Mereka telah tiba dirumah Danny. Beg bagasi Sofia ditarik masuk ke dalam rumah.
"Duduk dulu, Sofi. I bancuh you air panas dulu." Terus Danny melangkah ke dapur, mug diambil dan dimasukkan seuncang teh berperiasa peach. Air panas dituang dan gula diletak beberapa sudu.
Siap sahaja air itu, mug diletak diatas meja kopi ruang tamu.
Danny berlalu pergi ke bilik tidurnya untuk mengemas sedikit pakaian yang perlu dibawa. Rumah itu adalah rumah utamanya kerana lebih dekat dengan pejabat mereka.
Sofia hanya memerhati susuk tubuh Danny yang kemudian hilang ke dalam sebuah bilik tidur. Mug yang berisi air teh peach itu dicapai. Hidung diletakkan diatas mug untuk menghidu bau teh itu. Menenangkan. Kemudian dihirup air itu.
"Nanti you tidur dekat bilik tu." Danny keluar dari bilik dengan sebuah beg sederhana besar. Danny menunding jari pada bilik disebelah bilik tidurnya, bilik tetamu yang tiada siapa pakai. Iyalah dia bujang.
Sofia hanya mengangguk.
"Terima kasih." ucap Sofia, senyuman diberikan
"Kasih diterima." Lantas itu Danny mengenyitkan mata. Tergelak kecil Sofia.
Begitulah perangai Danny, sentiasa cuba memikatnya. Tiba-tiba dia rasa menyesal menolak segala usaha lelaki itu selama ini.
Kalau lah dia berkahwin dengan Danny berbanding Khairi, pasti dia bahagia. Orang kata kahwinlah dengan lelaki yang mencintai kita bukan dengan lelaki yang kita cintai. Barulah hubungan tu kekal lebih lama. Kepalanya digeleng perlahan.
"Kenapa, Sofi? Kepala you sakit ke? Pening? You nak panadol? Atau you nak pergi klinik? Kita pergi klinik lah, I bawa." Bertubi-tubi soalan ditanya tapi sendiri juga jawab.
Sekali lagi Sofia tertawa dengan lagat lelaki itu. Ruginya dia tidak nampak kebaikkan Danny selama ini.
"Tak perlu, Danny. Lepas saya tidur ok lah nanti."
Wajah Sofia ditenung oleh Danny. Tidak puas hati dengan jawapan Sofia. Hatinya risaukan keadaan wanita itu.
"Kalau nak panadol ada dalam aid kit box atas kaunter tu. Pipi tu jangan lupa tuam dengan kain sejuk. Luka tu jangan lupa letak krim antiseptik I beli tadi, nanti lambat pula sembuh. Kalau nak masak, guna je bahan-bahan yang ada dekat dapur tu. Habiskan pun tak apa, nanti I belikan lagi. Kalau ada barang apa-apa you nak pun bagitahu je I, I belikan. Kalau taknak masak bagitahu I juga, I belikan makanan." Danny sudah mula memesan panjang. Risau betul dengan Sofia.
"Baik, Danny. Terima kasih banyak-banyak. Satu hari nanti saya akan balas jasa awak." Ucap Sofia tersenyum.
"Ada satu benda you boleh buat untuk balas jasa I. Kalau you bagi ni dekat I, dunia pun I sanggup bagi dekat you." ujur Danny. Dia mahu Sofia menerima dirinya, sebagai peneman hidup. Itu sahaja yang dia mahukan dari Sofia. Tetapi dia tahu sekarang semestinya bukan waktunya untuk bagitahu Sofia. Selepas selesai semua urusan Sofia, dia akan melamar sekali lagi wanita itu. Wanita itu harus dia miliki agar wanita itu tidak lagi disakiti. Akan ditatang bagai minyak yang penuh.
Dahi Sofia berkerut, cuba memikirkan apa yang satu benda boleh membalas jasa lelaki itu tetapi semua dia rasakan tidak logik. Tiada jawapan
"Apa benda? Kalau saya mampu buat, saya buat." Tanya terus lebih senang, tak perlu fikir banyak-banyak.
"Nanti I bagitahu. Sekarang bukan masa yang tepat." Danny memberikan senyuman seribu satu makna.
Sofia hanya merenung wajah tampan itu. Kalau itu yang dikatakan oleh Danny maka dia hanya akan turuti.
"I dah belikan makanan untuk you, nanti ada orang tekan loceng dan tinggalkan makanan depan pintu. I nak kena pergi ni, ada urusan."
Danny sudah berada hampir dengan pintu rumah. Dia menoleh ke belakang untuk melihat Sofia yang membontoti dirinya.
"Jaga diri. Buat sementara ni you tak payah keluar mana-mana dulu." Pesan Danny lagi
Sofia mengangguk tanda faham.
"Awak pergilah selesaikan urusan awak. Maaf sebab dah susahkan awak, Danny." terpancar raut serba salah di wajah Sofia
"My pleasure to help you. Sebelum ni I pernah bagitahu you, anything just tell me. I akan datang secepat mungkin." Itulah yang Danny katakan semalam, memang dia maksudkan setiap perkataan yang dia ucapkan. Buktinya apabila Sofia menelefon Danny tengah hari tadi, mesyuarat yang dia sedang hadiri dihentikan serta merta. Kini dia perlu pergi menyambung mesyuarat tadi semula.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Danny tersenyum bahagia. Terasa seperti dia dan Sofia sudah berkahwin pula. Sofia melambainya pergi ke kerja.
Tiba-tiba wajah Sofia ketika dia berjumpa di stesen bas tadi muncul. Tangan terus mengenggam erat stereng kereta. Amarahnya membuak kembali.
Aku akan cari kau Khairi! Aku akan buat kau bayar apa yang kau buat dekat Sofia.
Terus dia meninggalkan tempat letak kereta itu dengan marah yang masih tersisa.
***********
![](https://img.wattpad.com/cover/324651849-288-k294255.jpg)
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...