Sofia dan Danny berjumpa di depan IKEA, mereka pergi ke foodcourt dahulu untuk mengisi perut masing-masing.
Kelihatan ramai orang beratur walaupun pada hari minggu. Setelah 30 minit beratur baru lah mereka dapat masuk untuk membeli makanan.
Selesai sahaja makan, mereka terus masuk ke bahagian pembelian.
"You nak beli apa Sofia?" tanya Danny supaya senang dia memilih untuk Sofia
"Saya nak beli katil, tilam, wardrobe and meja solek." satu per satu di sebut sambil mengira menggunakan jari.
"Rumah you kosong ke? Baru pindah?" Perabot yang nak beli untuk satu bilik je. Kalau baru pindah mesti nak beli sofa, meja TV, meja makan sekali.
"Eh tak. Ni untuk bilik saya je."
"Untuk bilik you? Bukan sepatutnya you satu bilik dengan suami you ke?"
Sofia terdiam. Alamak, kantoi pula.
"Errr hmm. Bu...bukan macam tu. Kami.. Err." tergagap Sofia cuba jelaskan.
"Takpe Sofi. You boleh je jujur dengan I." Sejujurnya Danny ingin tahu punca wajah murah wanita itu. Jadi, dia cuba untuk mengorek sedikit keadaan hubungan itu. Dia tidak mampu nak menghalang dirinya dari ingin tahu apa yang terjadi kerana Sofia tidak mempunyai teman lelaki tapi tiba-tiba kahwin.
Sofia menghela nafas berat.
"Kami tidur asing." Terkesima Danny mendengar. Suami isteri apa tidur asing? Kahwin paksa ke?
"okay, I taknak tanya lebih-lebih. Itu urusan rumah tangga you tapi kalau you perlukan seseorang untuk you meluah atau mengadu, you tahu I selalu ada kan?" Walaupun sebenarnya Danny ingin tanya lebih lanjut tapi dia tidak rasa ini waktu yang tepat. Tak apa! Perlahan-lahan, mungkin satu hari nanti dia bakal memiliki wanita ini juga.
"Terima kasih Danny." Sofia lega apabila Danny tidak bertanya lagi. Rasa kurang selesa ingin membuka aib rumah tangganya.
"Jom I pilihkan you perabot."
Mereka berdua berjalan sambil mencatat nama-nama perabot yang ingin dibeli. Bukan perabot je beli, bakul baju, tuala, lilin dan macam-macam lagi akhirnya masuk ke dalam trolley.
"You nak bawa macam mana barang-barang ni? Tadi you datang naik apa?"
Sofia menepuk dahi. Shopping sakan, lupa tadi dirinya datang hanya menggunakan grab.
"Alamak. I lupa I datang naik grab je tadi. Ada perkhidmatan penghantaran kan?" Sofia mula kalut
"Ada, jom kita tanya pekerja Ikea tu."
Sofia hanya mengangguk dan mengikuti Danny menegur salah seorang pekerja disitu.
"Oh kalau nak kita hantar kena tunggu dua hingga tiga hari baru boleh dapat barang. Sekarang ni ramai orang guna penghantaran."
"Alamak, tak boleh. Saya nak hari ni juga. Macam mana ni Danny." Sofia mula gelisah.
"Takpe, I panggil PA I untuk sewa lori untuk you." Danny memberi cadangan
"Boleh ke? Nanti I bayar sewa tu."
Danny mengangguk dan terus membuat satu panggilan. Selesai sahaja mereka pergi mengambil barang-barang perabot mengikut nama dan nombor yang dicatat.
Dua trolly dipakai untuk membawa kesemua barang.
"I bayarkan barang you ni." Danny sudah berkira-kira untuk mengeluarkan dompetnya tetapi cepat Sofia menghalang.
"Eh tak apa Danny. I bayar sendiri."
"Tak apa. Tak luak pun duit I kalau bayarkan." Danny cuba untuk memujuk. Teringin dia menghabiskan wangnya untuk wanita yang dia suka.
"Jangan macam tu Danny. Saya ada duit, suami saya pun ada bagi duit tadi." sebenarnya Khairi tidak memberinya duit pun untuk beli perabot ni. Tak apa, nanti aku claim balik. Siapa suruh janji nak belikan perabot, lepas tu tiba-tiba suruh aku pergi sorang-sorang. Khairi ingat dia tak reti nak kikis duit lelaki ke? Huh! Ini Sofia lah, kalau ada peluang memang dia ambil. Lagi-lagi dengan orang tak guna macam Khairi. Memang layak dikikis sampai jadi miskin.
Jawapan Sofia membuat Danny terpaksa mengalah.
Sofia mengeluarkan kad bank untuk membuat bayaran. Total semua barang hampir mencecah lima ribu. Sofia cuba mengawal wajah yang terkejut dengan amaun yang perlu di bayar. Tidak pernah dia berbelanja sebanyak itu dalam satu masa.
Nasib baiklah tadi dia menghalang Danny dari bayarkan. Kalau tidak sudah menjadi beban pula. Dah lah minta tolong teman lepas tu mahu bayarkan. Sofia tidak mahu terhutang budi.
***********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...