BAB 6

143 1 0
                                    

Setibanya di sebuah pusat membeli belah, Khairi terus mengorak langkah ke H&M. Sofia hanya membontoti langkah Khairi.

Khairi mula pergi ke bahagian perempuan. Satu per satu pakaian di ambil. Selesai pilih, dia memberi semua pakaian itu kepada Sofia tanpa bicara. Kepalanya menunjuk ke arah fitting room.

Sofia hanya akur. Pakaian yang diberi oleh Khairi, dicuba satu persatu. Hampir 10 helai dia mencuba dan akhirnya dia keluar.

"Semua okay." Apabila Khairi memberi riak wajah tanya.

Semua pakaian tadi diambil semula oleh Khairi dari tangan Sofia dan dibawa ke kaunter pembayaran.

Sofia berpeluk tubuh dan keluar dari kedai itu. Ingin tunggu di luar sahaja. Sedang dia menunggu, dia di sapa oleh seseorang.

"Sofi?" Tegur Danny dari belakang. Sofia menoleh ke arah suara tersebut.

"Encik Danny?" Sofia tanya separa terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"You buat apa dekat sini?/Encik Danny buat apa dekat sini?" Serentak mereka berdua bertanya.

Mereka ketawa mendengar soalan satu sama lain.

"I jalan-jalan./I keluar dengan kawan." Sekali lagi mereka serentak bercakap. Mereka ketawa lagi.

"Nampaknya kita makin serasi. Mana kawan you ?" Usik Danny. Dilihat tiada susuk tubuh orang lain selain Ellen.

"Err, dekat dalam tengah bayar barang." Ucap Sofia. Sedikit janggal kerana dia menipu. Kawan apanya, suami!

Danny menggangguk dengar jawapan Sofia

"You dah lunch ke? Jom lah lunch sekali." Pelawa Danny. Tidak sempat Sofia ingin menjawab, Khairi telah menegurnya dulu.

"Siapa ni Sofia?" Soal Khairi. Dirangkul bahu Sofia dari tepi.

"Err. Ini bos tempat kerja aku, encik Danny. Encik Danny, ini Khairi.... errr kawan saya." Sofia memperkenalkan mereka.

Danny dan Khairi berjabat tangan.

"Jom, kita nak kena beli barang dapur." Khairi menarik lengan Sofia untuk beransur pergi.

"Sofi! Ada masa kita lunch sekali ye?!" Danny separa menjerit, di lihat Sofia mengangguk dari jauh dan berlalu pergi.

Khairi terus melangkah ke arah pasaraya pula. Trolley di ambil, pelbagai jenis makanan dan bahan mentah di ambil lalu dimasukkan kedalam trolley.

Seperti biasa Sofia hanya mengikuti Khairi tanpa sepatah kata. Usai membayar semua barang mereka terus menuju ke kereta.

Enjin kereta dihidupkan dan meninggalkan kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah itu. Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah makan disebuah kedai makananan barat.

Buku menu ditutup selepas Khairi membuat pesanan kepada pelayan.

Setengah jam menunggu akhirnya makanan telah dihidang. Mereka menjamah makanan tersebut tanpa sebarang kata. Masing-masing diam membisu. Hanya bunyi gesekkan antara pisau, garfu dan pinggan sahaja kedengaran.

Selesai makan, mereka terus masuk ke dalam kereta. Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Sofia membuang pandangan ke luar tingkap. Memerhati pokok, kereta dan segala yang ada diluar.

"Siapa lelaki tadi?" keras sahaja kedengaran soalan itu dari mulut Khairi.

"Ha?" Sofia terkejut. Bukan dengan soalan tapi dengan suara yang tiba-tiba keluar. Kemain tadi mulut tu terkunci.

"Jangan buat I ulang soalan I, Sofia."

"Err tadikan aku dah kenalkan dekat kau. Tu bos tempat kerja aku."

"You rapat ke dengan dia?" Soal Khairi, kalau didengari oleh orang lain mungkin kedengaran seperti cemburu. Heh. Cemburu? Dah kenapa Khairi nak cemburu.

"Kau kenapa nak ambil tahu? Aku rapat dengan bos aku ke atau dengan sesiapa pun bukan urusan kau." Sofia memeluk tubuh.

"I ni suami you. I berhak tahu." Khairi cuba menggunakan kuasa veto sebagai suami.

"Kau yang cakap pagi tadi kita buat urusan masing-masing kan walaupun kita dah kahwin. Aku tak kacau hal kau, kau tak perlu nak kacau hal aku." Kebetulan mereka sudah sampai di tempat letak kereta kondo Khairi.

Khairi keluar dari kereta dan terus menuju ke arah pintu Sofia. Pintu ditarik buka dan Khairi terus menyambar tangan Sofia keluar dari kereta.

Khairi mengheret Sofia mengikutinya. Sudah tidak dipeduli barang dapur yang dibelinya tadi.


**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now