"Sofia, jom pergi party dekat M&N bar." ajak Ellen.
"Party apa?" Soal Sofia sambil menyambung suap kek chocolate cheese kedalam mulutnya.
Cafe yang tidak mempunyai ramai orang itu dapat menenangkan hatinya serba sedikit dari serabut masalah di tempat kerja.
"Juan ada buat birthday party. Dia suruh aku ajak kau sekali."
"Siapa lagi pergi?"
"Aku tak tau. Rasanya geng Juan lah, lepas tu kita dua. Jom lah. Kita pun dah lama tak lepak." Ellen masih cuba memujuk kawan baiknya itu
"Hmm. Bila party tu?" Masih fikir tentang pujukan Ellen itu.
"Saturday of this week! Kau tak ada hal apa-apa kan?" Ellen mula teruja kerana Sofia seperti berminat
Sofia tidak memberi sebarang respon. Tangan masih menyuap kek ke dalam mulut.
"Jom lah Sofia. Kau pun tengah stress, kan? Boleh lah kau hilangkan stress kau dekat situ. Joget-joget, goyang bontot." Ellen mula merangkul lengan Sofia sambil menggoncang lembut lengan itu, memujuk temannya.
"Yelah, yelah. Aku pergi."
Mendengar sahaja jawapan Sofia, Ellen bersorak gembira. Terus Ellen mengeluarkan telefon pintarnya. Ingin memberitahu Juan tentang kehadiran mereka pada hujung minggu nanti.
"Eh lupa nak bagitahu, ada dress code nanti. Dress all black." Ujur Ellen
"Okay." Sepatah aja menjawab.
Lantas Sofia bangun untuk membeli sepotong lagi kek walaupun dia sudah makan dua potong kek sebentar tadi. Masalah di tempat kerja membuatkan dia tertekan, hanya manisan boleh mengurangkan tekanannya itu.
°°°°°°°°°
Telah kecoh dipejabatnya gambar Sofia yang berada di sebuah kelab malam sampai Sofia dipanggil oleh bos mengenai perkara itu. Mula lah pekerja yang bermulut tempayan mengutuk tentangnya, pantang sahaja dapat peluang. Tak lengkap hidup agaknya kalau tak mengutuk orang sehari.
Macam sekolah lah nak kena panggil-panggil jumpa bos. Dah besar kut, suka hati aku lah habis kerja aku nak pergi mana pun. Bukannya aku bermabuk dekat pejabatpun. Omel Sofia dalam hati. Dihentak kakinya sedikit kuat sambil berjalan menuju ke bilik bosnya.
Sampai sahaja di depan pintu bilik bos, dia berdiri tegak. Sofia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus perlahan, menenangkan sedikit hati yang gelisah dengan apa yang bakal ditanya oleh bos mereka.
Tangan diangkat dan mengetuk beberapa kali pintu bilik itu. Tidak lama kemudian kedengaran suara memanggilnya masuk, terus dipulas tombol pintu dan melangkah masuk.
Pintu bilik ditutup perlahan. Sofia berdehem beberapa kali, terasa tekak sedikit kesat pula.
"Err Encik Danny, ada apa panggil saya?" Soal Sofia seakan tidak tahu, padahal tahu! Bosnya itu duduk dikerusi membelakanginya. Encik Danny, merupakan bos baru mereka. Tak ada lah baru sangat pun, ada lah setahun. Menggantikan bos lama iaitu ayahnya, encik Ridwan.
Danny juga mempunyai perasaan terhadapnya. Sudah diluahnya beberapa bulan selepas dia menjadi bos di syarikat itu tetapi di tolak. Walaupun sudah di tolak beberapa kali tetapi Danny tidak pernah berputus asa untuk mencari peluang untuk meluangkan masa atau berborak dengannya.
Danny berpusing setelah mendengar suara Sofia.
"Apa ni Sofia? You pergi kelab ke?" Soal Danny, suaranya tegas dengan berwajah serius.
"Ha? Eh urmm." tergagap Sofia nak menjawab walaupun sudah diagak itu soalan yang akan ditanya.
"Jawab Sofia! I tanya you ni!" Mula bangun dari duduknya dan menuju ke arah Sofia yang sedang berdiri kaku memandang lantai ditengah biliknya itu.
"En... Encik Danny. Sa... Saya... tu... aa...pa." Habis tunggang langgang ayat sofia apabila Danny sudah berdiri di depannya.
"Apa yang you cuba nak cakap, Sofi?" Danny sudah senyum mengusik. Tidak dilihat Sofia kerana masih tunduk memandang lantai. Dia tidak kisah sebenarnya tentang gambar Sofia di sebuah kelab kerana sebelum itu dia sudah pernah melihat wanita itu di situ.
"Tak, I nak cakap..... yang sebenarnya..." Sofia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannnya. Eh jap tapi kenapa aku nak takut pulak, bukannya Danny ni teman lelaki aku pun. Bukannya aku kantoi curang ke apa kan?
Danny akhirnya ketawa, agak kuat. Sofia yang agak blur terkejut sedikit dengan ketawa Danny. Tadi macam marah je, ini tiba-tiba gelak. Kuat pula tu.
"Kelakar lah muka you, Sofi. Kenapa you cuak semacam?"
"Err Encik Danny tak marah ke?" Soal Sofie
"Kenapa pula saya nak marah? Lagi pun saya pernah nampak awak dekat kelab sebelum ni lagi." Kata Danny bersahaja sambil berlalu pergi ke sofa tengah biliknya itu.
"Ouhhhh" Sofia terdiam seketika sehingga dia baru dapat proses apa yang baru sahaja Danny kata kan
"Apa?! Encik Danny pernah nampak saya dekat kelab? Bila?!" Terkuat pula suaranya akibat terkejut.
Danny sekali lagi ketawa melihat reaksi Sofia. Sebab ni lah dia boleh suka Sofia, orangnya agak lurus tapi matang, cantik pula tu.
"Lama dah. I nampak you pun secara tak sengaja. Lepas ni you kena ajak I kalau pergi kelab lagi. I pun nak bersuka ria juga." Danny mengenyit matanya kepada Sofia. Teringat dirinya pertama kali melihat Sofia di kelab malam, sakin wanita itu berjoget di lantai menari. Agak terkejut juga kerana disangkakan Sofia sejenis 'budak baik' yang hanya duduk dirumah waktu malam,rupanya agak liar juga. Tapi dia tidak kisah, masing-masing ada kehidupan sendiri.
**********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomanceDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...