BAB 13

135 0 0
                                    

Sedang Khairi membuka kasut di depan pintu, terdengar pula apa yang dibicara oleh lelaki yang dia terserempak semalam tengah hari.

"I balik dulu, Sofi. Nanti kita jumpa lagi." Suara yang seperti menaruh harapan untuk perjumpaan seterusnya.

Sofi? Jumpa lagi? Makin sakit hati pula mendengar perkataan itu. Setahunya hanya orang rapat dengan Sofia sahaja menggunakan panggilan itu. Apa hubungan mereka? Kenapa hati ni terasa macam kena robek?

"Sofia! Buat apa lagi dekat depan pintu tu? MASUK!" Tidak boleh lagi dia ingin mendiamkan diri. Sakit hati yang tidak tahu apa puncanya. Bukannya dia mencintai Sofia, dia cuma meminati Sofia kerana kecantikannya.

Sayup-sayup kedengaran Sofia memesan sesuatu kepada lelaki itu tapi yang paling jelas didengari 'Hati-hati balik'.

Tangan di kepal menjadi penumbuk. Khairi bukan seorang yang baran tetapi entah kenapa saat itu hatinya terasa amat sakit, bagai ditikam dengan pisau.

Sofia yang sudah masuk, baru saya dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik langkahnya terhenti dengan kata-kata cik suami.

"Puas berzina dengan jantan tu waktu I tak ada dekat rumah?"

Sofia menoleh kepalanya ke arah Khairi yang sedang duduk di sofa ruang tamu dengan muka bengis.

"Mulut tu jaga sikit boleh? Danny tu tolong aku pasang perabot je. Bukan macam orang tu janji nak pergi bersama tiba-tiba lepas tangan pula." Perli Sofia sengaja ingin menyakiti hati Khairi. Macam lah sakit, hati dia kan keras macam konkrit.

"Tolong apa sampai malam ni? You jangan nak tipu I Sofia." Sakit juga hatinya apabila diperli. Khairi sudah bangun dari sofa.

"Tipu apa pula? Kau ingat aku ni murah sangat ke? Aku masih ada maruah lah walaupun kau dah rosakkan sebelum ni." Lantang Sofia berkata. Panas hati. Penghawa dingin pun dah tak rasa tika itu.

"Habis tu kenapa sampai nak bawa jantan tu masuk rumah?" Suara Khairi semakin kuat. Pelbagai benda terlayar di otaknya. Sofia melayani lelaki itu dengan baik sedangkan apabila dengannya tidak pernah.

"Lelaki yang kau panggil jantan tu ada nama. Nama dia Danny. Dan aku dah cakap tadi, dia cuma tolong. aku. pasang. perabot!" Sepatah-patah Sofia menyebut. Pekak ke apa mamat ni?

"Ohhh dia teman lelaki kau ke sampai tak bagi aku panggil dia jantan?" Khairi menapak menghampiri Sofia. Dadanya berombak menahan marah. Hilang sudah panggilan 'I' 'you'.

"Apa masalah kau ni? Boleh tak jangan nak buat andaian sendiri?" Berkerut dahi Sofia mendengar tuduhan Khairi. Danny tu dianggap seperti Ellen, kawannya sahaja.

"Buat andaian apanya, siap panggil kau Sofi lagi. Setahu aku panggilan tu untuk orang yang rapat dengan kau je." Kini kedudukan mereka sudah menghadap antara satu sama lain, jarak hanya beberapa inch sahaja. Boleh rasa bahang marah kedua mereka.

"Suka hati lah dia nak panggil aku apa pun. Tak, yang kau nak sibuk hal aku ni kenapa? Bukan semalam kau kata kita teruskan je hidup kita macam biasa walaupun dah kahwin? Kenapa kau nak ambil tahu pula apa aku buat. Sudah lah, aku penat." Sofia ingin berlalu masuk ke biliknya tetapi tangannya ditarik, belakang badannya terhempas pada dinding akibat ditolak oleh Khairi.

"I'm not done with you yet, Sofia. Penat apa? Penat melayan nafsu jantan tu?!" Herdik Khairi

Terakat sedikit bahu Sofia kerana terkejut dengan suara lantang Khairi. Tangan direntap lepas dan sebuah penampar hinggap di pipi Khairi.

Air mata mengalir di pipi. Rasa hina. Ya, itu yang dia rasa dari semalam lagi. Sudahlah maruah tercalar, dipaksa kahwin, sekarang dihina pula. Oleh suami sendiri pula tu!

"Watch your mouth Khairi! Aku bukan macam kau. Aku tak semurah itu. Sudah ada isteri masih lagi keluar dengan perempuan lain dari rumah entah siapa. Berpelukan, bercium macam tak ada rasa malu sedangkan sudah beristeri!" Teringat dia melihat Khairi keluar dari bangunan kondo bersama seorang perempuan. Perempuan itu peluk dan cium. Jijik!


**********

Dia Yang Aku CintaiWhere stories live. Discover now