"BARU balik?"
Terhenti langkahku yang sedang menyusun kasut di rak. Kepala mendongak melihat gerangan yang menyapa. Panahan menyinga mama tajam menikam wajahku. Bebola mataku bergerak pula melihat wajah adik tiriku yang berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis. Sukalah dia aku kena marah dengan mama macam selalu. Jari dimainkan sesama sendiri. Wajah takut-takut aku tayang. Apa lagi salah aku kali ini? Kenapa setiap hari ada saja kesalahan yang dicari oleh keluarga tiriku itu.
Dum!
Badanku sedikit terloncat apabila mama menumbuk kuat pintu kayu itu. "Aku tanya baru balik ke?!" Jerkah mama dengan wajah yang bengis. Kepala masih ditundukkan. Tidak berani memandang wajah mama.
"Sa....Sara minta maaf, mama. Sara lupa nak bagitahu mama yang Sara ada kelas tambahan harini." Balasku perlahan. Tipu. Sebenarnya Aku berkerja part time di sebuah cafe untuk mencari wang poket.
"Kelas tambahan? Tch. Kau ingat aku bodoh ke? Kelas tambahan apa sampai pukul 11 malam? " Jerkah mama kuat. Hujung ranbutku ditarik kuat masuk ke dalam rumah. Badanku diheret.
"Sa...sakit mama." Ringisku.
"Sakit? Hati aku lagi sakit! Berani kau tipu aku?! Kau dengan mak kau sama je! Dua-dua penyundal!" Kepala aku ditunjal kasar sehingga aku jatuh terduduk. Dengan kekuatan yang ada, aku mengesot menjauhi mama yang seakan hilang kawalan.
"Mama..."
Rotan kayu panjang itu diangkat singgah ke bahagian kaki aku. Aku menjerit kesakitan. Tubuhku pula menjadi mangsa libasan mama.
"Kau penipu! Kau penyundal! Aku benci Kau dengan mak kau! Aku benci keluarga penghianat macam kau! Aku benci!" Mama menjerit seakan dirasuk. Tangannya tidak benti-benti melibas aku tanpa belas kasihan.
"Ma...ma." Lengan mama cuba ditarik oleh adik tiriku. Melihat aku yang separuh lunyai itu, iera tiba-tiba gelisah.
"Mama!" Pekik iera cuba menghentikan perbuatan mama yang seperti kerasukan.
"Thats enough. Betina itu dah nak lunyai." Pujuk adik tiriku. Air mata aku dibiar merembes keluar.
Ibu. Ayah. To...tolong, Sara. Sara tak tahan.
Pandangan mata aku menjadi kabur. Imej iera yang sedang memeluk mama erat menjadi semakin tidak jelas pada pandanganku.
Semakin lama semakin gelap.
Dan akhirnya mataku tertutup rapat.
2005.
"Sayang, ara. Sini, makan." Panggil ibu lembut.
Tawa aku dan ayah automatik terhenti. Melebar senyuman ayah mendengar suara mama.
"Jom. Ara sayang. Ibu dah panggil itu. " Tanganku ditarik ayah perlahan.
"Ala ayah, ara belum puas main." Keluhkan dengan bibir tercebir.
"Later kita main lagi okay? Sekarang kita pergi dekat ibu dulu. Ara tak mahu ibu bertukar jadi hulk kan?" Pujuk ayah lembut.
"Ayah ajakla ibu main sekali." Balasku lagi.
"Okay okay. Later kita main dengan ibu sekali. Okay?"
"Pomish?" Jari kelingking aku keluarkan kepada ayah.
"Pomish sayang."
2007.
"Abang, ara! Naik cepat. Dah malam ini. Takkan masih nak berendam dalam swimming pool lagi. Abang, kalau ara demam macam mana?" Bebel ibu sambil mengambil dua helai tuala sebelum dihulur kepada aku dan ayah. Aku terkebil-kebil mendengar leteran mama. Aku ingat waktu itu aku baru berumur 5 tahun.