🖤4

13 3 1
                                    

(^._.^)ノ

Hari berulang kembali. Pergi sekolah, balik sekolah. Cuti dan kemudian sekolah lagi. Itulah kehidupan seorang pelajar. Perlu mengejar angka demi membanggakan mak ayah. Itulah tujuan kita pelajar ke sekolah, kan?

Luqe meletakkan beg nya di dewan sekolah. Mata melilau mencari kelibat Rief Zairul dan yang lain. Aik? Aku awal ke harini? Dia melihat beg-beg yang turut berada di barisan kelasnya. Tu kan beg Rief? Dia pergi mana?

Fikirannya mengatakan mereka ada kat kantin. Waktu pagi sebelum perhimpunan, some students akan mengalas perut di kantin kerana tak sempat makan sarapan. Tergesa-gesa nak cepat sampai sekolah sehingga sarapan dilupakan. Luqe mengaku. Dia juga begitu.

Kaki mengorek langkah kearah kantin yang tidak jauh dari dewan. Tepat apa yang dia fikirkan. Rief dan yang lain tengah berborak sambil mengunyah roti coklat.

"Lahh. Kat sini rupanya. Aku cari korang tadi tak jumpa." Luqe tersengih. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Ryan.

"Kau fikir kitorang nak ponteng kelas ke? Kita budak baik beralim. Tak akan lah nak buat macam tu. Kan, Rief?" Ryan menyiku lengan Rief Zairul. Nasib tak kuat sangat. Kalau tidak, tercekik roti pula si Rief tu.

"Sejak bila kau beralim? Semalam kau curi homework aku. Perangai yang alim ke tu?" Rief menjeling Ryan tajam.

"Bukan kau pun sama ke? Dahlah baca al-Quran belum khatam. Macam mana jadi ketua keluarga tapi al-Quran pun tak khatam lagi?" Soalan Ryan itu membuatkan semua orang di meja itu memandangnya.

"Hina sangat ke kalau belum khatam al-Quran? Ada je orang yang belum khatam lagi, tapi ada niat untuk khatam dan perbaiki tajwid dan bacaan mereka." Kata Luqe.

"Salah ke apa yang aku cakap? Aku bukan nak hina Rief. Aku cakap jujur je. Memang dia belum khatam lagi." Ryan menjawab pertanyaan Luqe.

Sungguh tak sensitif mamat ni!

"Kalau dia ada niat untuk khatam, belajar perbaiki tajwid dan bacaan hafazan serta banyak membaca Quran, Insya Allah dia boleh khatam." Luqe mendekati

Luqe mengusap belakang badan Rief Zairul. Dilihatnya wajah lelaki itu tunduk memandang lantai. Mungkin malu kerana sudah 17 tahun tetapi belum khatam.

"Rief...boleh aku tanya? Kau boleh baca tulisan Jawi dengan lancar tak?" Soalan itu diujakan kepada Rief Zairul. Lambat lambat Rief mengangguk.

"Aku boleh baca tapi kadang kadang tergagap-gagap." Rief mengaku. Kepalanya masih tunduk memandang lantai.

"Kau nak tak kalau aku daftarkan nama kau dalam zoom class membaca Quran? Aku daftarkan nama kau kat kelas tu, ya? Aku pun belum sampai sebulan belajar dengan ustaz dan ustazah kat kelas tu tapi aku dah lancar sikit bacaan hafazan." Terang Izak panjang lebar.
Menunggu jawapan Rief.

"Dia ajar tajwid jugak. Nanti senanglah nak baca. Cuma perlu ingat setiap tajwid dan cara sebutan dia supaya tak tunggang-langgang bacaan." Sambung Izak lagi.

Rief mengangguk setuju dengan cadangan Izak.

"Sekejap. Bukan dalam kelas Pendidikan Islam, ustazah selalu ajar ke tajuk tajwid? Dalam kelas pun ada ustazah sentuh sikit pasal tajwid. Kau pay attention ke tak?" Ashri menyoal Rief. Tengok muka pun dah tau Rief ni jenis tak minat sangat bab belajar ni. Nasib baik tak ponteng kelas agama.

Kau anak baik tak ponteng kelas agama, kan?

Rief Zairul hanya memandang muka Ashri. Muka blur ditunjukkan.

"Hello?"

"Hai."

"Aku tanya ni. Kau fokus ke tak masa kelas?" Ashri melambai tangannya ke muka Rief. Eh, budak ni. Mengelamun pulak.

Bibliophile's Secret AdmirerWhere stories live. Discover now