BAB 15

152 1 0
                                    

Sofia terjaga dari tidurnya. Satu badannya kesakitan kerana layanan kasar oleh Khairi.

Khairi yang disebelahnya tidur nyenyak.

Sekali lagi air matanya mengalir. Tidak sangka hidupnya berubah 360 darjah. Dilayan tidak ubah seperti binatang. Binatang pun tahu belas kasihan.

Sofia menolak selimut yang menutupi badannya. Perlahan-lahan dia bangun dari katil bukan kerana tidak mahu membangunkan Khairi tapi kerana badannya terasa sangat sakit disana sini.

Bajunya yang bersepah diatas lantai tidak diendahkan. Kutip pun bukan boleh pakai balik. Dia berjalan perlahan dan lemah keluar dari bilik itu untuk pergi ke biliknya. Pintu bilik dikunci dan dia terduduk menyandar pintu.

Tangisan akhirnya terkeluar. Dia membenamkan muka pada lututnya. Meluahkan segala kesediahnya. Setelah sejam menangisi nasib dirinya, dia bangun untuk mencari telefon pintarnya.

Nombor kawan baiknya, Ellen dicari. Terus butang telefon ditekan untuk membuat panggilan. Setelah beberapa kali deringan barulah diangkat. Kawannya sedang tidur, serba salah ingin mengganggu tetapi dia terdesak ingin mengadu.

"Hello, Sofi. Ada apa kau telefon tengah malam ni." kedengaran suara serak baru bangun tidur.

Dengar sahaja suara kawannya itu, tangisan bermula lagi. Terus segar mata Ellen apabila dengar kawannya menangis.

"Apa yang jadi, Sofi? Kenapa menangis ni?" Tanya Ellen prihatin. Tiada balasan dari Sofia. Hanya bunyi tangisan yang semakin kuat.

Selepas 10 minit dibiarkan kawannya itu menangis, sekali lagi dia bertanya kepada Sofia.

"What happen, Sofi? Tell me." Terlahir rasa risau dihati Ellen. Tidak pernah Sofia menangis seturuk ini sepanjang persahabatan mereka. Mesti sesuatu yang buruk terjadi.

"A...aku.... kena.... pu....pukul, Ellen." Tersekat-sekat suara Sofia akibat sedu menangisnya

"Apa?! Kena pukul? Dengan siapa?! Kau dekat mana ni?" Nyaring suara Ellen disebelah sana. Dari posisi baring terus bangun duduk diatas katil.

"Khairi..." sepatah Sofia menjawab masih dengan sedu tangisan.

"WHAT THE FUCK!! Dah kenapa dia pukul kau?"

Tapi soalan Ellen tidak dijawab oleh Sofia.

"Sekarang ni kau dekat mana?" Tanya Ellen lahi sekali, risau dengan sahabatnya itu.

"Dekat rumah lagi. Dalam bilik aku." jawab Sofia, sudah reda tangisannya

"Arghh! Aku nak suruh kau datang rumah aku sekarang pun tak boleh. Mana ada grab waktu sekarang ni."

Jam ketika itu menunjukkan pukul 4 pagi. Ellen mahu pergi ambil Sofia pun dia tak berani nak bawa kereta tengah malam.

"Tak apa, kau kunci pintu bilik kau. Jangan bagi Khairi boleh masuk. Esok pagi, kau datang terus rumah sewa kita ni. Kau pun tak ada bagitahu tuan rumah nak keluar dari rumah ni, jadi sementara ni kau tinggal dekat sini semula." Ellen memberi cadangan.

Sofia hanya diam mendengar.

"It's okay, Sofi. Aku ada. Sekarang ni kau pergi tidur dulu. Rehat kemudian kita bincang apa nak buat." ujur Ellen

Setelah itu panggilan dimatikan.

Skrin telefon yang sudah gelap ditenung oleh Sofia. Badan dilabuh perlahan ke atas katil. Sakit! Mental dan fizikalnya sakit. Apa salah dirinya sehingga dilayan sebegitu teruk?

Baru dua hari berkahwin sudah macam ni, kalau sebulan mungkin dia tidak lagi bernafas dikerjakan oleh Khairi. Tidak sangka Khairi seorang panas baran dan kaki pukul.

Pipi kanannya masih terasa sakit. Bengkak akibat dilempang kuat sebanyak dua kali. Yelah, tangan lelaki itu besar dan kudratnya pula berkali ganda kuat dari perempuan. Kalau kena lempang kali ketiga, mau koma terus dirinya.

Sofia kemudian tertidur dalam kesakitan.



**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now