BAB 13

7 0 0
                                    

Sedang aku dalam dunia aku sendiri, tiba-tiba earphone di telinga dicabut. Aku berhenti menulis. Kornea mataku memandang gerangan yang tersenyum sinis itu. Aku mula mengetap bibir. Mamat ini kalau tak kacau aku sehari tak sah kan!

Wajah tidak berperasaannya itu, aku pura-pura tidak perasan. Fokus kembali ditumpukan pada buku dan aku buat kerja aku semula.

Tidak berpuas hati dengan sikapku yang acuh tak acuh itu, Prince Noah tarik pen ditangan. Okay. Ini dah lebih. Makin dibiarkan, makin liar mamat ini.

"Awak nak apa?!" Suaraku naik seoktaf.

"I need your attention." Selamba dia mengungkapkan kata. Geramnya aku lah mamat ini.

"Awak ni memang tak ada kerja ke? Spm dah nak dekat. Pergi belajar sana." Balasku malas layan. Ayatnya tadi aku buat-buat tidak dengar.

"Spm itu, kat rumah boleh belajar. Kat sekolah aku nak attention kau."

Aku tarik nafas perlahan. " Awak ini kurang kasih sayang ke? Minta lah mak ayah awak attention. Kenapa minta saya pula."

"Sebab kau girlfriend aku." Datar dia membalas.

"Correction, girlfriend olok-olok okay." Aku betulkan ayatnya tadi.

Dia hanya tayang wajah kosong. "Whatever Little Exora, you're still my girlfriend." Prince Noah berpeluk tubuh.

Baru sahaja aku ingin membantah, derap kaki yang melangkah masuk ke dalam kelas menghentikan butir bicaraku. Kali ini, bukan madam Eliana sahaja yang masuk, malah diikuti oleh seorang perempuan berambut blonde yang sangat cantik.

Pelajar-pelajar mula terpegun melihat perempuan yang mengikuti madam Eliana. Aku juga terpegun. Bukan setakat terpegun, malah terlopong sekali. Budak perempuan itu aku pandang lama. Cuba mencerna wajah yang kelihatan familiar itu.

Oh, ya! Budak perempuan yang melanggar aku di tangga sewaktu rehat tadi.

"Okay class, listen." Ucapan Tegas madam Eliana berjaya menghentikan suara-suara yang mula bising dengan bisikan pelajar-pelajar.

"So, we got new student here. Puteri, introduce yourself." Arah madam Eliana. Budak perempuan itu mengangguk.

"Hello everyone, my name is Che puteri Adelia binti Che Ahmad. I'm from Uk." Dia mula memperkenalkan diri seraya tersenyum mesra.

Bisikan-bisikan pelajar-pelajar mula kedengaran lagi. Rotan panjang diketuk dua kali oleh madam Eliana tanda supaya pelajar-pelajar senyap.

"You can sit wherever you wish to sit Puteri." Balas madam Eliana lembut.

Mata Puteri Adelia memandang ke segenap ruang kelas yang lebar itu. Automatik, bebola matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang dicari. Kakinya melangkah ke tempat tersebut.

Aku tersentak apabila dia tiba-tiba berhenti di sebelah mejaku. Mata terkebil-kebil memandang puteri Adeli yang menatap lekat Prince Noah.

"I want to sit here." Balas puteri Adelia senada. Jari telunjuknya didepa ke arahku.

Eh? Aku mula terpinga-pinga. Kelas yang bising tadi senyap semula.

Jeda.

"Can I, madam?" Soal puteri Adelia apabila tiada jawapan daripada madam Eliana.

"Er, Of course boleh. Anything for Princess Che Ahmad." Balas madam Adelia senyum kekok.

Okay. Sekarang aku mula rasa terpinggir. Aku mula rasa yang madam Eliana pilih kasih.

"Sara, you can sit next to......"  Madam Adelia meliarkan pandangan.

