Maaf, tak pandai sikit nak buat scene hospital. So, cuba faham sajalah apa yang saya tulis ni.😅😅😅
*
*
[Media: Puding.]
*
*
*
Doktor Lim mendekati Puan Hanys. Dia menilik buku rekod kesihatan pesakit sebelum memandang Puan Hanys. Dia mengangguk."Kami perlu jalankan ujian sedikit, after that pesakit dah boleh discharge pada pukul 3.00 petang mengikut tempoh masa ujian itu." Terang Doktor Lim.
Puan Hanys dan Maira sama-sama mengangguk. Mereka berdua datang melawat Encik Taufiq Ren di hospital.
Akira tidak ikut sama kerana berada di sekolah. Puan Hanys bersyukur yang suaminya sudah semakin pulih."Terima kasih, doktor." Puan Hanys berterima kasih kepada Doktor Lim dan dibalas dengan anggukan dari doktor itu.
Selepas diberi kebenaran oleh doktor, mereka berdua memasuki ruang bilik Encik Taufiq. Dilihat mereka, Encik Taufiq sedang baring merehatkan badannya di katil hospital. Bila dia perasan akan kehadiran isteri dan anak sulungnya, dia menguntum senyuman.
"Assalamualaikum, papa." Maira memeluk erat tubuh ayahnya, melepaskan rindu. Sudah lama dia tidak jenguk mama dan papanya gara-gara sibuk study untuk exam dan cuti semester yang agak suntuk waktunya.
"Waalaikumussalam. Maira dan mama datang seorang je ke? Akira tak ikut sekali?" Tanya Taufiq Ren selepas pelukan direnggangkan. Maira menggeleng kepala.
"Adik sekolah harini. Dia kata harini ada quiz matematik. Cikgu dia cakap quiz tu nanti merangkumi 50% grade peperiksaan dia." Jelas Puan Hanys.
"Oh, ok..." Taufiq sedikit kecewa anak bongsunya tidak datang melawatnya, tapi dia faham anaknya mahu mengekalkan grade peperiksaan demi membanggakan dia dan isterinya. Taufiq bangga dengan sikap rajin belajar anaknya itu, sama seperti kakaknya.
Maira mengusap perutnya yang berkeroncong perlahan. Dia mengidam makan nasi goreng.
"Mama, kakak nak singgah kedai makan beli nasi goreng. Mama nak tapau apa-apa ke?" Maira bertanya.
"Tapau mee goreng. Mama laparlah." Puan Hanys tersengih.
"Ok lah, kakak pergi dulu. Bye." Maira berjalan keluar dari bilik itu. Puan Hanys menatap wajah suaminya. Tangan mengelus lembut pipi lelaki di hadapannya.
"Kenapa manja sangat ni? Hmm ?" Taufiq Ren senyum senget. Didekatkan sedikit wajahnya ke wajah isterinya.
"Abang jangan macam macam. Ni hospital bang, bukan rumah kita abang nak sweet sweet." Puan Hanys mengguling mata ke atas.
"Aik? Habis tadi tu, sayang pegang pipi abang tu apa?" Taufiq menyoal isterinya.
"Nak lepaskan rindu pun tak boleh." Sejak suaminya terlibat dalam kemalangan dan harus dikerjakan di wad kerana kecederaan teruk, keadaan di rumah semakin sunyi. Tambahan pula, Maira perlu ke universiti nya kerana cuti sem sudah habis. Baru sekarang Maira ada masa untuk berjumpa dengannya.
Akira pula selalu terperuk dalam bilik, tengah mengulang kaji, membaca buku atau merenung dinding biliknya berjam-jam tanpa henti kerana bosan yang teramat.
Encik Taufiq mengusap lembut kepala isterinya yang ditutupi tudung itu.
"Abang, saya terfikir....saya nak kahwinkan anak bongsu kita tu." Taufiq Ren agak terkejut tapi cuba berlagak tenang. Dia memandang isterinya.
"Kenapa?"
"Abang tahu kan boss dah buat keputusan, kita akan pergi ke Jepun untuk selesaikan urusan kerja kita. Boss cakap tempoh nya mungkin lama jadi kena menetap di sana. Sayang cuma takut Akira lonely nanti bila kita tak ada. Kalau kahwinkan dia, mungkin takde lah dia rasa sunyi."
YOU ARE READING
Bibliophile's Secret Admirer
RomanceBila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak baru di Smk Permata Indah mula jatuh cinta pandang pertama dengan gadis pendiam kelas, Akira Mika. Cliche, kan? AKIRA MIKA- gadis pendiam di...