BAB 17

125 0 0
                                    

Apabila berada di ruang tamu, tangannya di capai oleh Ellen. Cepat dia menepis dan pandangan tajam diberikan kepada Ellen.

"Sofi, aku minta maaf. Sumpah aku tak tahu..."

"Tak tahu?" Tidak sempat Ellen menghabiskan ayatnya Sofia sudah memotong. Nak tergelak Sofia mendengar perkataan itu.

"Tak tahu kepala otak kau! Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni, Ellen! Kita berkawan dari sekolah menengah dan ini yang kau buat dekat aku?" sambung Sofia, sebak didada semakin menjerut saluran pernafasan. Air mata ditahan dari mengalir.

"Apa salah aku dekat kau, ha?" Bahu Ellen ditolak menggunakan jari telunjuknya. Membuat Ellen menapak selangkah kebelakang.

Ellen hanya diam membatu.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, sampai kau buat aku macam ni?" Sekali lagi bahu Ellen ditolak dengan jari telunjuk.

Dibiarkan sahaja Sofia menolak badannya.

"Selama ni aku layan kau baik. Aku anggap kau dah macam keluarga aku! Tapi ni kau buat dekat aku?" bergema suara kuat Sofia memenuhi rumah itu.

Air mata Ellen menitis, kepala sudah menunduk pandang lantai. Rasa bersalah dekat kawan sendiri. Memang dia bantu Khairi tapi bukan dia yang membuat laporan kepada pihak JAIS. Dan dia tidak sangka Khairi sanggup memukul kawannya itu. Khairi berjanji dengannya tidak akan mencederakan Sofia.

Sofia tersenyum sinis melihat air mata Ellen, kelihatan seperti lakonan sahaja air mata itu. Betul ke menangis? Kini dia mula curiga dengan segala kebaikkan yang Ellen pernah buat.

Sedih dan sakit hatinya apabila kawan baiknya itu sanggup rosakkan kehidupannya. Apa salah aku, Ellen?!

"Kau tengok muka aku ni, betina." Sofia memegang muka Ellen supaya melihat mukanya.

"Ini apa yang aku dapat hasil dari rancangan kau dengan lelaki bangsat tu!" Sofia menunding jari pada wajahnya.

"Puas tak hati kau hancurkan hidup aku? PUAS TAK?!!!!" Marahnya sudah seperti gunung berapi yang meletup. Siapa je tidak akan marah dalam situasi seperti ini.

Ellen menggeleng kepalanya sambil tersedu-sedu menangis. Tidak mampu berbicara dan tidak sanggup melihat wajah Sofia yang lebam dan luka itu.

Kedua mereka diam hampir seminit. Hanya bunyi tangisan Ellen kedengaran. Tangan yang memegang muka Ellen dilepas kasar.

Sofia memandang Ellen yang sedang tunduk memandang lantai.

Ya, tiada air mata yang mengalir diwajah Sofia. Terlampau kecewa dan sakit hati sehingga tiada air mata untuk kawannya itu.

"Mulai hari ini, kita bukan kawan. Aku taknak tengok muka kau dan kau jangan berani tunjuk muka kau depan aku. Kalau kau nampak aku dekat luar, aku nak kau menyorok macam tikus. Berambus dari hidup aku." Kata Sofia mendatar, hatinya sakit teramat. Terus badan pusing membelakangi bekas kawan baiknya itu dan menarik beg bagasi keluar dari rumah itu.

Ellen terduduk menangis di lantai. Tidak mampu dia menahan kawan baiknya itu dari pergi. Tubuh badan kawannya itu hanya diperhati sehingga hilang dari pandangan. Rasa bersalah menyelimuti hatinya. Hatinya terasa ngilu dan sakit bagai ditusuk pisau berkali-kali.

'Apa aku dah buat ni?' bisik hati Ellen menyesal setuju dengan idea busuk Khairi.

Tapi kini hendak menyesal pun tiada guna, menangis air mata berdarah sekalipun tidak dapat menyelamatkan hubungan persahabatan mereka yang telah dibina selama lebih 10 tahun.


**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now