BAB 16

158 0 0
                                        

Matanya terasa dicucuk dengan cahaya. Apabila mata dibuka matahari sudahpun tinggi, cahaya matahari masuk melalui ruang tingkap yang tidak ditutupi dengan langsir. Telefon dicapai, jam menunjukkan pukul 10 pagi.

Bingkas dia bangun untuk membersihkan diri. Tidak mahu membuang masa, dia ingin segera keluar dari rumah puaka itu. Tidak sanggup duduk sebumbung dengan syaitan bertopengkan manusia.

Usai mandi, Sofia menilik mukanya di cermin.. Pipi kanannya kelihatan merah kebiruan, bucu bibir kanan pula pecah akibat ditampar, bibir bawanya luka akibat digigit ketika dicium kasar oleh khairi.

Air matanya menitis, cepat-cepat diseka. Dia cuma mengumpul sisa kekuatan yang tinggal. Baju diambil dari beg bagasi, tidak sempat dia ingin mengemas malam semalam.

Usai bersiap, tombol pintu dipulas perlahan. Kepala dikeluarkan dulu, ditoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan Khairi tiada. Rumah sunyi, pintu bilik Khairi masih terbuka. Dia tidak mahu periksa sama ada lelaki itu masih ada atau tidak.

Cepat-cepat Sofia membuka langkah untuk keluar. Pintu bilik ditutup rapat, kasut tumit tinggi dicapai dan pakai. Grab yang telah dipesan akan tiba dalam 10 minit lagi. Walaupun nak turun ke bawah mengambil masa tidak sampai 5 minit tetapi dia sudah tidak boleh duduk di dalam rumah itu. Terasa sesak dadanya.

Perjalanan dari rumah Khairi ke rumah sewanya dahulu bersama Ellen mengambil masa 30 minit. Sampai sahaja di luar rumah sewa mereka itu, Ellen melangkah laju. Kod pintu rumah itu dimasukkan, pintu terbuka.

Dari jauh kedengaran seperti suara Ellen sedang bercakap dengan seseorang dengan nada marah.

Semakin dekat dia menghampiri bilik Ellen, semakin jelas perbualan itu didengari. Sofia berhenti didepan pintu bilik Ellen yang sedikit terbuka itu. Dia hanya berdiri disitu, niat tidak mahu mengganggu perbualan kawannya.

"You tahu tak berapa kali I telefon you?!" herdik Ellen

"You buat apa dekat Sofia?!" Lantang suara Ellen bertanya.

Eh? Ellen tengah bercakap dengan siapa? Kenapa namanya pula disebut?

"Tak ada buat apa-apa? You jangan naik tipu I. Sofia telefon I tengah malam tadi menangis-nangis! You buat apa dekat dia?!" Jerkah Ellen pada orang didalam telefon itu.

Apa ni? Semakin binggung Sofia mendengar perbualan yang berkait dengan namanya.

"Berani you naik tangan dekat kawan I? You tahu tak I tolong you dapatkan Sofia bukan untuk you pukul dia, Khairi! Sepatutnya you jaga dia! I bukan setuju tolong you supaya jadi macam ni!"

Jantung Sofia seakan terhenti. Apa yang dia sedang dengar ni? Ellen tolong Khairi?

Pintu bilik Ellen ditolak kuat hingga menghentam dinding. Ellen yang terkejut segera toleh kebelakang, memandang ke arah pintu. Terbuntang mata Ellen melihat susuk tubuh Sofia.

"Kau cakap apa ni, Ellen?" Tanya Sofia, dia masih keliru

"Sof.... Sofia. Bila kau sampai?" Tergagap-gagap Ellen menyebut namanya. Ellen sudah bangun dari duduknya, terkejut dengan kehadiran Sofia. Banyak mana sudah Sofia dengar perbualannya tadi.

"Jawab, Ellen! Betul ke apa yang baru aku dengar tadi?" Bagaikan tidak percaya, kawan baik sendiri menikam belakangnya. Kawan baiknya sendiri yang memerangkapnya.

"Sofi, dengar dulu penjelasan aku." Ellen mula melangkah ingin mendekati Sofia.

"Kau berhenti dekat situ, Ellen. Jangan dekat!" Sofia menjerit kuat. Otaknya cuba mencerna sekali lagi apa yang didengari tadi.

Ellen hanya berdiri kaku ditengah bilik, macam orang sedang dengar lagu negaraku.

"Jadi yang buat laporan dekat jais tu engkau ke?" Sofia menanti jawapan dari Ellen tapi tiada perkataan yang keluar dari mulut kawannya itu.

Tiba-tiba Sofia ketawa kuat. Diam maksudnya betullah jangkaan dia kan?

"Aku tak sangka kawan baik aku sendiri tikam belakang aku. Kau bersengkongkol dengan jantan bangsat tu!" Dada Sofia berombak kerana marah.

Sudahlah dilayan seperti binatang oleh suami sendiri malam semalam kemudian dapat tahu pula perkahwinan yang terjadi sebenarnya adalah plan dari kawannya sendiri. Boleh panggil kawan lagi ke kalau macam ni?

"Kau memang sial, Ellen! Aku percayakan kau tapi kau sendiri jerut leher aku! Kau dengan Khairi sama-sama bangsat!" Berombak dada Sofia tika itu.

Ellen berlari ke arah Sofia. Tangan Sofia ingin dicapai tetapi cepat ditepis kasar oleh Sofia.

"Kau jangan sentuh aku, Ellen!" Sofia merenung tajam wajah Ellen. Hancur berkecai hatinya. Sakitnya lebih teruk dari putus cinta.

Sofia terus pergi meninggalkan bilik Ellen dan menuju ke bilik lamanya. Dia ingin mengambil semua pakaian yang ada dirumah itu. Rancangan yang pada mulanya ingin tinggal disitu untuk sementara waktu terkubur selepas kebenaran terbongkar.

Beg bagasi ditarik keluar dari bawah katil, diheret ke depan almari baju. Semua pakaian disumbat. Nasib baik beg bagasinya besar, jadi muatlah semua pakaiannya.

"Sofi, a...aku minta maaf." ucap Ellen yang sudah berada dipintu bilik Sofia

Sofia diam, tidak membalas. Buat pekak.

"Sofi, please..... Aku tak tahu Khairi boleh layan kau teruk macam ni." Rayu Ellen lagi.

Beg bagasi di tutup kasar. Beg dibangunkan, penarik beg ditarik keluar. Sofia menonong keluar dari bilik sambil menarik beg bagasinya.

Dia terlalu marah sehingga tiada perkataan yang mampu dia keluarkan. Otaknya asyik teringat apa yang didengari tadi.



**********

Dia Yang Aku CintaiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang