BAB 22

6 0 0
                                    

PRINCE Noah ketap gigi. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Tangannya dikepal membentuk penumbuk. Sara Exora, benar-benar menguji kesabarannya.

"Bro, game dah nak start." Bahunya ditepuk oleh rakannya.

Prince Noah tidak membalas. Sebaliknya, wajahnya tayang riak beku. Dia bangun menuju ke tengah gelanggang. Fikirannya terganggu. Otaknya tiada sesaat pun dia fikirkan hal lain selain Sara Exora.

Latihan bola keranjang berlangsung selama 2 jam. Namun, setiap kali dia cuba menjaringkan bola, ianya gagal. Sudah berkali-kali dia cuba untuk menjaringkan, namun bola tersasar dari jaringan.

Wisel ditiup kuat. Pelajar-pelajar yang lain turun naik mengambil nafas. Prince Noah hanya kaku tidak beperasaan.

"Kamu ada masalah ke, prince Noah?" Soal coach idzham menghampiri prince Noah. Dadanya turun naik mengatur nafas.

Kepalanya tidak digeleng mahupun diangguk. Bahunya ditepuk dua kali.

"Don't let it harm you too much. Lusa kita dah kena lawan." Pesan coach.

"It think that's all for today. Latihan kita tamat di sini." Balas coach idzham lagi. Pelajar-pelajar di situ mula bergerak keluar dari gelanggang.

Prince Noah berdecit. Damn it!

Dia juga bergerak keluar dari situ. Beg disangkut kasar ke bahu.







"Abang."

Prince Noah buat pekak.

"Abang." Panggilnya lagi.

Diam.

"Aban–"

"Apa?!" Jerkah prince Noah. Kesabarannya menipis. Sudahlah dia tengah hangin dengan girlfriendnya!

"Lusa, ayahnda ajak pergi event makan-makan kat hotel D'squreo." Balasnya.  Tidak dihiraukan wajah bengis abangnya itu.

Prince Noah hanya mengendahkan ucapannya itu.

Baru sahaja kakinya ingin menghampiri tangga, tangannya dipegang. "Ayahnda cakap, kalau kau tak datang–"

"Apa? Dia nak pukul aku?" Prince Noah berdecit sinis. Tangannya direntap kasar dari pegangan adiknya itu.

"Cakap dekat ayah kau itu, aku takkan pergi." Balasnya dingin.

"Lagi satu.." Prince Noah berpaling memandang adiknya tajam.

"Stop calling me, abang. I told you aku takkan anggap kau adik aku, Rayyan. Stop bulshitthing things. I hate it!"Jerkah prince Noah.

Prince Rayyan hanya diam melihat wajah prince noah yang sudah merah menyala itu. Prince noah bergerak naik ke bilik tanp menoleh. Langkah abangnya yang semakin menjauh itu ditatap. Dan-dan, bibirnya pula mengukir senyuman sinis.

Heh.

Matanya menangkap pula mommynya yang baru turun dari tangga. Baju mommynya itu ditelek atas bawah. Raja Zurah mengenakan dress sendat yang melekap di tubuh separas lutut. Wajahnya pula dihiasi dengan make up yang tebal.

"Mommy nak pergi mana?" Soal Prince Rayyan. Raja Zurah tersenyum bersama lenggok badan. Pipi anaknya dicium sekilas.

"Macam biasalah. Mommy ada kerja nak buat. Don't wait for mommy, okay sayang." Balas raja Zurah bersama senyuman gedik. Kakinya pula diatur melangkah ke muka pintu. Heels setinggi 5 inchi itu disarung ke kaki.

Prince Rayyan hanya memerhati gerak geri mommynya itu dengan wajah kosong. Dia ketawa sinis.

Setelah hampir berbelas tahun dia cuba untuk berbaik dengan abangnya itu. Namun, apa yang dia dapat hanya lah layanan buruk.

Alright.

I should stop being nice to people.

I mean.

I should stop pretending with people.

Now, I will became an evil.

Kau taknak anggap aku adik? Tak apa.

