🖤11

12 2 3
                                    

Akira meletakkan pakaiannya ke dalam bagasi berwarna putih. Selepas perkahwinan dia dengan Luqe, Luqe memberitahu yang Ahmad telah membeli rumah untuk mereka tinggal berdua. Akira tidak selesa pada mulanya tapi kenalah ikut atas kehendak orang tuanya.

Selepas memastikan semua pakaian berada di dalam bagasinya, dia mencapai barang-barang peribadinya dan disimpan dalam beg tangan bersaiz sederhana. Dia mengangkat bagasi itu dan turun mendapatkan kakak dan ibubapa dia.

"Dah ambil semua barang kamu, adik?" Tanya Puan Hanys lembut. Akira cuma mengangguk sekali.

Puan Hanys mengusap lembut kepala anaknya. Lepas ni, dah tak dapat nak jumpa dah dengan anak dia.

"Bila mama dan papa nak pergi ke Jepun?" Soal Akira.

"Minggu depan baru ami gerak sana. Tarikh dah ditetapkan. Adik, adik jangan rindu kami sangat... nanti adik sedih pulak." Ujar Encik Taufiq. Dia melemparkan senyuman buat anaknya itu.

"Selamat pengantin baru, adik." Puan Hanys memeluk anak bongsunya itu. Pelukan dieratkan seperti tidak mahu melepaskan Akira. Yalah, minggu depan dah nak fly ke Jepun. Alang-alang tu, lepaskan rindu lah kejap.

Akira membalas pelukan itu walaupun dia berasa sesak nafas kerana pelukan ibunya yang terlalu erat itu. Dia mengukir senyuman tipis. Selepas pelukan dileraikan, kedengaran bunyi hon kereta. Akira bersalaman dengan ibu bapanya sebelum meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta. Dia memasuki perut kereta dan melambai tangan ke ibu bapanya. Kereta berlalu pergi.

Sepanjang perjalanan ke rumah baru mereka, tiada satu bunyi yang kedengaran. Kedua-dua mereka menyepi. Ahmad yang memandu keretanya berasa janggal dengan kesunyian kereta itu. Dia membuka mulut memecahkan kesunyian.

"Selamat pengantin baru, Luqe. Aku tumpang gembira untuk kau." Kata Ahmad spontan dan dibalas dengan senyuman nipis dari Luqe(dapat Ahamd lihat dari cermin kereta).

"Terima kasih, Ahmad. Maaf lah susahkan kau beli rumah untuk kami berdua. Ada masa, aku balas budi baik kau." Ujar Luqe.

"Balas budi, ek? Ok, kalau macam tu nanti tolong belikan aiskrim Magnum kat kedai 7e(7 Eleven). Kata tadi nak balas budi, kan??" Ahmad senyum mengusik.

"Hmm...yalah, yalah." Luqe menggeleng sambil membalas. Akira yang duduk bersebelahan dengan Luqe hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua. Dia lebih selesa berdiam diri bila berada di dalam kereta Ahmad.

Luqe merenung tingkap kereta. Perbualan dia dengan rakan-rakannya semalam terlintas di fikirannya.

Ryan mengelipkan matanya beberapa kali. Apa yang Luqe tanya tadi??

"Kau tanya apa tadi? Sorry, blur kejap." Ryan menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"Aku tanya, macam mana nak jadi suami yang baik?" Soalan itu diulang semula.

"Maksud kau? Kau tak rasa kau boleh jadi suami yang baik ke macam mana?" Soalan dibalas dengan soalan. Izak menghirup air minuman sambil menanti Luqe menjawab pertanyaannya.

"That also. Aku sebenarnya tak bersedia nak jadi suami. This whole arranged marriged really had me on edge. Maksud aku, umm....how can I act as a good husband to my wife?" Soal Luqe, dia memandang kawan-kawannya.

"You don't act, Luqe. You prove it. Kalau kau betul-betul sayangkan isteri kau, if you love her, then show her your love for her. Tunjukkan dengan ikhlas yang kau cintakan dia walaupun semua ini hanyalah kahwin paksa." Terang Rief. Dia mengunyah ayam dalam mulut, sambil itu menghirup air kosong.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now