"Ah, next to Syafiq." Madam Eliana berkata.

Aku mula mengemaskan barang-barang. Dalam hati, rasa bersyukur pun ada. Tak perlulah aku hadap perangai tak semenggah Prince Noah itu. Baru aku ingin menarik beg ke bahu, tali begku ditarik kemas. Aku lihat Prince Noah yang memberi pandangan tajam. Apahal mamat ini?!

Aku cuba menarik kuat namun genggaman Prince Noah semakin dikemaskan. Aku pandang Prince Noah tajam. Mata dijegilkan supaya Prince Noah melepaskan tali begku.

"Lepas." Bisikku keras.

Namun, Prince Noah hanya beku. Berlaku aksi tarik-menarik antara aku dan Prince Noah sehingga deheman madam Eliana menyentakkanku. Dengan kekuatan yang ada, aku tarik lebih kuat tali begku sehingga berjaya terlepas dari pegangan Prince Noah. Mata menjeling Prince Noah yang sudah berwajah bengis itu.

Aku labuhkan punggung ke sebelah Syafiq. Syafiq merupakan pelajar nerd yang sering dibuli. Hanya kerana dia bercermin mata dan tingkahnya tidak seperti lelaki lain, pelajar-pelajar sering membulinya.

"Hai." Sapa Syafiq mesra.

Aku juga turut tersenyum mesra. Sapaannya aku balas dengan anggukan kecil.

"Nama saya Syafiq." Cermin matanya yang ingin melorot, dia betulkan atas hidung.

Huluran tangannya aku pandang sepi. "Tahu." Balasku sepatah. Memang dah kenal lama dah sejak form 4. Cuma tak bertegur je.

Menyedari huluran tangannya tidak bersambut, Syafiq bawa tangan yang disua ke tengkuknya. Di situ, dia mengusap kekok.

Awkward. Itu yang dia rasakan. Kerana selama dia bersekolah di situ, tidak pernah dia memulakan perkenalan dengan mana-mana pelajar. Walaupun classmate.

Ini kali pertama. Sudah lama dia memerhati gadis dihadapannya ini. Gadis ini, lebih suka bersendirian dan tidak mempunyai kawan sepertinya. Atas sebab itu, dia berani memulakan langkah untuk berkenalan dengan Sara.

"Nama saya Sara." Aku cuba untuk beramah mesra. Yelah, orang cuba nak berkenalan, tangan aku nak buat dono je kan?

Syafiq sedikit terkejut. Tidak menyangka bahawa Sara turut ingin berkenalan dengannya. Senyumannya melebar. "Saya tahu. Saya dah lama perati awak. Awak je yang tak perasan. By the way, awak memang sudi kawan dengan saya kan?" Balas Syafiq ragu-ragu. Dia takut. Selama ini pun, orang pura-pura ingin berkenalan dengannya kerana ingin membulinya saja.

Mata aku terkebil-kebil mendengar ayatnya. Kepala diangguk. Wajah Syafiq kelihatan bercahaya. Excited.

"Thankyou,Sara. Saya gembira dapat kawan baru. " Balasnya teruja.

Semakin pelik aku dengan tingkahnya. Namun, senyuman kekok terukir juga di bibir. Pandangan kembali ditala kehadapan. Dan-dan terasa seseorang memandangkan tajam. Bagai nak tembus. Pipiku tiba-tiba berbahang apabila Prince Noah menatap aku tajam. Tidak cukup itu, wajahnya juga bertukar sangat bengis. Entah kenapa, satu rasa gentar hadir melihat perubahan Prince noah yang menakutkan itu.

Aku hanya buat bodoh dan pura-pura tak nampak apabila Prince noah semakin tajam memandangku. Hati cuba ditenangkan sehabis baik. Relax, Sara. Everything is going to be okay.

Even tho it was not.



Tbc.

Heart meWhere stories live. Discover now