"Kalau aku jumpa jantan tu, siap dia aku pijak-pijak." Amuk Ellen. Bengang dirinya dengar cerita Sofia dengan lebih terperinci.
Sofia hanya tergelak kecil dengan kemarahan Ellen. Hatinya sedikit lapang selepas meluahkan segalanya. Tiada siapa dia dapat berkongsi melainkan kepada Ellen.
"Kau jangan risau, Sofi. Aku akan sentiasa ada dengan kau. Kau buat je semua benda. Lantak sana jantan bodoh tu. Aku minta maaf sangat-sangat. Sepatutnya aku lebih peka." Ujur Ellen serba salah. Kalau dia tak terlalu mabuk malam itu, pasti kawannya tidak menjadi mangsa keadaan.
Sofia hanya tersenyum. Dia tidaklah menyalahkan Ellen. Kecuaian dirinya juga. Sepatutnya dia tidak ambil air minuman dari sesiapa memandangkan hanya dia sahaja tidak minum air setan itu.
"Tak apa Ellen. Bukan salah kau pun." Sofia menggosok lembut tangan Ellen.
"So kau nak buat apa ni? Pukul berapa kau nak balik?" tanya Ellen.
Sofia mengangkat kedua bahunya.
"Aku malas nak balik sebab kena tidur sekatil dengan dia. Esok baru pergi beli katil untuk bilik aku." Sofia menghela nafasnya kuat
"Aku nak pergi kelab ni, kau nak ikut ke?" pelawa Ellen
Sofia menggeleng. Sementara waktu ini dia tidak mahu menjejak kakinya ditempat begitu. Masih trauma.
"Sorry aku tak dapat teman kau lama, nanti kita lepak lagi okay? Apa-apa telefon aku terus. Sepantas kilat aku datang." Kata Ellen serius.
"Pergilah. Terima kasih, Ellen." Ujur Sofia
"Aku kawan kau lah, tak payah terima kasih. Sebelum ni kau yang selalu layan aku menangis kena tinggal dengan lelaki." Ellen senyum dan kemudian pergi meninggalkan kafe tersebut.
Tidak lama selepas itu Sofia turun keluar dari kafe dan menuju ke taman lampu berdekatan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.
Kakinya tidak mahu pulang ke rumah lelaki yang di benci iaitu suaminya sendiri.
Sedang Sofia leka berjalan tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Toleh sahaja ke belakang kelihatan wajah yang dikenali.
"Encik Danny?" ucap Sofia separa terkejut
"Hi, Sofi." Danny tersenyum manis. Gembira hatinya terserempak dengan wanita yang diminati kali kedua pada hari yang sama.
"You buat apabdekat sini?" tanya Danny
"I saje berjalan, ambil angin." Sofia membalas senyuman Danny.
"Cantik." sepatah Danny berkata tanpa sedar
"Ha?"
"You cantik sangat bila senyum. Dari tadi I tengok muka you muram je."
"Dah lama ke encik Danny perhatikan saya?"
Danny terdiam sekejap. Alamak! Kantoi pula. Sebenarnya sudah lama Danny nampak Sofia tapi tidak ditegur terus. Mana tahu Sofia keluar dengan kawan yang keluar dengannya di pusat membeli belah tadi.
Selepas hampir 20 minit mengekori Sofia, tiada tanda sesiapa yang akan datang. Danny yang datang bersama kawannya tadi di taman itu, telah dipaksa pulang ke rumah terlebih dahulu. Teringan wajah Hafiz yang terkulat-kulat ditolak supaya pulang.
"Err. Bu....bukan. I bukan stalker tau. Sumpah I baru je nampak you tadi." tergagap sedikit Danny menjawab. Takpelah tipu sunat sikit.
Sofia ketawa melihat Danny yang tergagap memberi jawapan.
Mereka berdua sambung berjalan ditaman itu.
"Sofi, boleh I tanya you satu soalan tak?" Tanya Danny berhati-hati tetapi rasa ingin tahu membuak-buak.
"Tanya apa tu, encik Danny."
"Sebelum I tanya, boleh tak you stop panggil I encik Danny. Panggil je nama I, lagi pun kita bukan dekat pejabat." Ujur Danny. Dia tahu Sofia ingin membuat satu garis antara mereka.
"Ermm, saya dah terbiasa panggil encik Danny, encik lah" Sofia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terasa janggal jika hanya memanggil lelaki itu dengan nama sahaja.
"Danny. Cuba you sebut nama I je"
"Err. D.. D... Danny, awak nak tanya apa tadi?"
Danny tersenyum mendengar Sofia menyebut namanya tanpa gelaran 'encik' dihadapan.
"I nak tanya, apa hubungan you dengan lelaki you keluar tengah hari tadi."
Sofia hanya diam membisu tetapi tetap jalan beriringi Danny.
"Sorry kalau soalan I ganggu pravisi you." Danny tahu soalan itu tidak sepatutnya dia tanya tapi hatinya rasa tak tenteram apabila tidak mengetahui status mereka. Sebab setahunya Sofia memang tidak mempunyai teman lelaki.
"Dia suami saya." perlahan sahaja suara Sofia tapi tetap didengari oleh Danny.
"Bila masa you kahwin?!" Terkejut beruk Danny.
"Pagi tadi." Langkahnya terhenti, Danny juga turut memberhentikan langkahnya. Dipandang wajah wanita yang disukainya. Raut wajah yang sentiasa tunjukkan perasaannya. Kelihatan sunggul. Apa yang terjadi sebenarnya?
"What happen, Sofi? You look unhappy." Tanya Danny prihatin. Dia menarik lengan Sofia dibawa duduk di kerusi yang ada ditaman itu.
Menitis lagi air mata Sofia. Setiap kali teringat apa berlaku terasa hatinya ditoreh lagi.
Danny hanya membiarkan Sofia menangis. Bukannya dia tidak mahu pujuk tetapi dia tahu bukan itu yang diperlukan oleh Sofia tika itu.
Setelah reda rasa sedihnya itu barulah Sofia membuka mulut.
"Sorry enc... Danny. Terpaksa pula awak teman saya menangis." Sofia gelak kecil. Diseka air mata mengguna kardigan.
"Tak apa. You ada masalah ke dengan suami you?"
Sofia hanya menggeleng, dia tidak mahu membuka aib mereka.
Melihat Sofia hanya membisu, dia tahu hal itu tidak bisa Sofia ceritakan. Hatinya retak seribu apabila kini Sofia sudah menjadi isteri orang.
Dari jauh sepasang mata sudah membara. Dia merengus marah dan berlalu pergi dari taman itu apabila tadinya wanita itu tersenyum gembira kemudian menangis mengadu kepada lelaki disebelahnya itu.
***********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...