Hyder Kaz menolak pintu kedai 7Eleven. Dia memasuki kedai tersebut untuk membeli air kotak Milo yang sudah lama diminta oleh abangnya.
"Bodoh. Nak sangat Milo pergi lah beli sendiri. Ada kaki, kan?" Kaz mengomel sendiri.
Kaki melangkah ke bahagian peti sejuk menempatkan segala minuman kotak dan minuman botol/tin. Dia membuka pintu dan mengambil beberapa kotak Milo.
"Yang mana satu? Dahlah tak bagitau pun nak yang mana. Susahkan aku jelah." Kaz meraba-raba kocek seluar mencari telefon. Setelah jumpa, dia mencari contact nama abangnya.
"Tak faham-fahamlah dia ni. Dasar bengap!" Kaz menaip di keyboard whatsapp.
"Bangang! Carut free siak dia bagi kat aku! Kuangjo!" Kaz meletakkan beberapa air Milo diatas kaunter pembayaran. Selepas Milo itu di scan, cashier itu menyatakan harga barangan.
"Semuanya Rm 8.50 ya." Ujar cashier itu. Kaz meraba-raba poket mencari dompetnya. "Anjay, mana pulak perginya wallet aku?!" Getusnya geram. Satu suara menyampuk.
"Cik, kira barang saya dengan dia sekali." Kata gadis itu. Cashier itu hanya menurut perintah. Yelah, customer is always right!
"Semua sekali Rm 20.50 termasuk harga barang cik sekali ya." Kata cashier itu. Selepas bayaran dibuat, gadis itu beredar. Kaz mengambil barangnya kasar sebelum berlari mendapatkan gadis itu.
"Cik!"
"Cik!"
"Cik, tunggu!"
Gadis itu menoleh kebelakang. Dia memakai selendang berwarna putih beserta baju sweater berwarna biru cair dan seluar berwarna putih. Mata gelapnya memandang Kaz.
"Terima kasih tolong bayarkan barang-barang saya." Kata Kaz. Gadis itu cuma mengangguk sebelum beredar. Kaz menghantar gadis itu dengan ekor mata.
"Cantiknya..." Ujarnya setelah gadis itu pergi.
******
"Cepatlah bengap! Keluar kereta pun lambatlah!" Marah Kaz. Hyder Ryan terkedek-kedek keluar dari perut kereta. Wajahnya masam.
"Diamlah, sial! Kau tak reti nak sabar ke?!" Tengking Ryan pula.
"Masalahnya aku tak nak lambat! Bodoh!" Kaz bergerak meninggalkan Ryan keseorangan. Ryan mendengus kasar.
Kaz memasuki dewan sekolah dan meletakkan begnya diatas lantai. Dia meregangkan badannya yang masih lesu dek kelewatan tidur kelmarin. Dia menoleh dan matanya terbuntang.
'Eh?! Tu perempuan yang tolong aku semalam! Dia sekolah kat sini jugak?!' Getus hati Kaz.
Dia menarik Ryan dari lengan dan membawanya ke tepi dewan. "Amende babi?! Kau nak apa lagi?" Teriak Ryan. Lengannya dilepaskan dari pegangan Kaz.
"Shhh! Diam bodoh! Ni aku nak tanya. Perempuan tu sekelas dengan kau, kan?" Bisik Kaz. Dia menuding ke arah gadis itu.
"Haah. Kenapa?" Spontan Ryan bertanya.
"Apa nama dia? Dia dah tolong aku semalam. Aku nak tahu nama dia." Terang Kaz. Dia menatap abangnya.
"Oh, dia...tak silap aku nama dia Raisya. Raisya Aireen. Kawan Melisa si diva sekolah yang gedik tu. Acah princess konon. Nak termuntah aku!" Ryan membuat gaya mahu muntah. Kaz pula tidak mengendahkan Ryan. Dia menghampiri gadis-gadis itu.
"Hai. Aku nak jumpa Raisya boleh?" Soal Kaz.
Melisa memandang dia atas bawah.
"Omaigad! Hensem nya you! So pretty for what?!" Melisa menekup mulutnya acah terkejut. Banyak drama lah Amelyna ni.
"You instafamous yang verified kat Instagram, kan? Oh my Gucci, I followed you!!" Melisa tergedik-gedik sambil mengibas rambutnya. Kaz membuat muka cemberutnya.
"Aku nak jumpa Raisya." Kali ini, dia berkata tegas.
"Oh my god, babe! You shall definitely talk with him! Jangan lupa tumpahkan teh nanti!" Melisa menolak bahu Raisya mendekati Kaz. Raisya malu-malu.
"Ah....ok." Balasnya sepatah.
Dia mengikut Kaz ke tepi dewan.
"Kau sekolah kat sini jugak?" Soal Kaz dan dibalas dengan anggukan dari Raisya.
"Nah, thank you tolong aku semalam." Kaz memberikan kotak segi empat tepat berwarna merah di hadapannya. Raisya terkebil-kebil.
"Anggap ni sebagai balas budi kau semalam." Kata Kaz dan beredar selepas hadiahnya diterima oleh gadis itu.
Raisya menghantar Kaz dengan ekor mata. Dia tersenyum sendiri. Dia berjalan ke dewan dan duduk di lantai bersebelahan dengan Melisa.
"Oh my god, babe! Spill the tea!" Katanya girang.
Raisya senyum nipis.
******
Elyas Omar membuka halaman buku teks Sejarah. Dia membelek-belek buku tersebut. Seketika, matanya tertangkap pada satu figura.
"Raisya!" Elyas Omar memanggil. Raisya mendekatinya.
"What's up, bro? Lama tak jumpa!" Raisya menyapanya. Mulutnya menghisap gula-gula lolipop berperisa lemon.
"Sedap kau eh makan lolipop. Mana dapat?" Tanya Elyas.
"Mel bagi." Kata Raisya. Dia menggigit lolipop nya.
"Weh, kau dah mohon belum?"
"Dah. Guess what? Aku dapat tawaran study kat Korea!!" Jerit Raisya girang. Dia melompat-lompat gembira.
"Oh my Allah! Tahniah! Anda sangatlah slay!" Elyas menepuk-nepuk tangannya.
"Of course. I need to slay all day!" Katanya girang.
Di belakang pintu, seseorang sedang mendengar segala perbualan mereka. Orang itu mengetap rahangnya.
'Ugh, who is he? Why him?!' Orang itu merengus kasar. Dia beredar pergi ke kelasnya.
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...