Aku pun taknak anggap kau abang.











Pap!

Sehelai kertas dihempas atas meja dihadapanku. Mata aku membundar memandang kertas yang diberikan oleh Farhan itu.

"Apa ini?" Soalku blur.

Farhan labuhkan punggung dihadapanku.

"Sekolah adakan camping minggu depan." Balas Farhan. Dagunya ditongkat memadangku. Mata aku bergerak membaca isi kertas tersebut.

Camping Perdana 2th July 2020- 4 th July 2020.

Obligatory to all spm candidates.

Dahi aku berkerut halus." Wajib? Bukan ke spm dah nak dekat. Kenapa tiba-tiba?" Soalku pelik.

Farhan angkat bahu. "Mungkin tak nak pelajar stress kot. Study memanjang." Jawabnya. Aku jungkit kening.

"Kalau tak pergi apa jadi?" Soalku.

Farhan angkat jari telunjuknya lalu ditunjuk pada ayat yang tertera pada kertas. Oh, aku tak baca sampai habis.

All student that not join be it intentionally or unintentionally will be given 2 red card.

Mata aku membulat? 2 red card? Banyaknya! Ini bermaksud sesiapa yang tidak mengikuti perkhemahan ini akan diberi 2 kad merah. 1 kad merah bersamaan dengan sepuluh point. Maka, jika ditambahkan, sesiapa yang tidak mengikuti perkhemahan itu akan kehilangan 20 markah. Banyak itu. Hilang 1 markah pun dah dikira banyak ini kan 20 markah.

"Sara, tengok itu. Secocok kan mereka?" Aku yang merenung kertas atas meja tersentak apabila rania memanggilku tiba-tiba. Bibirnya dijuihkan ke satu arah.

Prince Noah dan puteri Adelia.

Aku lihat Prince Noah jalan menonong meninggalkan puteri Adelia yang setia mengikutnya dari belakang. Pandanganku jatuh semula pada kertas atas meja.

Secocok. Mereka sangat sesuai.

Prince Noah hensem dan puteri Adelia cantik.

Tak macam aku yang hanyalah sebiji kentang ini.

Dan-dan, prince Noah menghentikan langkah dihadapanku. Lenganku ditarik kasar.

"Follow me." Arahnya dingin. Dia tarik lengan aku kuat. Namun, sengaja aku keraskan badan.

"Ikut aku, Exora. Ke kau nak aku dukung kau?" Ugutnya. Wajahnya beku tanpa senyuman.

"Lepaslah!" Aku meronta kuat. Prince Noah semakin menguatkan pegangannya.

Farhan bangun lalu tangan prince Noah cuba dileraikan. "Bro, dia taknak jangan paksa dia bro." Balas Farhan berani. Matanya berlaga dengan mata tajam prince Noah. Dan-dan, prince Noah tarik tubuhku kuat ke belakangnya. Namun, tidak pula dia melepaskan pegangan.

"Kau siapa?"

"Aku.." mata Farhan beralih pada wajahku yang takut-takut.

"Aku kawan baik dia." Balas farhan. Prince Noah ketawa sinis. Dia mara setapak.

"You better be. Sebab dia girlfriend aku." Balas prince Noah dingin.

Untuk beberapa saat, mata masing-masing tajam berlawan.

Aku teguk liur. Ah sudah. Ni kalau gaduh ini naya juga ni. Prince Noah itu sudahlah tak boleh dijangka.

"Noah, say...saya ikut awak." Bisiku dibelakangnya. Melihatkan tiada respon dari prince Noah, aku tarik hujung bajunya sedikit. Prince Noah masih memandang tajam Farhan.

"Noah...please." Bisikku keras.

Beberapa saat berlalu, prince Noah terus tarik tangan aku pergi dari situ. Sempat aku membuat isyarat mata dan bibir dalam diam membentuk perkataan 'sorry' pada Farhan.

Tanpa mereka sedari, raisha menyaksikan adegan tersebut. Bibirnya diketap kuat.




Tbc.

Heart meWhere stories live. Discover now