AKU duduk bersandar ke kerusi library. Kepala yang sedikit berdenyut akibat menghadap soalan kimia selama tiga jam berturut-turut aku picit perlahan. Sekolah tamat pada jam 1 petang. Selepas sahaja kelas tamat aku terus lepak ke library memandangkan hari ini aku tak perlu masuk kerja kerana sudah ada orang ganti. Prince Noah pula mempunyai training bola keranjang peringkat negeri kerana sekolah aku berjaya menjadi kuasa pada perlawanan yang lepas.
Sempat dia beli kan aku coklat dengan sticky note tertampal atas coklat itu.
Sorry, I can't accompany you to go home today. :(
Aku tersenyum membaca ayat yang tertera pada sticky note tersebut. Kalau ikutkan, dia nak aku teman dia training sehingga jam 5 petang. Namun aku tolak memandangkan spm lagi 4 bulan. Aku tarik dan hela nafas perlahan sebelum aku kembali fokus pada soalan past year depan mata.
"Sara Exora?" Satu suara lunak menyapa pendengaran.
Aku angkat kepala. Kornea mata terpaku pada puteri Adelia dihadapan.
"Can we talk for a while?" Soalnya tiba-tiba. Aku blur.
Dalam pada aku terkebil-kebil memandangnya sebelum lambat-lambat kepala diangguk.
Tanpa aba-aba, kerusi kosong dihadapanku ditarik lalu dia melabuhkan punggung di situ.
"Dah lama ke you kat sini?" Soalnya memandang sekeliling library yang tinggal beberapa orang sahaja di situ.
"Lama lah juga. Dalam tiga jam."
Dia mengangguk beberapa kali.
"Awak nak cakap tentang apa?"
Puteri Adelia senyap seketika. Matanya terpaku pada cincin di jariku. Lama.
"Puteri?" Soalku apabila dia hanya senyap tanpa bicara.
"Just call me Adel." Tungkasnya tersenyum nipis.
Aku mengangguk. "So, apa yang awak nak cakapkan?"
Macam penting je. Sampai sanggup cari aku kat library. Bukan aku tidak perasan wajahnya berubah kelat apabila dia lihat cincin di jariku. Namun Aku hanya mengendahkan. Buku ditutup lalu diletak tepi.
"About prince Noah." Balasnya lagi.
Mendengarkan nama itu terbit dari bibirnya, perasaan gusar hadir tiba-tiba. Kenapa dia tiba-tiba mention tentang prince Noah? Ada apa-apa jadi pada lelaki itu ke?
Aku diam menanti bicaranya lagi.
"You dah lama ke dengan dia?" Soalnya memandang tepat pada mataku.
Lambat-lambat aku membalas." Boleh lah. Within two months."
"I love him:" Jujurnya. "And I'm sure he has feelings for me to. Mungkin sebab dia serba salah dengan you. So he sticks with you sebab dia tak sampai hati nak cakap pada you." Sambungnya lagi.
Deg! Hati aku terasa dicengkam sesuatu. Sakit. Mendengar luahan puteri Adelia itu. Aku terkesiap. Aku terkedu. Aku terkilan. Jadi selama ini prince Noah hanya berpura-pula? Sebab itu ke dengan mudah dia meminta aku menjadi girlfriend dan menuturkan ayat cintanya selepas baru seminggu kami berjumpa?
"And I'm here to let you know about us. Lagipun selama ini dia tak ikhlas pun dengan you. Dia gunakan you sebab nak move on dengan I. I dengan dia dah lama. Since, we both stayed at Uk. And tak lama lagi, we're getting engaged. I'm sorry. I tak ada niat nak buat you broken. But I should tell you the truth, so that you don't have to put too much hopes for him." Balasnya panjang lebar. Aku genggam tangan membentuk penumbuk.