab itu dia takut. Tapi betulkah kemungkinan itu?
"Mustahil lah. Muka aku bukannya seram sangat pun. I kiyot lahh!!" Luqe menidakkan kata hatinya.
Jika dinilai dari segi penampilan, dirinya tidak nampak seperti seorang gangster mahupun budak badboy yang selalu ponteng sekolah. Pakaian dia kemas dan teliti. Muka dia pun nampak macam budak biasa, tak hensem.
Just an average student...
who love to study...
Yup, just a weird, smart nerd boy. Tapi tak pakai cermin mata tebal.
Selepas 15 minit menunggang basikal, akhirnya Luqe Arief sampai ke rumahnya.
Dia memberi salam dan dijawab oleh Mamanya, Puan Zuraida.
"Macam mana sekolah. Semua ok?" Puan Zuraida bertanya anaknya. Luqe Arief seorang anak tunggal dalam keluarga. Puan Zuraida pernah mengandungkan seorang anak, yang sepatutnya menjadi abang kepada Luqe Arief tetapi anak sulung itu telah gugur semasa hendak melahirkan.
"Ok, mama. Maaf balik lambat sikit. Tadi Luqe singgah kedai buku masa nak balik tadi, beli buku study and pen." kata Luqe menerangkan ke mana dia pergi sebelum tiba ke rumah. Tidak mahu merisaukan emaknya.
Puan Zuraida tersenyum. "Pergi mandi. Lepastu makan. Mak masak makanan kegemaran kamu, sotong goreng dan ikan siakap."
Mata Luqe bersinar mendengar apa yang dikatakan oleh emaknya.
"Terbaik lah mama! Sayang mama!" Luqe memeluk emaknya.
"Dah! Pergi mandi. Busuk dah badan tu."
Luqe menghidu kedua-dua celah ketiaknya. Hmm...tak busuk pun. Ke badan aku berbau sebab hormon?
"Yang Luqe pergi hidu ketiak tu dah kenapa? Tak senonoh betul lah! Pergi mandi." Puan Zuraida menghantar gerak geri Luqe hingga hilang dari pandangan mata.
Haih..anak dia ni pun...
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
Roman d'amourBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...