BAB 3

18 0 0
                                    

Pagi itu, aku keluar 5  minit awal daripada kebiasaan. Selalunya aku akan bangun jam 6, bersiap, membuat sarapan untuk keluarga tiriku dan keluar rumah jam 7 memandangkan waktu sekolah dibenarkan masuk pukul 8 pagi. Aku selalu bangun dan keluar awal supaya tidak terserempak dengan ibu dan adik tiriku. Jika tidak, pasti ada saja yang tidak kena pada mata mereka.

Aku hanya berjalan kaki ke sekolah kerana jarak antara rumah aku dan sekolah hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk tiba ke sana. Sedang aku berjalan, otak terdetik sesuatu. Senyumanku melebar. Kaki bergerak ke 7-Eleven untuk membeli sesuatu.

Jumpa yang dicari, senyuman aku semakin melebar sehingga menampakkan lesung pipitku.

Roti coklat!

Aku ini memang hantu coklat. Apa-apa yang ada coklat pasti akan menjadi kegemaranku. Benci untuk mengaku , tetapi satu perkara yang orang tak tahu coklat ialah kelemahanku.Selalunya sebelum ke sekolah wajib untuk aku singgah ke sini membeli roti coklat.

Tak pernah miss walau sehari!

Mata aku seakan bersinar melihat roti coklat itu. Aku berjalan pantas ke tempat roti coklat itu. Semakin hampir......

Semakin hampir.....

Dan.......

Zap! Senyumanku yang melebar mati.

Aku melihat tangan berotot yang selamba mencapai roti coklat kegemaranku itu. Dahlah itu yang terakhir! Lelaki itu memakai pakai sekolah sama sepertiku. Melihatkan dia yang seakan tidak perasan kewujudanku itu, automatik aku berdehem kuat.

Dia menoleh. Aku tergamam.

Bapak handsome.

Aku agak dia bukan orang melayu. Wajahnya yang kacuk persis mat salleh. Mata biru pekatnya membuatkan lidahku kelu tanpa kata. Bibirnya yang kemerahan dan keningnya elok terbentuk. Rambut perangnya yang beralun perlahan. MashaAllah. Indahnya ciptaan tuhan......

"Excuse me?" Jarinya dipetik dihadapan wajahku.

Aku kembali ke realiti. Matanya tepat memandang ke dalam anak mataku." Sorry, but saya dah cop roti itu dulu." Balasku.

Dia pandang roti di tangan. Automatik hujung bibirnya ternaik sedikit. Sinis. "Ada nama kau ke?" Soalnya sinis.

Aku sedikit terkejut dengan balasannya itu. Dan lebih mengejutkan dia... boleh berbahasa melayu.

Aku berdehem kecil. "Tak ada nama saya, tapi saya memang dah aim roti itu dulu," balasku menahan sabar.

"So?" Soalnya.

Telinga aku sudah berasap. Mamat ini memang sengaja cari pasal ke? Dia tak tahu ke aku pantang dicabar kalau bab coklat ini.

"So, it supposed to be mine." Balasku cuba mengawal suara.

"But this roti was in my hand. So it automatically mine." Balasnya lagi.

"Wait. Mana boleh macam itu! Saya dapat roti itu dulu!" Aku mula membentak.

Dia angkat kening." Kalau aku tak nak bagi kau nak buat apa?" Cabarnya.

Aku hilang kata. Otak ligat berfikir mencari ayat.
"Saya...." Lelaki dihadapanku ini masih menanti ayat yang bakal terpacul dari bibirku.

Aku gigit bibir.

"Saya report polis."

Dia ketawa sinis. "You might be kidding me."
Takkan sebab roti coklat nak report polis. Gila.

"Saya tak bergurau. " balasku pura-pura berani.

Tiba-tiba dia mara, kaki aku berundur setapak ke belakang.

Heart meTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang