Sofia yang terjaga dari tidur melihat katil yang kosong disebelahnya. Baju yang berterabur dia atas lantai dikutupi dan disarung ke badan.
Keluar sahaja dari bilik kelihatan Khairi sedang duduk disofa sambil mata fokus pada tv. Dia melangkah ke dapur untuk minum air. Dibuka peti sejuk yang dipenuhi barang dapur yang dibeli oleh mereka tadi.
"Ada makanan bawah tudung tu." Sofia yang baru sahaja ingin mencapai sebiji epal menoleh ke arah meja. Epal tadi tetap dicapai dan dibasuh sedikit.
Tangannya mengangkat tudung saji, ada nasi ayam berada dalam bekas makanan hanya dipandang sepi. Dibeli oleh Khairi ketika dia masih tidur.
"Nanti bagi I nombor akaun you, I nak transfer duit." Ujur Khairi, mata masih terpaku dikaca TV
"Duit untuk apa?" Sofia menggigit buah epal yang ada ditangannya.
"Untuk layanan you tadi." kata Khairi bersahaja.
Sofia terkesima. Khairi ingat dia ni pelacur je? Jual diri?
"Oh, jangan lupa transfer RM5K."
Jawapan Sofia membuatkan mata Khairi kini beralih arah.
"Apa? Kau ingat aku murah macam perempuan lain yang jual diri tu ke? Setiap kali kita buat, kau kena bayar RM5K. Tak kesah lah lama ke sekejap kita buat. Kau kata kau boleh sogok duit dekat jais kan? Maksudnya kau kaya. Jadi RM5K apa lah sangat." habis sahaja dia berbicara terus dia masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri. Sakit hati sebenarnya tapi kalau itu yang Khairi menganggap dirinya, lebih baik dia gunakan peluang ni untuk kikis semua duit lelaki itu.
Setengah jam kemudian Sofia keluar dari bilik. Kelihatan dia sudah bersiap untuk keluar.
Khairi yang perasan akan susuk tubuh itu menegur.
"You nak pergi mana malam malam ni dengan pakai macam tu" Jam dikerling sudah menunjukkan pukul 10. Sofia seperti biasa mengenakan dress paras lutut dengan kardigan untuk menutup dress tanpa lengannya itu.
"Bukan urusan kau." Sofia mencapai kasut tumit tingginya dan terus keluar dari rumah.
Khairi hanya membiarkan Sofia. Malas mahu bertanya lagi.
°°°°°°°°°°
Kafe kesukaannya yang hanya mempunyai beberapa pelanggan dijejak masuk. Terus dia pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.
Sofia membuat pesan segelas coklat panas dan dua potong kek. Usai membuat bayaran dia melangkah ke sebuah meja terletak di penjuru disebelah tingkap besar.
Tidak lama kemudian seorang pelayan wanita datang membawa pesanannya tadi. Sofia mengucapkan terima kasih dan memberi senyuman.
Sambil menanti kehadiran Ellen, dia menjamah dulu kek yang telah dibeli. Di tenung luar tingkap, fikirannya melayang.
"Hoi!" Mejanya ditepuk oleh seseorang membuatkan Sofia tersentak
Kepala ditoleh, Ellen sudah berada di depannya tersengih.
"Apasal muka kau macam orang baru mati lelaki?" Gurau Ellen
"Bukan mati lelaki, baru je ada lelaki." Ucap Sofia bersahaja.
"Apa maksud kau?" Ellen kurang faham dengan apa yang dibicara oleh Sofia. Nak kata bergurau, muka serius semacam pula kawannya itu.
"Aku dah kahwin, Ellen. Pagi tadi." Suara Sofia kedengaran sebak.
"Apa?!" Suara terkejut Ellen menarik perhatian pelanggan lain yang berada disitu.
"Macam mana kau boleh kahwin pula? Dengan siapa? Kenapa aku tak tahu? Kau ada bercinta dengan sesiapa ke? Kau kahwin dengan bos kau tu ke?" bertubi-tubi soalan yanh dituju oleh Ellen.
Kebetulan pesanan Ellen sampai ke meja. Pergi sahaja pelayan itu barulah Sofia membuka mulut.
"Baik lagi aku kahwin dengan bos aku tu." Sofia menghela nafas sedikit kuat.
"Apa yang jadi, Sofia? Lepas party Juan tu kau pergi mana?" Ellen menggenggam erat tangan Sofia. Cuba menyalur sedikit kekuatan kepada kawan baiknya.
"Malam tu..... Khairi bawa aku ke bilik hotel dia kemudian kami ditangkap basah." Menitis air mata yang cuba ditahan.
Ellen yang terkejut dengan apa yang di dengarinya segera bangun dan duduk disebelah Sofia. Bahu kawannya itu di peluk erat sambil digosok perlahan.
Semakin laju air mata Sofia mengalir. Kesedihan yang cuba disembunyikan tidak dapat lagi disimpan. Kecewa, sedih, marah semua bercampur baur. Terasa dirinya jijik. Maruahnya dipijak seperti daun kering diatas jalan.
**********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...