"She is such a bitches."
"Dah lah hodoh. Berlagak pula itu. Dia fikir dia siapa?"
"Ew, benci gila aku tengok muka dia."
Bisikan-bisikan yang tajam menyapa pendengaran aku abaikan. Earphone aku sumbat dalam telinga. Sebuah buku nota aku buka, seraya itu dendangan lagu bergema. Sesekali tangan mengetuk meja kecil mengikut rentak lagu.
Pap!
"Hey, bitches. You're such a fucking bitch. Kau ingat aku tak tahu kau yang report madam pasal kes semalam?" Balas wanita berambut blonde itu. Matanya tajam merenungku. Aku tayang wajah tenang.
Biarpun lagu masih bergema di telinga, namun aku tetap dapat mendengar kata-kata kesat perempuan berambut blonde itu.
Aku tidak membalas. Sebaliknya, tumpuanku tertancap pada buku semula. Tidak semena-mena, perempuan berambut blonde itu menarik earphone aku lalu dicampak entah ke mana.
"Aku cakap dengan kau, bitch!" Meja aku dihentak kuat.
"Kalau aku yang report, kau nak buat apa? " tenang aku membalas.
Bengis wajah wanita berambut blonde itu memandangku.
Wanita berambut blonde a.k.a Tengku Qaisara.
Rambutku ditarik kasar. Aku balas dengan menarik rambutnya pula! Berlaku adagen tarik-menarik sehinggalah jeritan madam menghentikan perbuatan kami.
"Tengku Qaisara, Sara Exora met me in my office. Now!" Arah madam Lisa. Tegas. Pelajar-pelajar di dalam kelas yang sedari tadi membakar kami seakan kalut mendengar laungan madam itu. Gerun. Ya lah, siapa je tak kenal dengan guru bahasa inggeris yang paling garang di sekolah ini.
Mataku melirik ke arah Tengku qaisara sebelum jelingan tajam diberikan. Tengku qaisara juga tidak mahu kalah. Sempat dia menjelirkan lidah ke arahku sebelum berjalan membontoti madam Lisa.
Here you go, again!
"So mind to share with me, what happened between you?" Soal madam Lisa tajam. Kami pula masing-masing hanya mengunci mulut. Mata menekur memandang lantai.
Madam Lisa memandang kami silih berganti.
" Bisu dah ke? Tadi bukan main terpekik terlolong dalam kelas?" Sindir madam Lisa apabila tiada balasan daripada kami.
"Dia mula dulu madam, I cuma minta tolong je tapi dia yang cari pasal dulu." Tuduh Tengku qaisara. Automatik hatiku berubah panas. Menggelegak. Fuh!
Minah ni kalau bab menfitnah orang memang no 1!
"Hello? Sukati kau je nak tuduh-tuduh orang. Dia yang tarik tudung saya dulu madam." Balasku tidak puas hati.
"Excuse me? Kau yang cari pasal!" Balas Tengku Qaisara tidak mahu kalah.
Aku ketawa sinis. Wah, makin berasap telingo den dengonye!
Namun, belum pun sempat aku membalas hentakan meja madam Lisa menghentikan perbalahan kami.
"End of this fight. Salah ke tak saya nak kamu berdua cuci tandas sebagai denda. Jangan masuk kelas selagi tak habis cuci!"
Terpacul dengusan kasar dari bibir Tengku Qaisara.
"What? Madam, kalau kuku I patah macam mana? Penat I buat kat saloon semalam." Rengeknya. Aku menaikkan bebola mata. Over! Cuci tandas je pun!
" This is an order Qaisara. I don't want to hear any excuse. Now!"
Mendengarkan suara tegas terus kami cepat-cepat berlalu untuk cuci tandas.
"Hey perempuan," Panggilan Tengku Qaisara aku abaikan.
Aku meneruskan pekerjaan tanpa menghiraukan ayat kesat yang keluar dari bibirnya. Fokusku hanya pada lantai yang sedang di mop.
Tidak sampai lima saat, tiba-tiba terasa hujung rambutku ditarik. Pandanganku terus naik ke wajah Tengku Qaisara yang sedang tersenyum sinis itu.
"Pekak ke?! Aku cakap dengan kau!" Bahuku ditolak kasar. Lantai yang licin menyebabkan aku hilang imbangan dan terus jatuh tersembam.
Tengku Qaisara ketawa kuat. "Ops. Sakit ke? Sorry, sengaja." Ejeknya.
Aku pejam mata rapat. Dadaku turun naik menahan sabar. Kau betul-betul nak main kasar dengan aku ya.
Baldi yang digunakan untuk basuh mop itu aku angkat lalu.....
Splash!
Tawaan Tengku Qaisara mati. Matanya memandang tubuhnya sendiri yang sudah basah kuyup itu.
"What the hell!" Jerit Tengku Qaisara lantang. Badannya menggelupur seperti cacing kepanasan kerana jijik dengan diri sendiri.
"Ops! Sorry, sengaja." Ejekku dengan ayat yang sama.
Wajah Tengku Qaisara berubah merah. "Mommy!!! You tunggu I saman you! I will make sure you akan merana seumur hidup you!!" Ugutnya.
Aku hanya mencebik.
"Did I care?"Balasku selamba.
Mop yang sudah terjatuh tadi aku sambar lalu meneruskan kerja yang tergendala.
"You tunggu, bitch!!!!" Pekikkannya aku endahkan. Eloklah aku sambung buat kerja. Lagi cepat siap lagi bagus. Tak payah nak hadap minah meroyan ni lama-lama.