BAB 18

130 1 0
                                    

Sofia jalan tanpa hala tuju sambil mengheret beg bagasinya. Tanpa sedar dia sudahpun berjalan hampir satu kilometer dari rumah sewa lamanya.

Dia duduk disebuah stesen bas. Sofia termenung jauh. Otaknya bercelaru. Dia tiada hala tuju. Tidak tahu pada siapa dia perlu meminta pertolongan.

Mama dan papa? Dia tidak mahu membuat ibu bapanya bersusah hati lagi. Cukup lah apa yang sudah terjadi dua hari lepas.

Sofia melepaskan keluhan deras. Kepala diletakkan pada pemegang beg bagasi. Ingin berehat seketika.

Tiba-tiba terlintas nama Danny dikepalanya.

Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Danny dicari dalam log panggilan.

Jarinya kaku, teragak-agak dia ingin menekat butang 'call' itu. Selepas berdebat dengan diri sendiri, akhirnya di tekan juga nombor itu. Tiada pilihan lain.

Baru sahaja panggilan itu berdering sekali terus panggilan disambungkan.

"Hello?" Suara garau milik lelaki itu kedengaran dari sebelah sana. Sofia diam membukam, tidak tahu bagaimana mahu meminta pertolongan. Terasa dirinya satu beban, malu sebenarnya.

"Sofi? Are you there?" Tanya empunya nombor telefon itu lagi apabila tidak mendapat respon.

"Err Dan...Danny." Barulah Sofia bersuara.

"Yes? Is there anything wrong?" Kedengaran suara yang merisaui dirinya. Tidak pernah Sofia menelefon Danny terlebih dahulu. Jangan cakap telefon, mesej pun tidak.

"Danny, saya nak minta tolong boleh?" Ujur Sofia memberitahu niatnya tanpa berkias. Dia terdesak.

Ini sudah masuk kali ketiga dia meminta tolong dari lelaki itu tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain. Rasa bersalah juga. Kawan baiknya.... Bukan. Bekas kawan baiknya telah menikam belakangnya dan dia tidak mempunyai kawan lain selain Ellen.

Sebuah kereta jenama Volvo warna hitam berhenti didepan sebuah stesen bas. Seorang lelaki kemas berpakaian pejabat keluar dari perut kereta itu dan menuju ke seorang wanita yang sedang tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Sofi?" Tegur lelaki itu.

Sofia yang sedang mengelamun itu tersentak. Kepala diangkat dan Danny sudah berdiri dihadapannya. Ditatap wajah lelaki itu. Baru sahaja dia telefon lelaki itu tadi, tidak sampai 20 minit lelaki itu sudah terpacak disitu.

Danny terkejut melihat wajah Sofia. Mata yang sembam akibat menangis, pipi kanan lebam, bibir luka dan pucat.

"Oh god. What happen, Sofi?" Riak wajah yang risau tidak dapat diselindungi. Baru sahaja dia berjumpa dengan wanita itu semalam. Raut wajah yang kelihatan sedikit sunggul tetapi masih bermaya. Hari ni, wajah tu sudah berubah 100%.

Sofia hanya tersenyum kelat.

"Jom masuk kereta dulu." Danny membantu Sofia bangun, dipimpin masuk ke dalam kereta. Beg bagasi Sofia pula dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Suasana di dalam kereta itu sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin kedengaran. Sofia membuang pandangan diluar tingkap manakala Danny fokus dengan pemanduan.

Danny memberhentikan keretanya di depan sebuah farmasi. Dia ingin membeli ubat untuk merawat wajah Sofia. Pada mulanya dia ingin membawa Sofia ke hospital tapi Sofia menghalangnya.

Usai sahaja membeli ubat terus dia masuk ke dalam kereta. Air mineral yang dibelinya tadi dibuka dan dihulur ke Sofia.

"Thanks." Sofia memberi senyuman tawar kepadanya. Diteguk sedikit air itu.

"I tolong letak ubat dulu dekat luka you dulu." Danny menggerakkan bahu Sofia supaya menghadapnya.

Krim antiseptik di picit sedikit dan dioles lembut pada luka di bucu bibir Sofia. Ditiup perlahan bahagian yang telah disapu ubat itu supaya kurang pedih.



**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now