BAB 19

114 0 0
                                    

"Sofi, apa yang jadi dekat you ni? Macam mana boleh sampai macam ni muka you?" Ingin sahaja dia mengusap pipi yang sudah bengkak itu.

Sofia melepaskan keluhan. Berat hatinya untuk membuka aib itu tetapi dia tidak mampu hendak simpan sendiri apa yang telah terjadi. Masih dikira aib ke kalau dah angkat tangan keatasnya?

"Suami saya pukul......semalam." perlahan sahaja suara Sofia tapi masih dapat didengari oleh Danny.

"Apa? Kenapa dia pukul you?" Hampir menjerit Danny mendengar. Suami apa pukul isteri? Dayus ke?

"Sebab dia ingat saya dengan awak....." Sofia diam, tidak sanggup ingin menyambung kerana mereka tidak melakukan perkara itu dan dia bukannya perempuan murah. Danny pun bukannya jahat sampai nak bersetubuh dengan isteri orang.

Danny sabar menanti, dia tidak mahu mendesak wanita itu.

"Dia ingat kita berdua berzina." sambung Sofia

"Astaghfirullahazim." Mengucap panjang Danny mendengar.

Apa kejadah berzinanya. Walaupun dia mencintai wanita itu tapi tidak pernah terlintas ingin memiliki Sofia dengan cara sebegitu keji. Dia masih ingat Tuhan!

"You ada jelaskan tak?" Lembut sahaja Danny bertanya membuatkan hati Sofia sedikit tenang.

Sofia hanya menunduk kepala sambil bermain dengan jari jemari. Kepala diangguk tanda disudah jelaskan.

"Tapi dia tak percaya?" tanya Danny lagi

Sekali lagi Sofia mengangguk. Danny melepaskan keluhan. Ingin sahaja dia pergi ke rumah lelaki itu kemudian ajar cukup-cukup.

Jadi lelaki harus melindungi wanita bukannya mencederakan wanita. Kudrat yang lebih kuat itu sepatutnya digunakan dengan betul. Jari dikepal menjadi penumbuk, menahan amarah.

Sayu hatinya melihat keadaan Sofia. Andai sahaja dia biasa mengambil duka dan kesakitan yang sedang dirasai oleh wanita itu, sudah dia ambil. Tidak sanggup dia melihat wajah manis itu penuh luka.

"You tak nak report polis?" Tanya Danny

Sofia menggeleng.

Dia faham dengan keputusan Sofia. Sofia pasti memerlukan masa, apa yang terjadi pasti meninggalkan trauma.

"You nak pergi mana ni dengan beg bagasi you?"

"Tak tahu. Saya tak ada hala tuju." Ucap Sofia.

"You dari mana?" setahunya kawasan yang dia pergi untuk mengambil Sofia tadi sangat jauh dari rumah yang dia pergi semalam. Mustahil Sofia jalan kaki sampai ke situ.

"Dari rumah kawan saya." Jawab Sofia.

"Kalau you tak ada tempat tidur, you boleh tinggal dekat rumah I sementara."

Sofia terus mengangkat kepala dan memberi pandangan ketakutan.

"Jangan risau, I takkan duduk rumah tu. I duduk tempat lain. Dekat situ ada sekuriti jaga and private house jadi takkan ada sesiapa boleh masuk sesuka hati. I boleh jamin keselamatan you." Ucap Danny cuba meyakinkan Sofia. Dia ikhlas ingin menolong. Lagi pun dia mempunyai rumah lain, jadi tidak menjadi masalah untuknya.



**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now