Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam. Danny ingin pulang ke rumah. Lebih tepat Sofia yang halau pulang. Tidak manis lelaki luar berdua-duaan dengan isteri orang, malam pula tu.
Sudahlah dia menyusahkan lelaki itu seharian.
Sampai sahaja barang di rumah itu, terpaksa Sofia meminta tolong sekali lagi kepada Danny untuk memasangkan semua perabot yang jenis D.I.Y itu. Lepas tu peralatan pula tak ada, terpaksa minta bantuan PA Danny lagi.
Pemasangan semua barang pula mengambil masa 4 jam. Sofia hanya membantu dalam menghulurkan kepingan kayu untuk dicantumkan serta skru yang diperlukan mengikut kertas manual setiap perabot. Nasib Danny yang buat, kalau dirinya buat belum tentu satu pun siap.
Danny sudah berada di luar pagar selepas selesai memakai kasut. Berat kakinya ingin pulang, masih tidak puas meluangkan masa dengan wanita itu.
"Terima kasih banyak-banyak Danny sebab tolong saya. Kalau awak tak ada, tak tahu lah macam mana rupa perabot tu." Sofia tertawa kecil akan kekurangan dirinya. Tidak reti bertukang!
"Tak apa, Sofi. Kalau you perlukan bantuan lagi, just hit me up. I akan datang secepat mungkin." ujur Danny kedengaran seperti gurauan di telinga Sofia tapi sebenarnya Danny sedang serius dengan kata-katanya. Apa sahaja demi Sofia dia sanggup lakukan.
"Jawapan awak sama macam kawan saya." Sofia ketawa lagi, teringat akan Ellen.
Gelak tawa mereka terhenti apabila ada suara garau menegur mereka.
"Kau buat apa dekat depan rumah aku ni?" Tanya Khairi dengan suara yang keras. Muka jangan cakap, cemberut macam tengah tahan berak tapi menakutkan.
"Aku tolong Sofi angkat barang tadi." Danny menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Khairi tetapi Khairi hanya memandang sepi tangan itu.
Tangan yang tidak sambut, ditarik semula ke sisi.
"Err aku balik dulu lah." ucap Danny. Dia merasakan aura yang tidak baik ketika itu. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, lebih baik dia pulang sahaja.
Khairi sudah menonong masuk tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Danny.
"Sofi, I balik dulu. Nanti kita jumpa lagi." ucap Danny sambil menghadiahkan senyuman manis untuk wanita itu.
Sofia hanya mengangguk.
"Sofia! Buat apa lagi dekat depan pintu tu? MASUK!" Kedengaran suara Khairi yang sudah mengaum dari dalam rumah.
Serta merta muka Sofia menjadi pucat. Seram dan takut.
"Saya masuk dulu, Danny. Hati-hati balik." Sofia melambai kepada Danny. Pagar ditarik rapat dan terus masuk ke dalam rumah.
Danny memandang pintu rumah itu yang sudah tertutup rapat untuk beberapa saat kemudiam dia berlalu pergi. Hatinya merasakan tidak sedap hati. Dia berdoa semoga wanita itu selamat. Menglihat wajah bengis Khairi tadi membuatkan dia risau atas keselamatan Sofia tapi tiada apa yang boleh dia lakukan. Sofia adalah isteri lelaki tersebut dan dia hanyalah bos tempat kerja Sofia.
Danny menghela nafas kecewa.
Tangan mengeluarkan telefon pintar dalam poket seluar. Nama Sofia di cari dan di hantar satu pesanan mesej.
'If anything happen, call me. I'll be there for you.'
Telefon ditutup dan dia segera pulang ke rumah dengan hati yang berat.
**********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
Любовные романыDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...