Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Sofia melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap gelita. Tekaannya Khairi tiada dirumah. Bagus! Lebih baik tak ada.
Sofia terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri.
Baju t-shirt besar di sarung. Seluar dalam seakan boxer dikenakan. Terus dia melabuhkan badan ke atas tilam. Malam itu dia tidur dengan tenang. Tiada cik suami gila.
Esok paginya di bangun pukul 9 pagi, mata yang masih mengantuk dipaksa buka. Teringat hari ini dia perlu keluar membeli katil dan perabot untuk bilik tidurnya dengan Khairi.
Sofia bangun terus bersiap. Usai bersiap dia menunggu Khairi yang masih tidak pulang diruang tamu.
Tunggu punya tunggu, sudah 2 jam berlalu. Telefon pintar di ambil, nombor telefon Khairi di tekan.
"Hello. Kau dekat mana?" sergah Sofia. Sakit hati menunggu lama cik suami gila.
"Apa benda kau ni pagi-pagi memekak" terdengar suara yang baru bangun tidur itu. Tidur dekat mana lah dia ni? Ahh lantak lah, tidur lah dekat jambatan pun aku peduli apa.
"Kau kata nak pergi beli perabot untuk bilik aku hari ni."
"Ohh" Itu sahaja respon Khairi kemudian diam.
Ohh? Tu je?
"Kau pergi sendiri je lah. Aku sibuk." usai kata terus panggilan dimatikan. Tidak sempat Sofia berkata apa-apa.
Sibuk lah sangat! Suara pun macam baru bangun tidur.
Skrin gelap dipandang sepi. Sofia sebenarnya tidak pandai memilih barang perabot. Risau dia ditipu sahaja dengan penjual nanti.
Sofia mengeluh. Tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Nama Danny tertera. Deringan ke-tiga baru lah dia mengangkat
"Hello Sofi."
"Ye saya, ada apa telefon saya bos?" Waktu kerja ni, ada benda kerja yang perlu disiapkan hari ni ke?
"You cuti ke hari ni?" tanya Danny disebelah sana
"Ha ah. Kenapa encik Danny? Ada kerja perlu siap hari ni ke?"
"Eh bukan, I nak ajak you lunch kalau you free."
"Ermm saya nak keluar ni sebenarnya."
"Nak keluar pergi mana? I boleh teman you."
"Eh, encik Danny tak kerja ke hari ni?"
"Hari ni I half day je, tadi I baru habis mesyuarat." tipu Danny, sebenarnya lepas je dia tahu Sofia tidak masuk kerja terus panas punggungnya.
Selepas dia tahu Sofia sudah menjadi isteri orang, rindunya kepada wanita itu tidak boleh dibendung lagi. Mungkin cemburubada lelaki lain yang dapat melihat wanita itu setiap masa.
Sofia berkira-kira sama ada ingin meminta tolong Danny atau tidak.
"Encik Danny tahu pilih perabot tak?"
"Pilih perabot? Tahu lah juga. You nak beli perabot ke?"
"Ha ah. Boleh ke saya nak minta tolong encik Danny teman saya beli perabot. Tak lama pun, dalam sejam je." ujur Sofia. Tidak mahu mengambil masa lama bosnya itu.
"Boleh, you nak beli dekat mana?" Boleh sangat-sangat! Bersorak gembira Danny di dalam hati.
"Saya pun tak tahu, saya tak pernah beli perabot. Jadi tak tau dekat mana yang bagus." Sofia berkata jujur. Dia tidak mempunyai rumah sendiri, sebelum ni dia tinggal dirumah sewa yang sudah lengkap dengan perabot.
"Kita pergi Ikea. Banyak pilihan." Cadang Danny kepada Sofia.
Sofia hanya bersetuju. Yang penting hari ini juga kena beli. Mungkin hari ni Khairi akan pulang, dia tidak mahu tidur sekatil dengan lelaki itu.
Panggilan dimatikan selepas mereka membuat keputusan untuk berjumpa pukul 1 petang.
***********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cintai
RomansaDIA YANG AKU CINTAI Perkahwinan yang tidak dirancang akhirnya terjadi. Macam mana nak rancang kalau kena tangkap basah! Sofia dan Khairi, meskipun berstatus suami isteri tetapi Khairi memutuskan mereka akan jalani kehidupan seperti waktu bujang. Leb...