BAB 2

128 1 0
                                    

Kebisingan M&N Bar itu membuatkan Ellen perlu menjerit ketika ingin bercakap dengan seseorang.

Sofia hanya duduk di sebuah sofa sambil meneguk air coke. Walaupun dia selalu pergi ke kelab atau bar, dia tidak akan meneguk air arak. Datang hanya untuk bersuka ria sahaja bukan untuk bermabuk. Itu prinsip Sofia, tidak sama dengan Ellen. Ellen sudah biasa minum air kencing syaitan itu.

Sedang Sofia memerhati manusia lain yang sedang seronok menari di ruang dansa itu tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang yang tidak disukainya.

"Hi, pretty." Khairi, tinggi dan mempunyai badan agak sasa. Kulit sawa matang, muka bersih dari sebarang misai dan jambang.

Sofia membuat tidak dengar teguran Khairi. Malas nak layan.

Khairi duduk disebelah Sofia, sangat rapat seolah kerusi itu kecil padahal kurusi berbentuk 'U' itu muat hampir enam orang.

"Sorang je ke sayang?" Khairi tidak putus asa untuk mendengar suara Sofia. Perempuan pertama yang tidak mempedulikan dirinya. Itu yang membuat dia lagi ingin memiliki wanita itu.

Sayang? Geli bulu telinga Sofia mendengar nama panggil tidak rasmi itu dari mulut Khairi.

"Eh takde lah, berlima ni. Tak nampak ke?" Jawab Sofia memerli sambil menjeling ke atas tanda menyampah.

Khairi yang mendengar jawapan Sofia itu tergelak kecik.

"Ada suara rupanya sayang I ni. Ingatkan ada emas dalam mulut tu, sayang betul nak buka." Khairi mencuit sedikit bibir Sofia.

Sofia menepis tangan Khairi.

"Kau jangan nak ganggu aku boleh tak? Semak betul." Sofia mendengus marah. Mana pulak Ellen ni. Lama pula pergi jumpa orang.

Sofia bangun ingin pergi mencari Ellen tetapi tangannya ditarik oleh Khairi dan menyebabkan dia terduduk kembali

"Nak pergi mana? I tahu you join birthday party Juan kan? Lambat lagi nak mula tu, you lepak lah dengan I dulu." Khairi masih tidak melepaskan tangan Sofia. Keras betul hati perempuan ni.

"Siapa nak lepak dengan kau?" Sofia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Khairi tapi tidak berjaya.

Tiba-tiba Ellen muncul entah dari mana bersama beberapa orang lain menegur mereka.

"Eh Khai. You buat apa dekat sini? Join juga ke birthday party Juan?" Ellen mengambil tempat duduk disebelah kanan Sofia. Ellen melambai kawan-kawannya tadi apabila kawannya meminta untuk beredar.

Khairi merupakan kawan kepada Juan. Pada tiga bulan lepas, Khairi berjumpa dengan Sofia dia salah satu kelab malam yang sering dikunjungi oleh Sofia. Di saat itu lah Khairi cuba menarik perhatian Sofia tapi malangnya tidak dilayan. Pandang dia pun tidak, nak berborak? Kiamat sampai dulu lah jawabnya.

"A ah, Ellen. How are you?" Khairi sekadar bertegur ramah. Tangannya masih kemas memegang pergelangan tanya Sofia.

"I'm good. Eh, I belanja you minum, order lah anything while tunggu party Juan tu." Ellen mengangkat tangan memanggil pelayan yang berdekatan

"Thanks Ellen. By the way, kawan you ni cantik sangat lah hari ni." Khairi memandang Sofia sambil tersenyum.

Ellen hanya ketawa.

"Pernah ke kawan I ni tak cantik?" Ujur Ellen menyambut gurauan Khairi tetapi memang Sofia cantik pun. Tidak boleh dinafikan.

Tak guna punya kawan, nak kenakan aku juga.

"Eh hari-hari cantik tapi hari ni extra cantik." Khairi gelak.

Hari ni Sofia mengenakan dress hitam paras peha dan kiri kanan terbelah sedikit. Bajunya tidak berlengan dan leher berbentuk V yang menunjukkan lurah buah dadanya.

Pelayan yang tadi di panggil oleh Ellen tiba dimeja.

"Bagi I wine dua and one coke." pesan Ellen dan pelayan itu beredar

"You minum coke je ke? Tekak you masih suci?" tanya Khairi kepada Sofia tapi macam biasa, mulut itu ditutup rapat.

"Tak berapa suci. Dulu Sofia pernah cuba minum baru berapa teguk, member dah out. Kalau dia minum ni, mampus entah siapa bawa dia balik. Nanti aku pula yang tak boleh nak minum-minum sebab nak kena jaga dia." seloroh Ellen membuka rahsia Sofia.

"Apasal kau bagitahu dia!" Sofia memukul lengan Ellen.

"Ohh. Patutlah tak minum. Tapi kalau dengan I boleh lah minum, nanti I jaga you okay sayang?" Khairi memandang Sofia dengan penuh minat. Pergelangan tangan Sofia sudah pun dia lepaskan.

"Kalau dengan kau lagi aku taknak minum, entah apa kau buat dekat aku nanti. Kau bukan betul pun." Sofia mencebik. Tak reti penat ke mamat ni? Kalau orang dah tak layan tu berambus je lah. Menyampah sangat, perangai menjengkelkan. Mata tu kalau boleh nak tenung badannya sampai tembus nampak organ dalam.




**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now