Sofia dan Ellen menuju ke bilik khas yang telah ditempah oleh Juan untuk birthday party itu.
Apabila masuk ke bilik tersebut, ianya telah pun dipenuhi oleh ramai kawan-kawan Juan. Pakaian tak payah cakap lah, masing-masing nak tunjuk aset yang ada. Nama pun kelab malam, kalau datang pakai jubah ke baju kurung, tak ke pelik?
Setelah hampir 30minit berkumpul di dalam bilik tu baru lah parti hari jadi dimulakan dengan nyanyian lagu hari jadi. Setelah itu, para pelayan membawa masuk pelbagai jenis minum arak ke dalam bilik dan makanan ringan untuk mereka menjamu.
Bilik itu bising dengan nyanyian beberapa orang yang sedang karaoke. Yang merdu suara tu elok dah. Dapat dekat orang suara macam tahan berak, boleh pekak telinga.
Di suatu sudut, Sofia hanya duduk memerhati mereka yang sudah mabuk sedang berperangai seperti monyet. Menjerit sana sini, ketawa tak ingat dunia.
Ish nasib baik aku tak minum, malu aku kalau perangai macam tu muncul. Bisik Sofia dalam hati sambil dia menggeleng kepala. Dilihat cawan berisi air coke nya sudah habis, dilihat botol besar coke juga sudah kosong.
"Weh Ellen, amikkan botol coke tu." Sofia menunding jarinya pada botol coke yang berada di hujung meja. Ellen yang sudah mabuk mula cakap melalut.
"Sofi, kau ni asyik minum coke je. Cuba lah minum air lain pula. Rugilah tak minum. Hari ni orang belanja." Ellen mula berceramah dalam kemabukkan. Disambut oleh yang lain turun mengiyakan apa yang Ellen kata.
Segelas air tiba-tiba dihulur kepada Sofia. Sofia memandang cawan itu kemudian orang yang menghulurkan cawan tersebut, Khairi.
"Coke?" Tanya Sofia sepatah. Khairi hanya diam mengangguk.
Sofia mengambil cawan dari Khairi. Apabila diteguk terus tersembur dari mulutnya. ARAK! Terus Sofia bangun mencekak baju Khairi.
Khairi sudah ketawa seperti hilang akal.
"What the fuck Khairi! Kau tahukan aku tak minum arak!" Jerkah Sofia. Dia sudah tertelan sedikit dan kepalanya sudah mula berpusing. Badan menjadi tidak seimbang, tangan yang mencekak baju lelaki itu terlepas dan dia terduduk.
Kepalanya diketuk dengan tangan sendiri berharap dia kekal fokus. Tapi kepala semakin pening. Arak yang diberikan mesti kuat.
Tidak lama selepas itu, Sofia sudah tidak berada dalam keadaan yang waras. Dia mula menghabiskan arak yang tadi dia minum sedikit.
Khairi yang perasan Sofia sudah mabuk mula duduk disebelah Sofia.
"Ketepilah. Kau apasal duduk sebelah aku ni?" walaupun mabuk, Sofia tetap tidak sukakan Khairi yang mendekati dirinya. Orang kata bila kita mabuk, kita jadi lebih jujur. Maksudnya memang Sofia tidak suka Khairi bukannya pura-pura tidak suka.
Khairi, menuangkan arak lagi ke dalam cawan Sofia yang sudah kosong. Khairi menunjukkan isyarat tangan supaya Sofia minum air itu. Sofia pun minum kerana dia sudah mabuk, tindakkannya tidak boleh dikawal lagi.
Apabila Khairi melihat Sofia semakin mabuk tiba-tiba Khairi bangun dan menarik tangan Sofia.
"Ellen! I pinjam kawan you ni sekejap." Kata Khairi dalam keadaan mabuk sedikit. Dia mengangkat dan goyang tangan Sofia yang dipegang.
"Okay bro! Jangan lupa pulangkan dia balik" jawab Ellen yang dari awal lagi sudah hampir sampai ke bulan.
Khairi terus menarik Sofia untuk mengikutnya.
"Kau nak bawa aku kemana ni?" Sofia merengus kerana dipaksa ikut, dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Khairi tetapi kudrat perempuannya apa lah sangat nak dibanding kudrat lelaki. Tambah pula dia mabuk.
Khairi hanya diam dan tetap menarik tangan Sofia supaya mengikutinya. Dibawa ke sebuah hotel berdekatan kelab yang telah ditempah untuknya malam itu.
Khairi membuka pintu bilik hotel tersebut dan menarik masuk Sofia sekali. Dicampak Sofia ke atas katil.
"Kau buat apa ni Khairi. Aku nak balik!" Sofia cuba untuk bangun dari katil tetapi dihalang oleh Khairi yang sudah berada di atasnya. Kedua tangan Sofia di pegang kiri dan kanan, kaki pula dikepit rapat supaya tidak bergerak.
Lama Khairi diam memerhati wajah Sofia. Beberapa minit berlalu barulah Khairi membuka mulut.
"You tahu tak I dah lama sangat minat you. You ni cantik sangatlah Sofia. Buatkan I nak jadikan you milik I sorang je." Khairi cuba mencium mulut Sofia tetapi Sofia mengelak jadi tercium pipi sahaja. Sofia seakan mula hampir sedar tapi kudratnya hilang, tidak mampu untuk melawan Khairi.
Khairi sudah gelak, hilang akalnya. Hatinya sakit apabila bibir itu tidak dapat dicium.
"You ni memang cabar I lah, Sofia. You sengaja jual mahal kan? Tapi takpe, lagi mahal lagi syok aku nak dapatkan kau." Ujur Khairi.
Disatukan tangan Sofia keatas, tangan kanannya memegang tangan itu, seperti mengikat tangan Sofia.
Tangan sebelah kiri pula mengambil botol arak yang disediakan di meja sebelah katil. Ditogak air tersebut, botol arak diletakkan keatas meja semula. Tangan kiri tadi memegang muka Sofia, ditahan supaya kepala itu tidak dapat bergerak.
Khairi menyatukan bibirnya dengan bibir Sofia. Sofia menutup rapat bibirnya tidak mahu bercumbu. Tangan kiri Khairi menekan sedikit kiri dan kanan pipi Sofia dan menyebabkan mulut itu terbuka sedikit. Terus arak yang diminum tadi dimasukkan ke dalam mulut Sofia. Tersedak Sofia dengan air itu.
Khairi mengulangi perbuatan itu beberapa kali sehingga Sofia tidak dapat melawannya. Badan Sofia terkulai layu. Matanya semakin kabur.
"Kau.... memang... bangsat." Sepatah- sepatah Sofia cuba tutur kata-kata tersebut. Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Sofia perlahan seakan membisik, dia lemah.
Khairi mula mencium leher Sofia. Baju yang dipakai Sofia dibuka dan mereka terus hanyut dalam kemaksiatan.
Apabila keduanya sudah diulit mimpi tiba-tiba pintu bilik diketuk. Mula-mula perlahan, lama-lama bagai nak roboh pintu.
**********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...