PROLOG

112 0 0
                                    

Kedengaran pintu bilik diketuk. Mula-mula kedengaran biasa, lama-lama diketuk bagai nak roboh pintunya. Ketukkan itu mengganggu lenanya.

"Urghh! Siapa pula ketuk-ketuk pintu ni?" Sofia menolak ketepi selimut yang menutupi badannya. Diambil jubah mandi yang ada di penyangkut baju. Dipakai sambil berjalan menuju ke pintu bilik.

Diikat rapi jubah mandi dibadan. Kepala yang agak pening, dipicit sedikit. Pintu bilik dikuak sedikit, cukup untuk melihat dan bercakap dengan orang diluar pintu.

"Ada apa ye encik semua ketuk bilik saya malam-malam ni?" Sofia bertanya separa mengantuk. Dia melihat ada beberapa orang lelaki dan dua orang wanita diluar biliknya. Masing-masing memakai sebuah vest seragam. Ahli pengakap ke apa diaorang ni?

"Maaf cik, kami mendapat aduan ada berlakunya maksiat dibilik cik." Kata seorang wanita.

"Maksiat? Ha? Cik semua ni salah bilik ni." Terus segar mata Sofia. Dilihat pada vest mereka mempunyai logo jais.

"Maaf lagi sekali cik, boleh kami tengok bilik cik? Kalau tiada apa yang masalah, kami akan segera pergi." Ujur wanita itu lagi. Baik sahaja percakapannya.

Tanpa memikirkan apa, Sofia membuka pintu dengan lebih luas untuk beberapa ahli jais itu masuk ke biliknya. Apa nak takut? Aku tak ada buat salah pun. Kalau aku dapat tahu siapa buat laporan ni, siap orang tu. Ganggu tidur aku je!

Sofia hanya berdiri di depan pintu biliknya. Tidak mahu mengganggu kerja ahli-ahli jais itu.
Tidak lama selepas itu, tiba-tiba wanita yang berbicara dengannya tadi kembali kepada Sofia.

"Cik, boleh saya dapatkan kad pengenalan cik?" pinta wanita itu

Sofia mencapai beg tangan yang tergantung di dinding bilik itu. Dia mengeluarkan kad pengenalannya dan berikan kepada wanita tersebut tanpa banyak soal. Masih tidak sedar dirinya berbau arak, mungkin hidungnya sudah sebati dengan bau itu.

"Boleh saya dapatkan kad nikah atau sijil nikah cik?" Minta wanita itu lagi

"Eh, saya belum berkahwin lagi. Saya bujang." Jawab Sofia, tak terkejut pun. Soalan yang biasa ditanya, nama pun jais jadi logiklah.

"Cik belum berkahwin?" Tanya wanita itu untuk kepastian.

"Ya, belum." Jawab Sofia sekali lagi, jujur. Sofia masih berdiri memeluk tubuh di depan pintu biliknya. Dahinya sudah berkerut kerana melihat reaksi wajah wanita itu.

"Maaf cik, kalau begitu cik perlu ikut kami ke balai ya." Ujur wanita itu

"Eh? Kenapa pula?" Makin berkerut dahi Sofia mendengar.

"Ada seorang lelaki dalam bilik cik ni. Memandangkan cik sendiri kata cik tak berkahwin lagi, jadi berlakunya kesalahan apabila dua orang atau lebih berlainan jantina duduk didalam bilik yang sama tanpa mahram." Seorang ahli jais lelaki datang dari perut bilik dan menerangkan situasi kepada Sofia

"Apa? Mustahil ada lelaki dalam bilik saya ni. Saya duduk sorang je!" Hampir tercabut jantungnya apabila ahli jais mengatakan ada lelaki di dalam biliknya. Mustahil!

Sofia berlari ke arah katil biliknya dan terlihat ada satu jasad lelaki sedang duduk ditepi katil, separa bogel. Kelihatan lelaki itu masih mamai setelah dikejutkan oleh ahli jais dari tidurnya.

Sofia berlari keluar untuk melihat pintu bilik hotelnya. 718. Ini bukan bilik aku. Macam mana aku boleh ada dekat bilik ni?

Apa yang terjadi ni? Macam mana boleh ada dekat bilik orang lain? Sofia jatuh terduduk didepan pintu biliknya, tidak dapat dia proses apa yang terjadi secara tiba-tiba ini.

Mama, papa.... Maafkan Sofia. Menangis Sofia mengenang maruah keluarga yang bakal dicalarkan tanpa sengaja itu.

Betul ke tanpa sengaja? Apa yang terjadi sebenarnya?


**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now